Saturday, November 26, 2011

HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH



§  Pengertian Hijrah:

              Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat
              Segi Istilah      : Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam
                                       dari  Mekah  ke Madinah

§  Masa berlaku Hijrah - 12 Rabiul Awal, tahun ke13  Nabi Muhammad menjadi Rasul  
                                             Bersamaan  2 Julai 622 masihi

Hijrah juga bermaksud : Perubahan diri drpd keadaan yg kurang baik kpd  keadaan yg lebih baik


Sebab-sebab  berlaku Hijrah 

  • Perintah dari Allah swt - untuk mempertahankan Islam
  • Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin Mekah
  • Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak & menjadi-jadi
  • Permintaan  dari penduduk Madinah  & mereka memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan sahabat.
  • Salah satu strategi dakwah Rasulullah s.a.w.
Usaha-usaha Musyrikin Mekah menyekat Dakwah Rasulullah

Ø  Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan ajaran Islam & kepercayaan  mrk  secara bergilir-gilir
Ø  Menawarkan Rasulullah saw pangkat, harta kekayaan & wanita  supaya meninggalkan dakwah Islam
Ø  Memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah , Bani Hasyin, Bani Abdul Mutalib dan orang Islam selama 3 tahun
Ø  Melakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang Islam
Ø  Merancang membunuh Rasulullah saw

   




Perjanjian Aqabah Pertama      (Perjanjian Wanita)

Perjanjian Aqabah Pertama dinamakan juga' dgn  Perjanjian Wanita 'kerana disertai oleh seorang wanita

-Berlaku pada tahun 621 masihi /  tahun ke 12 kerasulan
-Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah  
  (  12 lelaki dan seorang perempuan) 
-Berlaku ditempat bernama Aqabah

- Isi-Isi perjanjian:
·         Tidak menyekutukan Allah
·         Tidak membunuh anak
·         Tidak membuat fitnah atau khianat
·         Tidak mencuri
·         Tidak melakukan zina
·         Tidak menderhaka kepada Rasulullah






Perjanjian Aqabah  Kedua

-Berlaku pada tahun 622 masihi / tahun ke 13 kerasulan
-Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah
  (73 lelaki dan 2 perempuan )

-Isi-Isi perjanjian :
       1.  Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka
       2.  Berjanji menjaga dan mempertahankankeselamatan Rasulullah
       3.  Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam
       4.  Sanggup bekerjasama ,membantu Rasulullah dan orang Islam





Kronologi Peristiwa Hijrah

MASA / TARIKH
PERISTIWA
Sehari sebelum Hijrah
-Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke  Madinah

-Mengambil keputusan membunuh  Rasulullah ketika sedang tidur

Malam Hijrah
-Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung  rumah Rasulullah, ,bersedia   
 menyerbu  dan membunuh baginda
 
-Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda  
 berhijrah ke Madinah

-Rasulullah meminta  Saiyidina Ali tidur di tempat baginda

-Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari  Mekah ke gua Thur

Setelah 3 hari 2 malam
di gua Thur
-Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah

- Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama   
  dalam Islam)

12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan /
2 JULAI 622 MASIHI
Rasulullah, Abu Bakar  dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran

























Strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan Umat Islam di Madinah


·         Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar
·         Membina masjid Nabawi sebagai  tpt beribadat & perjumpaan umat Islam
·         Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk orang-orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah

Muhajirin ialah : Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah

Ansar ialah :Penduduk Islam Madinah yang membantu Rasulullah & orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah  

Iktibar dari peristiwa Hijrah

Ø  Usaha dakwah hendak mempunyai strategi yang mantap
Ø  Umat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat Islam
Ø Kesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam


Doa awal dan akhir tahun

klik gambar untuk besarkan imej

        Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:-
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:-
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


0 comments:

Post a Comment

 
;