Thursday, October 6, 2011

SELOKA CIK BLOGGER



Assalamualaikum pembuka bicara
Sanah Helwah ana ucapkan
Wahai Cik Blogger yang sudah tua
Dengarlah seloka saya dendangkan

Dengarlah seloka saya dendangkan
Wahai Cik Blogger yang sudah tua
Kepada readers saya kisahkan
Inilah dia Cik Blogger punya cerita

Inilah dia Cik Blogger punya cerita
Kepada readers saya kisahkan
Hatta 9 bulan bersama ibunya
Lahirlah Cik Blogger daripada kandungan

Lahirlah Cik Blogger daripada kandungan
Hatta 9 bulan bersama ibunya
Diploma sudah dalam genggaman
Kini tiba masanya Ijazah pula

Dari Kedah Menuju ke Perak
Dari Perak Ke Shah Alam pula
Mencari rezeki tak kira jauh ke tidak
Menetaplah kini di Ibu Negeri Malaysia

Menetaplah kini di Ibu Negeri Malaysia
Mencari rezeki tak kira jauh ke tidak
Duhai Cik Blogger katanya belum berpunya
Ntahkan betul ntahkan tidak?

Ntahkan betul ntahkan tidak?
Duhai Cik Blogger katanya belum berpunya
Orang buat blog dia nak buat jugak
Tak ada masa nak update itulah katanya

Si assistant pembantu setia (ehem)
Membantu Cik Blogger design blognya
Syukran Jazilan pengakhir kata
Ada masa kita berseloka lagi ya!



p/s: Buah tembikai si daun palas...kalau pandai silalah balas! hehee

 Copyright, 2011 by Cheq Zaa on 19 June

0 comments:

Post a Comment

 
;