Wednesday, February 29, 2012

Penantian Bukanlah Satu Penyeksaan



“Penantian satu penyeksaan”

Assalamualaikum...

Hai orang-orang kampung semua, rasa-rasa biasa dengar tak ayat kat atas tu. Takpun pernah terpikir ke, terucap ke…paling kurang pun hampa semua pernah post ayat ni kat fb…pernah? Mesti ada yang pernah kan? Aci potong kuku la…ehem!

Okay!

Frankly speaking aku pun pernah rasa macam tu gak…’penantian satu penyeksaan’. Memang amat-amat terseksa…tambah pula kalau situasinya lebih kurang macam ni:

Situasi 1: Tunggu bas berjam-jam. Bukan main  lama lagi tapi satu apa pun tak dak. Padahal kita ada benda penting nak kena buat. Rasa macam nak bakar je syarikat bas tu kan. Terseksa sangat…

Situasi 2: Balik dari kerja punya la semangat sebab nak tengok citer feveret kat tv. Vroom! Vroom! Tudia press moto tak mau-mau…speed moto tak main la 80-90km/j. Mana sempat nak sampai umah. Ye tak? Dalam dok syok bawa moto, hujan tengah jalan. Nak redah lebat pulak. Bawa moto ja pun. Kilat dok panah sini sana. Kena sambar mau rentung badan. Tak ke naya. Last-last, citer feveret ke mana kita ke mana. Seksa..seksa..!

Situasi 3: Tengah syok-syok dok chatting kat fb tiba-tiba line tenet pulak buat hal. Punya rancak topik hari tu…dah terbantut gara-gara line tak ok. Nak tunggu tenet tu macam biasa balik punya la lama kan. Kadang-kadang mau 2-3 hari juga. Huh! Rasa nak hempuk ja stremyx kat rumah tu…terseksa tau tak?

Situasi 4: Time kita dalam ‘saat genting’ nak buat ‘pelaburan’, time tu juga la tandas penuh…takpun tandas rosak. Yang ok pulak ada orang kat dalam…tunggu punya tunggu tak keluar-keluar jugak. Kita pun dengan selamba cakap “Hoii! Buat ape kat dalam tu lama-lama. Berak taik batu ke apa?” Amek kau! Kan dah kena sound. Huhu. Tapi nak buat camna…waktu ni memang sangat menyeksakan jiwa dan raga.

Amacam situasi kat atas tu? Logik tak? Boleh la nah…tak boleh pun bagi boleh gak…aku tak kira!

Fine! Back to the topic..

Soalan aku: Betul ke penantian tu satu penyeksaan???

Setelah ditelek, ditenung kembali situasi-situasi kat atas tu berulang-ulang kali rasa macam betul ja. Tambahan pula ada di antara situasi kat atas tu aku sendiri yang alaminya.. (Warning! Situasi 4 aku reject awal-awal okay..haha! ). Nak tak nak, dalam keterpaksaan aku turut merasakan penyeksaan tu…Hurrm…*sambil garu kepala*

TAPI…TAPI…TAPI…

Pernahkah kita duduk merenung sambil melihat ke arah jalan raya yang sudah dibasahi dengan hujan yang lebat 


dan berfikir…

“Bukankan penantian itu juga kadang kala mengajar kita erti kesabaran??”
“Dan ia juga sebagai kayu ukur sejauh mana tahap kesabaran yang kita miliki??”

Penyeksaan yang kita kata tu sebenarnya kita sendiri yang wujudkan. Memang betul kita rasa terseksa sangat bila kita tunggu something yang important dan benda tu pula memakan masa yang lama. Aku tak nafikan benda tu.

Tapi, bukankah kita sebagai manusia ada satu sifat yang diberi nama SABAR. Apa guna sifat tu ada dalam diri kita kalau kita simpan dia ketat-ketat kat satu sudut dalam dasar hati kita tanpa menggunakannya?? Time-time macam situasi kat atas tu la kita perlu keluarkan dia. Biar sabar menguasai diri. Bukannya rasa terseksa. Kalau kita biarkan rasa terseksa tu yang control hati kita, kompom lah kita akan rasa penyeksaaan yang membuak-buak sedang melanda diri. 



Kita juga perlu ingat yang kita sepatutnya kawal sifat tu bukannya sifat tu yang kawal kita. Dan lagi satu, SABAR tu kan sebahagian daripada IMAN (bukannya daripada nama Sabariah yer)…itu bermakna apabila kita bersabar, kita dah sempurnakan iman kita. Tak gitu cik blogger?? Cer komen kat bawah tu sikit…Heh!

So, kenapa mesti kata penantian satu penyeksaan. Kenapa tak kata ‘PENANTIAN  SATU KESABARAN.’ 


Tahu tak kita bahawa,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)

Habis tu, apa tunggu lagi. Renung-renungkanlah & selamat beramal. 
Then, why not we think in positive way, right?
Akhir kalam, sekian terima kasih. I’ll see you in the next entry…Hehe!



p/s 1: Sekadar pandangan daripada saya yang serba jahil. Kalau salah dipersilakan tegur secara hikmah. Kalau tidak, kesabaran saya akan teruji...wakakaka! ~ :P


p/s2: Actually, ejaan yang mana satu betul?? "Penyeksaan" or "Penyiksaan"..?? Tiba-tiba aku rasa BM aku fail...(-_-')

Copyright by Cheq Zaa
29/2/2012 at 17:00 PM
Utara Semenanjung Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 
;