Wednesday, February 8, 2012

Betul ke Novel Melalaikan/Tak Berfaedah??


Ada orang penah cakap kat aku…

“Novel ni melalaikan, tak dak faedah pun..baca buku (akademik) lagi bagus”
“Novel ni bukan leh tolong hang mati nanti”

Lebih kurang macam tu la bunyinya…aku pun dah lupa ayat asal dia macam mana. So, aku reka la dialog biar dramatik sikit…hehe! …Tapi maksudnya lebih kurang sama okay!
Zaap! Tersentap mak tau bila orang cakap macam tu. Lidah terkelu. Terkaku untuk beberapa saat. Lepas tu aku mula pikir.

“Salah ke baca novel?”
“Ye ke novel tu tak dak faedah?”
“Memang novel ni tak boleh tolong masa mati, tapi bukankah ada novel2 yang boleh bagi aku ilmu akhirat. Hurmm!”

So, cik blogger yang lebih ‘alim dari aku, harap boleh menjawab persoalan saya ni. Apa pendapat cik blogger yer? Silalah kongsi. Jangan malu-malu!

Okay! Sebagai contoh, Novel yang aku baca untuk 2 hari ni (Denyut Kasih Medik & Syabab Musafir Kasih) ada ilmu2 agama yang diselitkan dalam tu. Adakah ia dikira tidak berfaedah & melalaikan?

Meh kita review sikit 2 buah novel ni…

*********
DENYUT KASIH MEDIK. (Dr. Farhan Hadi)


Medik! Bila bercakap tentang medik of coz novel ni berkisar tentang perubatan. Segalanya berkaitan dengan perubatan. Watak utamanya juga seorang pengamal perubatan. Bahasa mudahnya Doktor la..Istilah-istilah perubatan juga banyak digunakan. (ceeitt!...skema sungguh ayat aku!). Iyelah kan, kalau dah tajuknya juga medic masakan ngak ada istilah medic..waduh! gawat sungguh!

“Ah! Boringlah citer mcm ni. Aku bukannya doctor.”

Hah! Mesti ada yang cakap mcm ni kan…(yang tak cakap tu diam2 sudah!)…sebab apa boring? Kalau bagi aku la kan, sebagai peminat tegar novel2 cinta cintun ni *ehem*  memang tak berminat nak baca novel2 macam ni. Hish.!. Hish ..! Hish..! Tambah pula penulis dia aku tak kenal (dulu..sekarang dah kenal..hehe).

“Dah tak minat, macam mana boleh baca?”

Jeng! Jeng! Jeng!
Yang tu semua tak penting..apa yang penting isi dan citer yang penulis tu sampaikan. Daripada pembacaan aku selama 10 jam tu, *nampak macam melalaikan la pulak..(-_-') *  , apa yang aku boleh aku review  di sini:
  •  Tak banyak dialog, tapi lebih kepada ayat2 yang menerangkan situasi dan pemahaman
  • Isu semasa (rempit, penzinaan, buang anak, dll) ada dalam novel ni. 
  • Soal ibadah & kewajipan sebagai umat Islam lagilah ada. Sebab apa? Sebab novel ni novel islamik. Sah-sah la ada. Kan?
  •  Apa yang paling UTAMA sekali penulis bagi info/tips/kaedah/cara/hadis/ayat al-Quran untuk satu2 masalah.

So,  secara kesuluruhannya novel ni memang BEST. Tambah pula untuk aku yang kurang ilmu agamanya..isk! isk! isk!...*sadis sekali*…bila baca novel ni, keluarlah ayat2 seumpama ni:

“Oooo! Macam tu rupanya”
“Tak tau la pulak boleh”
“Hehe! Malunya! Tapi ilmu kot.”

*********
SYABAB MUSAFIR KASIH (Fatimah Syarha)


Novel ni pula cerita tentang seorang anak yatim yang dipandang hina oleh masyarakat kampung, diherdik, dicaci, dsb yang akhirnya menjadi seorang syabab (pemuda) agama yang berjaya. Berjaya membawa anak2 muda kampung kembali kepada ajaran Islam. Kisah yang menarik dan menyentuh hati. Huhu!  Aku bukan apa, kesian kat Syabab tu..banyak dugaan dia. Tapi, pengalaman hidup mengajar dia untuk lebih berdikari. Azam dia nak dalami ilmu agama patut dicontohi. Generasi yang macam nilah kita nak wujudkan (dah macam ustazah pulak..ehem!). Berbeza dengan denyut kasih medik, novel ni lebih guna banyak dialog, bahasanya agak berbunga-bunga dan more to imagination. Denyut kasih medic lebih nampak kepada reality. Nak gambarkan pun susah. 

So, bagi sapa2 yang tak baca lagi boleh la baca. Baru tau perbezaannya.Takkan nak baca novel cintan cintun aja kan? Tak pun citer kawen paksa. *terasa*. Move on la…pelbagaikan pembacaan. Baru maju.  (Aiceh!  Aku ke yang tulis ni? Nahi Kabi Nahi. Tak leh caya woo!)

Macam mana pun, dua novel ni menekankan aspek KEAGAMAAN. Itu yang PENTING!!. Banyak ilmu yang ada tak kira lah ilmu dunia ataupun akhirat. Semuanya berguna. Dua2 pun ada kaitkan dengan isu2 semasa. Dua2 best. Masing2 ada kelebihannya walaupun cara penyampaian depa berbeza. Tapi, asasnya tetap sama. AGAMA. Tak rugi baca. Try it

*********
Okay lah. Berbalik kepada persoalan di atas. Bagi aku yang serba jahil ni la kan , novel tak de la melalaikan sangat pun selagi mana semua suruhan Allah & tuntuan agama tu kau buat. Bila tak buat tu yang sampai melalaikan. Dan tak semua novel tak berfaedah. Ada je yang berfaedah. Pandai2 la pilih.  Tapi kalau bab novel plus bawak ke mati tu…apa kata bagi cik blogger je yang jawab. Aku nak jawab pun terketaq-ketaq tangan nak taip. Salah hujah mati aku. Whoa! Amacam cik blogger? Boleh?

********************
p/s1: Terima kasih kepada pihak yang telah rekomenkan novel ni kat aku. Moga2 ganjaran pahala diberikan kepada anda sebab sampaikan ilmu yang berguna. Walaupun sekadar tolong rekomen, InsyaAllah saham anda ada di situ. 

p/s2: Tak sia-sia sakit kaki sepanjang malam gara2 cari novel ni. Serius! Sakit wooo...


p/s3: Apa-apa pun, HLOVATE still number ONE in my heart. Boleh gitu? hehe!


:: Wed, at 01:00 am ::

0 comments:

Post a Comment

 
;