Wednesday, November 23, 2011

SUSAHNYA NAK PILIH!!!



Sebelum membesar…
Yang mana satu nak pilih ni
Dua-dua nampak sedap!
Yang kiri pun okay. Yang kanan pun okay.
Tapi yang kiri (remote tv) tu keras.
Yang kanan (bubur nasi) lembut ja.
Yang mana patut aku makan?
Hisy! Susahnya nak pilih!

Sebelum sekolah rendah…
Kasut yang ini ka atau yang ini?
Kedua-duanya besar. Tapi ada bezanya
Yang satu nampk lebih kecil daripada yang satu lagi
Walaupun dua-dua sebenarnya besar untukku
Hisy! Susahnya nak pilih!

Sebelum sekolah menengah…
Sekolah mana yang baik untuk aku?
Yang itukah atau yang ini
Yang itu sekolah agama
Yang ini sekolah aliran agama
Tapi kedua-duanya sekolah terbaik
Hisy! Susahnya nak pilih!

Sebelum masuk university…
Kos apa yang patut aku pilih?
University mana yang terbaik?
Mana satu yang menjamin masa depan!
Yang di sana atau yang di sini
Pilihan apa patut aku ambil
Hisy! Susahnya nak pilih!

Sebelum kahwin…
Siapa sebenarnya jodoh aku ni?
Si A atau si B
Si A baik. Si B pun baik orangnya.
Namun, tak mungkin aku akan memiliki kedua-dua mereka!
Aku harus membuat pilihan.
Tak kira hensem ataupun tidak
Yang penting dialah bakal imamku nanti.
Hisy! Susahnya nak pilih!

Semua perkara kita kena buat pilihan. Daripada kecik sampailah dah besar. Cuma, ada juga sesetengah perkara yang tak mungkin memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kerana ianya telah pun ditetapkan Tuhan. Ya! Antara HIDUP dan MATI. Tak mungkin kita akan tahu bila kita akan dihidupkan di atas dunia. Dan tak mungkin juga kita diberi peluang untuk memilih saat kematian kita suatu hari nanti. Hari inikah? Esokkah? Lusakah? Minggu depankah? Bulan depankah? Atau mungkin tahun hadapan?
Hehehe! Tak perlu susah-susah untuk kita fikir pilihan apa yang patut kita ambil.

**Appreciate our life with something barakah before we die to meet The Creator.**


0 comments:

Post a Comment

 
;