Saturday, October 15, 2011 0 comments

Teka-Teki Imam Al-Ghazali r.a






Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" ~ (Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" ~ (Surah Al A’raf: 179)

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" ~  (Surah Al-Azab : 72)

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
 

References:
Retrieved from halaqah.net
Retrieved from loveloveislam.com


0 comments

Rahsia & Peristiwa Hari Dalam Islam


Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.


Hari Isnin

1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa

1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namrut bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.


Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

 Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". ~ (Surah Al-Baqarah: 65)


Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi




Refences:
Retrieved from panduanpercuma
Retrieved from halaqah.net

Thursday, October 6, 2011 0 comments

SELOKA CIK BLOGGER



Assalamualaikum pembuka bicara
Sanah Helwah ana ucapkan
Wahai Cik Blogger yang sudah tua
Dengarlah seloka saya dendangkan

Dengarlah seloka saya dendangkan
Wahai Cik Blogger yang sudah tua
Kepada readers saya kisahkan
Inilah dia Cik Blogger punya cerita

Inilah dia Cik Blogger punya cerita
Kepada readers saya kisahkan
Hatta 9 bulan bersama ibunya
Lahirlah Cik Blogger daripada kandungan

Lahirlah Cik Blogger daripada kandungan
Hatta 9 bulan bersama ibunya
Diploma sudah dalam genggaman
Kini tiba masanya Ijazah pula

Dari Kedah Menuju ke Perak
Dari Perak Ke Shah Alam pula
Mencari rezeki tak kira jauh ke tidak
Menetaplah kini di Ibu Negeri Malaysia

Menetaplah kini di Ibu Negeri Malaysia
Mencari rezeki tak kira jauh ke tidak
Duhai Cik Blogger katanya belum berpunya
Ntahkan betul ntahkan tidak?

Ntahkan betul ntahkan tidak?
Duhai Cik Blogger katanya belum berpunya
Orang buat blog dia nak buat jugak
Tak ada masa nak update itulah katanya

Si assistant pembantu setia (ehem)
Membantu Cik Blogger design blognya
Syukran Jazilan pengakhir kata
Ada masa kita berseloka lagi ya!



p/s: Buah tembikai si daun palas...kalau pandai silalah balas! hehee

 Copyright, 2011 by Cheq Zaa on 19 June

0 comments

October 2011



Alhamdulillah..dah genap 26 tahun…disebabkan tahun ni aku tercongok mengadap dinding rumah jer masa weekend..dengan rasa rajinnya aku pun memikir dan menyenaraikan orang2 sekeliling aku dan kawan-kawan aku yang terlibat sama dalam meyambut hari kelahiran pada bulan Oktober…

Sebelum aku menyenaraikan nama2 yang lain,aku dulukan orang yang sama hari lahir dengan aku:
1.Nor Haslina Saad- dia ni masa lahir awal or lambat cket dalam beberapa minit dari aku. Mak aku dan mak dia berebut mak bidan la masa tu, maklum la masa tu tak lahir kat hospital..lahir kat umah jer pakai khidmat mak bidan.  Masa tu kampung aku ada seorang jer kot mak bidan, tu yg terkocoh bidan tu. Nasib la rumah antara kami berdua ni xjauh sangat. Dekat la jugak. Sekolah rendah sekali dan penah duduk satu kelas sekali. Paling best kami dapat guru kelas pun sama tarikh lahir dengan kami.
  
2. En Azrul Bahaludin- bekas lecturer masa kat Sri Iskandar. Dulu dapat guru kelas sama DOB, sekarang lecturer plak.

3. Khairul Azman- ni kawan coursemate aku…sama la jugak dengan aku DOB dia. Sangat2 la bertuah asyik terserempak jer dengan org yang sama DOB dgn aku...

Dalam Famili aku, ada 4 orang lagi yang lahir dalam bulan Oktober:

1. Husna Nadhirah Mohd Nazri (02-10) – anak buah sulung aku
2. Mohd Nazri Abu Bakar (14-10) – abang sulung aku
3. Norlela Abu Bakar (3-10) – kakak
4. Siti Zaiton Abu Bakar (25-10) – kakak

Kawan- kawan aku yang terlibat dalam misi oktober ni:-


           1.        Noren Najwa Mohd Ghazali- first year sambut hari lahir sbg seorang ibu…baru jer dapat anak  sulung..TAHNIAH
2.        Azanatul Azmiera Aziz- nie dah lama jd ibu..hehe
3.        Noor Hafidzah Md Saad- Ni pun sama, first year sambut hari lahir sebagai seorang ibu..emm dua orang ni dapat anak lelaki..Alhamdulillah
4.      Ahmad Roshidi Abu Mansor – ni aku terkejut cket..sama tarikh ngn kakak aku…tu pun sbb tgk Fb ke Freindster ye? Aku pun xingat..
5.    Rosmieza- yang ni sama birthday dgn anak buah aku..baru kenal dlam 5 bulan..my housemate

Semuanye dalam 12 orang yg aku kenal sambut birthday bulan yg sama..So, aku pun terasa nk wish sekali gus la…ahem..ehem



>>>Sannah Helwah @ Selamat Hari Lahir kepada semua kakak and abg, kawan2 dan lecturer..Semoga hidup diberkati (BarakALLAHu lakum), dilimpahi rahmat,murah rezeki dan semoga hidup dalam iman, mati dalam iman dan masuk kesyurga bersama2 dengan iman..Amin. TabaqaAllahu Min kum.<<<<<<

Dan minta maaf kalu ada yang marah sebab sebut nama penuh dalam ni..itu bukan apa,sebagai penghormatan kepada nama2 yang baik…Betul kan(^_^)


uih85@06/10/11
00:00

 
;