Thursday, February 9, 2012

Betul ke Novel Melalaikan/Tak Berfaedah?? : Reply from cik Blogger


Dengan lafaz Assalamualaikum khas buat Cheq Zaa dan kepada semua yang membaca..

Nak suruh cik Blogger reply ek ape yang Cheq Zaa post…siap tanya berani ke tak…pantang org tanya berani ke tak ni…tak berani pun aku jadi berani tau.. hehehe…Intro punyer baik jer tadi…sekarang mula naik hantu…Cheq Zaa la nie….grrr!

[ada ke aku tanya berani ke tak? konpius!…konpius!]

Tak dinafikan membesar dengan persekitaran budaya  membaca…eewahhh…tapi betul la...dari kecik la, tengok arwah ayah suke membaca waktu2 santai dia…Arwah ayah kami ( Cheq Zaa n cik Blogger) banyak buku kat rak dalam rumah…macam2  jenis buku ; agama, politik, sastera (ermm.. de ke sastera…tak pasti, yang pasti ada buku HAMKA la)...jangan tanya samada aku amek baca ke tak buku2 tu…yang pasti aku selak2 jer..tu pun time kemas second floor rumah or nak cari buku2 lama (chewah..macam rajin jer kemas rumah atas tue..kalu mak bace, konfem die gelak terguling2 la)..

[kalau hang mak tak gelak, perkara biasa..kalau aku kot la kan, dah jadi luar biasa…haha!]

So, kami pun adik- beradik nie suke membaca walaupun sekadar novel ( kononnya bapak borek anak rintik la)..kami pun macam korang jugak, waktu muda suke benda yang happy2, citer cintan cintun…tapi sampai satu tahap kami dah bosan dengan citer macam tu…boring, tak berilmiah, tak memberi faedah..bak kata, tak memberi kebaikan la kecuali hanya sedikit.


Lagipun masa zaman aku membesar..kebanyakkan novel yang ada semuanya kurang ilmiah...tapi Alhamdulillah dah banyak sekarang…walaupun agak berjanggut la nak tunggu seorang penulis yang SANGAT BEST lahir dalam satu masa.

[Membesar? Berjanggut? Ya ka? Haha!]

Kalau tengok sekarang pun, sesetengah novel yang berteraskan keagamaan pun, die punyer citer dan susunan ayat tak menarik minat untuk terus membaca…tak macam HABIBURRRAHMAN EL-SHARAZY, HLOVATE, FATIMAH SYARHA , NOR SURAYA ( taip sambil senyum wat penulis2 nie, macam aku kenal rapat jer ngan diorang...hehehe).. ade lagi nama2 penulis yang berkaliber..tapi wat masa sekarang, ni jer aku ingat.. Ade penulis yang kurang pengalaman macam mane nak tarik orang untuk terus membace..sebab novel islamik or ilmiah ni, susah nak tarik orang membace melainkan olahan setiap citer tu menarik..diorang perlukan teknik ni sebab diorang  tak boleh pakai teknik cintan cintun, feeling miling 100% dalam novel diorang macam novel cinta..yang membuatkan pembace tu terawang2 (aku tak terawang macam tu tau…cover jangan tak cover)…kalau pakai 100% , tak capai la objectif.  Kan? Kan? (cintan cintun disini bermaksud cintan cintun dunia ok!).  So…pertingkatkan kemahiran anda…hehehe..advise tau ni bukan kutukan..sebab aku suke kalau novel islamik ni lagi banyak dekat pasaran… Tolong la didik anak bangsa kite…*touching*
[bajet macam dia terror tulis citer…kekeke~]


Dari ape yang aku perhatikan…karya seseorang mencerminkan penulisnyer (macam pelik jer ayat aku…tp lebih kurang macam tu lah yang aku nak smpaikan) …cube kenal siapa penulis2 yang aku senaraikan kat atas…perwatakan mereka pun...Alhamdulillah..dan InsyaALLAH baik teladannya…(kecuali HLOVATE..die memang miss mysterious). So, moral of Story…baca la novel yang penulisnye mempunyai perwatakan yg baik..InsyaALLAH..hasil tulisan atau karya yang nak di sampaikan pun ada isinya..Sebab mereka tahu tugas yang mereka pikul kepada masyarakat…

So, bagi makcik pakcik yang rase novel ni semua tak berfaedah…SALAH pendapat anda..novel pun macam medium lain jugak (cth: tv, fb, ym, radio, dll), yang mana kita ade pilihan..nak pilih yang baik or yang  tak baik…kalu orang tu suke baca novel cintan ajer…so memang la  boleh declare yang die buang masa terluang die..tambah lagi baca novel sampai 2-3 pagi pastu terlajak plak nak bangun solat Subuh…Aduss! rugi sungguh manusia yang lalai (ingatkan diri sendiri jugak ni)…



Tolong la jangan ulangi kesilapan saya masa mude dulu2 (aku dah tua ke skarang???..eh muda lagi selagi tak kawen.. kan kan Cheq Zaa ?).. kami pun manusia..pernah lalui semua tu….kalau korang mampu control masa mude korang, sekurang2nye korang dah tak membazir separuh abad umo korang lagi..tu pun kalau panjang umo laa..huhuhu…!

[aku konfem la muda lagi, hang aku tak pasti la pulak…wakaka!]


Terjawab ke soalan hang Cheq Zaa ?? Aku pun dah tak ingat apa yang hang suh reply…hentam jer la ye..apa2 pun..yang kat atas adalah semata2 perkongsian bersama..yang baik jadikan teladan ye…Wassalam..

[ada yang aku rasa menjawab. Cuma satu je soklan aku yang tak de hujah kat sini, iaitu ‘novel plus bawak ke mati’….tak pe la..susah2 sangat kita tanya je Ustaz Azhar Idrus. Boleh gitu?...Apa-apa pun cara penulisan kali ni lebih menarik daripada sebelum2 ni. Keep it up yer cik blogger. Haha!]

p/s1: Ayat2 dalam [  ] adalah kata2 daripada Cheq Zaa. Memandangkan Cheq Zaa yang tolong meng-edit & menge-post entry, so suka suki aku je lah mencelah di situ..hehe!

p/s2: Post Cheq Zaa berkaitan soklan dia tu boleh klik SINI

0 comments:

Post a Comment

 
;