Friday, September 16, 2011

Undang-Undang Cinta






*****************************************************
“Irfan! Kak Long mana? Dari tadi umi cari. Tak jumpa-jumpa.” Soal Puan Izzah kepada anak bongsunya itu. 
“Kak Long yer umi? Tu, kat atas pokok tu. Bukan ke Kak Long tu umi?” Irfan tersengih-sengih sambil menunjukkan ke arah kakaknya itu. ‘Sudah pasti kakaknya itu akan dimarahi oleh umi mereka.’ Manakala Nur Ibtisam masih khusyuk memetik buah rambutan. Bukan itu sahaja, Nur Ibtisam dengan selambanya membaling kulit-kulit rambutan. Kakinya yang terjuntai ke bawah dihayunkan. ‘Amboi! Bukan main lagi kau yer Ibtisam.’ 

‘Paap!’ Salah satu daripada kulit rambutan yang dibaling Nur Ibtisam terkena uminya. Puan Izzah sudah merenung tajam ke arah  anak sulungnya itu. ‘Memang nak kena juga budak ni sorang’. Bisik hati Puan Izzah.
“Nur Ibtisam!” Panggil Puan Izzah sambil mencekak pinggang. Sebelah tangannya sudah mencapai sebatang kayu. Irfan masih setia di sisi ibunya. Tersengih-sengih memandang ke atas. 

‘Alamak! Umi. Habislah aku kali ni. Si Irfan ni pun satu, bukannya nak bagi warning awal-awal. Hisy! Nanti la kau.’ Omelnya. Tangannya sudah berhenti memetik buah-buah rambutan yang ada. Dia hanya tersengih memandang uminya itu. 

“Yang tersengih-sengih kat atas tu lagi buat apa? Turun sekarang! Kalau tak, umi sebat kamu karang. Turun!” Dadanya berombak kencang menahan marah. Macam mana la dia tak marah. Kalau si Nur Ibtisam tu budak berumur 7 tahun tak apa la jugak. Ini dah masuk 27 tahun pun masih berperangai macam budak-budak. Tengok saja luaran macam lembut tetapi hakikatnya kasar!

“Yelah, Yelah! Kak Long nak turun la ni. Umi janganlah sebat kak long.” Cepat-cepat Nur Ibtisam menuruni pokok rambutan. Takut juga dia bila uminya itu marah. Memang berbirat la tubuhnya itu kalau disebat umi. 

“Kak long, best tak makan rambutan atas pokok tu? Hehe!” Irfan sengaja memerli kakaknya itu. Nur Ibtisam hanya mampu menjeling. Takut untuk bersuara. Uminya sudah memandang tepat ke arah anak perempuannya itu. Manakala Nur Ibtisam hanya menunduk memandang tanah. Kakinya menguis-nguis dedaun yang bertebaran. 

“Berapa kali umi beritahu, jangan panjat pokok rambutan tu. Kalau nak makan ambik ja galah.” Bebel Puan Izzah. 
“Kak long dah cari galah tadi umi. Tapi tak jumpa. Sebab tu la kak long panjat ja pokok ni.” Nur Ibtisam memberi alasan. ‘Moga-moga hati ibunya sejuk.’
“Eh, kak long ni. Kat reban ayam tu kan ada galah. Kenapa kak long tak ambik?” Irfan menyoal. Niatnya cuma satu. Teringin melihat kakaknya itu dimarahi umi. Maklumlah, kak long kan anak kesayangan umi. Tambahan pula, kak long satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Sudah tentu umi lebih menyayangi kakaknya itu berbanding dia dan abangnya. 

‘Memang aku pelangkung jugak budak tak cukup umur ni. Sengaja nak tambah kemarahan umi la tu.’ Matanya sudah dijegil ke arah Irfan. Namun, adiknya itu buat-buat tak tahu sahaja. Sakit hati betul Nur Ibtisam lihat. 

“Tadi kak long cari tak jumpa pun. Bila masa pula galah tu ada kat situ”. Nur Ibtisam masih cuba membela diri. Pelik juga dia. Macam mana galah tu boleh ada kat situ. Memang tadi sudah dicari galah di situ, tetapi tidak ada. ‘Ini mesti kerja si Irfan.’ Nur Ibtisam mengagak. 

“Sudah, sudah! Ni last warning dari umi. Lepas ni, kalau umi nampak kak long kat atas pokok tu lagi umi sebat kak long betul-betul. Faham! Puan Izzah memberi amaran.  Entahkan berkesan ke tidak amarannya itu. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran tetapi tidak diendahkan Nur Ibtisam. 
Nur Ibtisam menarik nafas lega. Manakala, adiknya, Irfan mencebik tidak berpuas hati. Baru sahaja dia berangan-angan untuk melihat kak long dimarahi umi. Namun, angan tinggal angan sahaja. Kakinya sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Lidah dijelir ke arah kakaknya itu. Sempat juga Nur Ibtisam membalas tak mahu mengaku kalah.  

“Jom ke sana. Umi ada benda nak cakap.” Puan Izzah bersuara. Kakinya sudah melangkah ke arah pangkin di bawah pokok rambutan itu. Nur Ibtisam hanya mengekori ibunya dari belakang. Seusai duduk, Puan Izzah kembali bersuara, “ Tadi, Mak Long call, dia cakap ada jawatan kosong kat tempat kerjanya tu. Kak long tak nak cuba ke?”

“Malas la umi. Kak long kan dah ada kerja. Buat apa kak long nak cari kerja lain pula?” Hujung tudungnya dimain-mainkan. Bukan dia tak teringin nak cari keja lain, tetapi dia takut kalau-kalau dia akan berjumpa kembali dengan ‘si dia’. 
“Memang la kamu dah kerja, tapi di luar bidang kamu tu. Dulu kamu jugak yang beria-ria nak jadi peguam. Umi suruh jadi cikgu tak nak. Habis sekarang ni kamu nak jadi cikgu pula. Tak faham la umi!”
“Memang la cita-cita kak long nak jadi peguam umi. Tapi, bila dah mengajar ni, kak long rasa seronok pulak. Sayang la nak tinggal anak-anak murid kak long tu semua.” Nur Ibtisam berharap uminya itu akan memahami kehendak hatinya itu. Dia masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan ‘si dia’. Kemungkinan itu pasti ada jika dia benar-benar kembali menceburi bidang guamannya itu. 

“Umi tak kira. Umi nak esok kak long pergi temuduga tu juga. Kalau tak, umi tak nak cakap dengan kak long sampai bila-bila.” Ugut Puan Izzah. Hanya dengan cara ini saja anaknya itu akan menurut kata-katanya.
“Ermm, tak boleh tolak ke umi?” Nur Ibtisam masih cuba bermain tarik tali dengan uminya. Manalah tahu uminya itu akan berubah fikiran. Mimik mukanya sudah berubah. Memohon simpati uminya. Namun, Puan Izzah masih tetap berkeras. 

“Tak boleh. Kak long kena pergi juga. Muktamad. Full stop!”
“Baiklah umi. Kak long ikut cakap umi.” Nur Ibtisam akhirnya mengalah. Mana mungkin dia membantah cakap umi kesayangannya itu.
“Bagus. Macam tu la anak umi. Malam karang umi bagi alamatnya ya.” Puan Izzah sudah tersenyum. Berjaya juga dia memujuk anaknya. Dia sudah bangun dari tempat duduk. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia yakin anaknya itu pasti akan berjaya dalam sesi temuduga esok.
Nur Ibtisam hanya memandang sepi langkahan uminya. Masih tidak berganjak dari situ. Dia mengeluh buat sekian kalinya. ‘Harap-harap aku tak berjumpa dengan dia.’ Bisik hatinya. 

*****************************************************
Matanya meliar melihat keadaan pejabat barunya itu. Siapa sangka, temuduga yang dihadiri olehnya itu membuahkan hasil. Kini, dia diterima berkerja sebagai Personal Assistant kepada seorang peguam muda. Siapakah bosnya itu pun dia tidak tahu. Tidak pula dia bertanya nama bosnya itu. Bosnya kini masih bercuti. Itupun diketahuinya dari salah seorang rakan kongsi bosnya iaitu Cik Maisara. Cantik dan lemah lembut orangnya. 

Sebenarnya dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan diterima bekerja di sini. Pertama kali dia melangkah ke pejabat ini semasa sesi temuduga itu, dia langsung tidak tahu menahu akan jawatan yang ditawarkan. Dia pergi pun sekadar menurut kata-kata uminya. Selepas beberapa hari kemudian, dia menerima surat yang menyatakan dia diterima kerja di sini. Bukan main terkejut lagi dia. Iyalah. Lebih baik jadi cikgu sandaran daripada jadi Personal Assistant. Tetapi, memandangkan uminya bertegas supaya dia menerima jawatan ini, terpaksa la dia mengalah. Kata umi, “ Sekurangnya-kurangnya kamu boleh belajar daripada bakal bos kamu tu sebelum jadi peguam yang sebenar. Timba ilmu daripada dia. InsyaAllah kamu pun boleh capai cita-cita kamu tu.” Kesudahannya sekarang, dia berada di sini sebagai  Personal Assistant.
‘Hurmm! Apa boleh buat. Mungkin rezeki aku lebih terbuka kat sini.’ Keluhnya di dalam hati.

*****************************************************
“Maaf! Saya tak sengaja.” Cepat-cepat Nur Ibtisam memohon maaf. Tangannya lincah mengutip dokumen-dokumen yang berselerakan di atas lantai. Matanya hanya menunduk ke bawah. Takut untuk berdepan dengan orang yang dilanggarnya itu. ‘Tapi bukan sengaja pun.’
“Eh! Kenapa ni?” Maisara menegur.
“Tak ada apa-apa. Cuma terlanggar ja.” Kedengaran suara seorang lelaki menjawab. Nur Ibtisam masih menunduk. Takut dimarahi disebabkan kecuaiannya itu. Diam tak berkutik sikit pun. ‘Takut sungguh kau yer Ibtisam.’
“Alang-alang dah terlanggar ni, boleh la berkenalan.” Maisara menyakat. Geli hati dia lihat Nur Ibtisam yang ketakutan itu. Macam nak kena pancung aja lagaknya. ‘Alahai Ibtisam. Comel ja saya tengok awak ni’. Desisnya
“Pekerja baru kita ke Sara? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” soal pemuda itu.
“A’ah. Kalau awak nak tahu, dia la PA baru awak. Baru 2 hari dia masuk kerja.”
“Owh, iye ke?” Matanya memandang Nur Ibtisam. Cuba melihat wajah PA barunya itu, tetapi gagal. Asyik tunduk ja dari tadi. ‘Tak sakit tengkuk ke budak ni’
‘Alamak! Bos aku la pulak. Matilah kena buang kerja. Hari pertama jumpa pun dah jadi macam ni. Huhu! Nasib! Nasib! ‘ ujarnya di dalam hati.
“Hah! Ibtisam. Sampai bila awak nak tenung lantai tu? Tak nak tengok ke muka bos awak yang hensem ni. Rugi tau kalau tak pandang. Hehe! Maisara masih lagi menyakat. Muka Nur Ibtisam sudah kemerah-merahan menahan malu. 

Mukanya didongakkan ke atas. Tak sanggup lagi rasanya dia untuk terus disakat oleh Cik Maisara. Namun, saat matanya memandang, alangkah terkejutnya dia melihat bosnya itu. ‘Fuhh! Memang hensem habis la bos aku ni. Eh! Macam pernah ku lihat wajahnya, tapi di mana ya! Cis. Gatal juga kau ye Ibtisam.
Harith turut terkejut melihat wajah PA nya itu. Masakan dia boleh lupakan wajah Nur Ibtisam. Satunya-satunya wanita yang menolak huluran cintanya semasa di university. ‘Dasar playboy tak boleh terima hakikat la tu.’

“Long time no see. Hi, how are you?” disoalnya Nur Ibtisam. Dah gaya macam soalan virus FB aja. Hehe!
“Err, I’m fine. But did I knew you?” teragak-agak Nur Ibtisam menjawab. ‘Macam kenal aku ja mamat ni?’ Nur Ibtisam masih cuba mengingat. Tapi gagal. Otaknya memang lambat berfungsi. Banyak makan semut agaknya. Tu yang asyik lupa saja.
“Saya Harith. Muhammad Harith b. Muhammad Haidar. Takkan dah lupa kot?” Sakit pula hatinya bila Nur Ibtisam berpura-pura tidak mengenalinya. Masakan Nur Ibtisam sudah lupa kepadanya. 

Zaapp! Darah menyerbu ke muka. Dadanya terasa begitu sesak sekali. Tanpa disangka-sangka akhirnya cempedak menjadi nangka. Hisy! Apa aku dok melalut ni. Orang yang paling ingin dielakkannya kini berada betul-betul di hadapannya. Bahkan orang itu adalah bosnya. Nampak gaya hidupnya sudah tidak tenteram lagi selepas ini. Macam mana nak tenteram kalau jantungnya dah berdenyut 180km/j. Terasa darahnya sudah mengalir seperti kereta F1 saja. Hiperbola sungguh perumpamaan kau tu Ibtisam.  Namun, dia cepat-cepat kembali tenang. Pura-pura bertenang sebenarnya. Lantas dia bersuara,
“Maaf! Saya tak ingat. Banyak sangat kenalan saya yang bernama Muhammad Harith ni.”
Maisara diam memandang gelagat kedua-dua mereka. Hairan juga dia. Tak sangka mereka berdua pernah berkenalan. Tapi betul ke? Yang sorang cakap macam kenal, yang sorang lagi pulak cakap tak kenal. Habis yang mana satu betul? Kenal ke tak kenal? ‘Hisy! Aku pulak yang pening kepala kat sini’.
“Okay la you all. I’ve to go now. Ada meeting dengan client kejap lagi. Korang berdua teruskan lah sesi suai kenal tu yer.” Maisara sudah melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Malas nak masuk campur. Lagipun ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikannya. 

‘Huh! Belagak gila minah ni. Boleh pulak dia tak kenal aku. Tak pa! Tak pa! Kau buat-buat tak kenal yer? Macam la aku tak nampak reaksi muka kau yang terkejut tu. Okay! Let’s play the game.’ Harith menahan geram. Tak sangka Nur Ibtisam tega melayan dia begitu.
“Oh, maybe saya dah tersalah orang. Sorry! Kalau macam tu awak teruskanlah keja awak tu. Saya busy. Tak de masa nak berkenalan.” Ditinggalnya Nur Ibtisam di situ. Kakinya terus melangkah ke bilik pejabatnya.
‘Ek eleh mamat ni! Kerek semacam ja apa kes? Macam la aku nak sangat kenal kau tu. Tapi, bagus jugaklah kau tak nak berkenalan. Tak payah susah-susah aku nak reka cerita fantasi nanti.’ Dia melangkah ke mejanya. Langsung tak dipandang bilik bosnya itu. Tangannya sibuk menyusun dokumen-dokumen di atas mejanya.
Manakala di dalam bilik, Harith terus memandang Nur Ibtisam. Dia masih tidak berpuas hati. ‘Kau tengoklah nanti aku buat apa.’ Bisiknya sendirian. 

*****************************************************
Pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan Nur Ibtisam bekerja dengan Harith. Lebih tepat lagi 5 bulan 3 minggu 12 hari 3 jam 5 minit 10 saat. Amboi! Bukan main detail lagi yer kau kira. Entah kan betul kiraan kau tu Nur Ibtisam. Bukannya kau tak tahu yang kau tu lemah kira-kira. ‘Ah! Lantak la betul ke salah. Yang penting aku aku dah tak sanggup lagi nak kerja kat sini. Hari-hari kena buli dek Harith tu.’ Kesabarannya yang dulu setinggi gunung Everest dah mulai runtuh. Naik rimas dia dengan arahan bosnya yang kebanyakan tidak ada kena mengena langsung dengan jawatan yang disandangnya ini. Daripada buat air, kemas bilik sampailah sesi perbentangan bagi setiap kes yang dikendalikan oleh Harith. Apa kes tu? Bukan kerja aku pun nak kaji kes-kes tu semua. Dah la siap dengan perbentangan segala. Hisy! Geram betul la. Itu tak apa lagi.  Yang paling Nur ibtisam bengang sekali apabila Harith menyuruhnya menggilap kasut. ‘Ingat aku ni kuli batak dia ka apa’. Nur Ibtisam mendengus. Panas sungguh hatinya!

“Sabar Ibtisam. Cool. Senyum selalu. Anggap aja kau tengah buat amal jariah.” Omelnya sendirian.
‘Tapi, kalau hari-hari kena buli mana tahan. Silap hari bulan masuk Hospital Tampoi aku.’ Akalnya menerjah.
“Tapi okay gak tu. Boleh kawan dengan Keluang Man. Hehe!”  Memang sah lah aku dah berapa betul. Cakap pun sorang-sorang. Boleh pula dia senyum sorang-sorang sekarang ni. Tergeleng-geleng kepala. Hisy! Kalau orang lain nampak ni memang tercapai la hasrat aku nak berkawan dengan Keluang Man. ‘Baik aku pergi minum air. Moga-moga sejuk la hati aku yang tengah membara ni.’ Bebelnya lagi.
Namun, langkahannya terhenti tatkala terdengar perbualan antara bosnya dengan Cik Maisara di pantry. Terkedu dia di balik pintu mendengar butir-butir bicara Harith. Tak sangka tergamak Harith buat begitu. ‘Kejam sungguh’.
“Biarlah. Baru puas hati saya ni. Buat-buat tak kenal saya sangat kan. Siapa suruh. Dah la dulu dia tolak cinta saya mentah-mentah. Tak pernah lagi tau orang tolak saya ni.” Sombong pulak si Harith ni. Mug di tangan masih dipegang. Menanti bicara Maisara.
“Hisy! Awak ni. Takkan la sebab tu ja awak layan dia macam tu. Lagi pun awak juga cakap dia tak pernah pun kata dia tak suka awak kan? Awak tu yang prejudis sangat.” Maisara masih cuba membela Ibtisam.
“Alah, dia tak cakap tu maknanya dia tak sukakan saya la.” Harith pula masih cuba pertahankan hujahnya. Itulah, kalau peguam bertemu peguam. Berhujah saja kerjanya. Masing-masing nak menang. Maisara menggelengkan kepalanya. Dah habis modal untuk dia menasihati si Harith ni. ‘Bercakap dengan Harith tak penah nak menang. Ada saja ayat membela diri’. Maisara mengeluh.  

*****************************************************
“Alah kak long, Ilham tak da idea la. Dah puas pikir tapi tak keluar-keluar juga idea ni.” Ilham, adik lelaki sulung Nur Ibtisam bersuara. Kepalanya dipicit-picit tanda berfikir. Buat teruk boleh kau yer Ilham.
“Haish, kau ni! Nama ja Ilham. Tapi satu Ilham pun kau tak boleh nak bagi kat kak long ni.” Nur Ibtisam mendengus geram. Ingatkan adiknya itu boleh membantu. Tapi, hampeh! Tak boleh nak diharapkan langsung. ‘Mana nak cari idea ni?’ Keluhnya lagi.
“Apa kata kak long cuba tanya Irfan. Mana la tahu kalau-kalau dia boleh tolong. Diakan selalu banyak idea. Nak pulak bab kenakan orang ni kan. Memang professional habis lah.” Cadang Ilham. Tangannya masih lincah menyiapkan kerja sekolah. Sudahlah tahun ni dia bakal ambil STPM. Kakaknya pula sibuk cari idea nak kenakan orang. ‘Alahai! Kakak siapa la tu kalau bukan kakak aku jugak. Terima aja lah.’
 “Irfan…” Mendayu-dayu suara Nur Ibtisam memanggil adiknya itu.
“Hmm. Ada apa panggil orang. Dah la lembut semacam ja. Seram la!” sempat lagi Irfan kenakan kakaknya itu. Bukan dia tak tahu, kalau lembut semacam ja suara kakaknya bermakna ada sesuatu la tu. Dia sekadar memandang kak longnya dengan ekor mata.
‘Hisy! Budak ni la. Orang panggil baik-baik, dia kenakan kita pula. Nasib baik aku nak mintak tolong kau. Sabar ja la.’ Bisiknya dalam hati.
“Kak long nak mintak tolong sikit. Boleh?”
“Tolong apa?” jawab Irfan malas.
“Tolong bagi idea kat kak long macam mana nak kenakan orang. Irfan kan pandai. Selalu dapat nombor satu dalam kelas. Mesti banyak idea kan?” bodeknya lagi.
“Kak long tak payah cakap pun orang dah tahu yang orang ni pandai, bijak. Hemsem pulak tu.” Irfan menambah. Angkat diri pula si Irfan ni. Nur Ibtisam mencebik. ‘Perasan sungguh budak ni. Pantang dipuji.’
“Kak long nak kenakan siapa ni? Irfan bagitau umi baru tahu.” Irfan menakut-nakutkan kakaknya.
“Alah, janganlah dik. Kak long nak kenakan bos kak long tu je. Selalu sangat dia buli kak long. Kesian kak long tau. Hari-hari kena buli. Tolong yer Irfan.” Nur Ibtisam cuba memancing simpati adiknya pula. Harap-harap berkesan la.
“Berapa banyak idea yang kak long nak?” Wah! cara tanya pun dah Nampak profesionalnya. Nampak sangat si Irfan ni kaki buli. Nur Ibtisam sudah tersengih-sengih. Tak sangka adiknya itu sudi membantu. ‘Memang otak pembelit sungguh si Irfan ni.’ Sempat lagi Nur Ibtisam mengutuk adiknya itu. 
*****************************************************


“Belikan  nasi untuk saya. Hari ni pun saya tak keluar lunch.” Arah Harith
“Hmmm”
“Jangan lupa airnya sekali.” arahnya lagi.
“Duit?”
“Duit apa pulak?” Dahi dikerut. Blurr seketika.
“Duit nak beli nasi dengan air la. Takkan nak pesan pakai air liur ja.” Jawab Nur Ibtisam
“Pakai duit awak. Lagipun saya yang bayar gaji awak.” Kakinya laju melangkah ke bilik kerja tanpa perlu mendengar jawapan Nur Ibtisam. Sengaja dia buat begitu. Haha! Hatinya ketawa puas.
“Huh! Dasar kedekut.” Nur Ibtisam mendengus.
“Nah! Ini nasi dengan airnya. Semua sekali RM 2.00. Bayar sekarang!” Bungkusan nasi dan air diletakkan di atas meja.
“Nasi apa kau belikan untuk aku ni? Kenapa murah sangat?” Harith kehairanan. Tangannya mencapai bungkusan nasi. Ingin dilihat apa yang dibeli oleh Nur Ibtisam untuknya. Namun, belum sempat dicapainya, Nur Ibtisam terlebih dahulu menghalang.
“Bayar dulu duit saya. Kalau tak, jangan harap boleh ambik makanan ni.”
“Bagi dulu baru aku bayar.”
“Bayar dulu!”
“Bagi dulu!”
“Bayar dulu!”
“Bagi dulu!”
“Bayar dulu!”
“Ok fine! Nah ambik RM 5 nih. Keep the change!” dompet dikeluarkan dan wang kertas bernilai RM 5 dihulurkan. Malas dia hendak bertekak lama-lama dengan Nur Ibtisam. Lagipun perutnya sudah berkeroncong. Lapar!
“Tak payah! Ambik balik baki RM 3 ni. Tak kebulur saya duit awak tu.” Tiga helai duit RM 1 diletakkan di atas meja. Bungkusan nasi diberikan kembali kepada Harith. Tanpa berlengah dia terus menuju ke pintu.
“Wait!” tiba-tiba Harith bersuara. Nur Ibtisam berhenti betul-betul di hadapan pintu. Tangannya kemas memegang tombol pintu.
“Kenapa nasi ja? Lauknya mana?” soal Harith
“Dah bos pesan nasi. Saya beli nasi ja la. Lain kali pesan la lauk sekali. Baru la saya belikan lauknya.” Sedikit pun Nur Ibtisam tidak menoleh ke arah bosnya itu. ‘Padan muka kau. Nak sangat buli aku kan!’ Bibirnya sudah tersenyum kemenangan. Hihihi! Seperti biasa, Nur Ibtisam keluar tanpa menunggu jawapan daripada Harith. Berlagak seolah-olah dia tidak bersalah.
Manakala Harith sudah panas hati. Mukanya sudah bertukar kemerahan. ‘Memang nak kena perempuan ni. Berani main-mainkan aku yer. Tunggu la aku balas balik!’
Bungkusan nasi ditolak ke tepi. Hilang selera makannya. Bungkusan air diambil.
“Pruuuhhhh!” tersembur air. Habis basah mejanya itu.
‘Kurang ajar kau! Aku ingatkan nasi ja kosong. Rupanya air pun air kosong jugak. Mati-mati aku pikir air laici tadi. Cis!’

*****************************************************
“Itulah kau. Aku cakap kau bodoh kau marah. Tapi dah memang kau tu bodoh. Tak sedar diri.” Sembur Harith tanpa belas kasihan. Mukanya sudah kemerahan menahan marah. Gunung berapi sudah meletus. Pekerja-pekerja yang lain hanya mampu memandang simpati.
Nur Ibtisam sedari tadi tunduk memandang lantai. Air mata sudah membasahi pipinya. Tak pernah sekalipun dia dimarahi sebegitu rupa. Sudahlah dikatakan sebagai bodoh. ‘Apa! Ingat otak aku ni otak udang ke?’
“Macam mana boleh hilang semua dokumen dalam laptop aku tu? Kau tahu tak semua dokumen tu penting. Kenapa la bengap sangat kau ni.” Marahnya lagi. ‘Huh! Memang tak ada perasaan betul la kau ni Harith.’
“Encik Harith. Saya tau saya ni bodoh. Bengap. Otak udang. Tak tahu berfikir kan. Tapi encik Harith tak boleh tuduh saya macam tu ja. Memang la saya ada guna laptop Encik Harith, tapi Encik Harith juga yang suruh.” Bela Nur Ibtisam. Air mata diseka. Malu bukan kepalang lagi. Tapi dia harus bertegas. ‘Dah memang bukan dia yang salah.’
“Aku suruh kau copy dokumen ja. Yang kau pergi hilangkan semua dokumen dalam tu siapa suruh? Ada aku suruh?”
“Saya tak buat macam tu la. Encik Harith dah melampau tau tak. Ingat saya ni buta IT sangat ke sampai nak hilangkan semua dokumen tu?” Nur Ibtisam sudah hilang sabar. ‘Aku karate juga mamat ni karang. Mandul terus.’ Kejamnya..
“Kau orang terakhir guna laptop tu. Kalau bukan kau yang buat siapa lagi? Takkan aku pulak. Aku bukannya bodoh macam kau!”
‘Huh! Ini boleh bikin gua lagi panas.’ Nur Ibtisam mendengus. Tangannya kanannya sudah mengipas-ngipas muka. Air-cond yang ada pun tak mampu nak sejukkan hatinya yang tengah memebara ni.
“Sudah la Encik Harith, saya dah malas nak bertekak. Saya cakap apa pun Encik Harith tak nak percaya. Begini saja lah. Saya berhenti kerja sekarang jugak!” Nur Ibtisam sudah membuat keputusan. Dah lama dia bersabar. Cukup la rasanya sampai hari ini ja. Tak sanggup lagi nak mengadap mamat kurang ajar ni.
Beg sandangnya segera diambil. Ingin terus pergi dari situ. Lagi lama dia di situ boleh menambahkan kemarahannya saja. ‘Darah tinggi juga karang.’ Kakinya mengorak langkah. Namun, dia berpaling semula lantas bersuara,

“Dalam pendrive Encik Harith ada semua dokumen yang hilang tu. Saya sempat simpankan. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk simpan semua dokumen tu dalam pendrive. Tapi, memang bukan saya yang hilangkan semua dokumen tu. Encik Harith siasat la sendiri. Assalamualaikum.” Panjang lebar Nur Ibtisam memberi penjelasan.
Manakala Harith yang masih terkejut dengan tindakan Nur Ibtisam sekadar mengangguk. Diam tak terkata.  Tak sangka Nur Ibtisam akan mengambil keputusan sebegitu. Rasa bersalah mula menguasai diri.

*****************************************************
Diari hitam di tangan dibelek. Sudah hampir 15 minit dia memandang kulit diari itu. ‘Nak baca ke tidak? Tapi, bukan ke tak elok baca diari orang.’ Bisik hatinya. Yup! Itulah diari milik Nur Ibtisam yang dijumpainya di bawah meja kerja milik Nur Ibtisam. Jatuh barangkali.
“Alah! Baca sajalah. Bukannya dia tahu pun.” Akhirnya dia membuat keputusan. ‘Hisy. Teruk kau yer Harith. Memang la Nur Ibtisam tak tahu tapi Allah kan Maha Mengetahui.’
Diari itu akhirnya dibuka. Diselak satu persatu helaian demi helaian. Seketika kemudian, tangannya terhenti pada salah satu helaian. Dadanya terasa sesak tatkala membaca luahan hati Nur Ibtisam itu. Matanya berkaca-kaca. 

10 Mei 2009

Kenapa sakit sangat rasa dalam dada ni? Kenapa sakit sangat rasa hati ni? Apa dah berlaku sebenarnya? Kenapa aku terus memikirkan Harith. Setiap kali teringatkan dia aku rasa sedih sangat. Ya Allah. Apakah aku sudah jatuh cinta? Ya Allah! Bimbing lah aku di jalan yang benar. Andai dia adalah jodohku dekatkan lah hatiku dengan hatinya. Andai bukan kau hilangkan rasa hatiku ini terhadapnya dank kau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini. 

‘Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Aku dah banyak salah pada dia. Maafkanlah aku Ya Allah. Sungguh aku tak tahu dia memiliki perasaan yang sama denganku.’ Kesalnya. Memang sejak dulu perasaannya terhadap Nur Ibtisam tak pernah padam. Malahan semakin kuat pula sejak Nur Ibtisam bekerja dengannya. Namun, apabila mengenangkan Nur Ibtisam yang seolah-olah tiada perasaan yang sama membuatkan dia sakit hati. Atas alasan itulah dia selalu membuli Nur Ibtisam. Ternyata jangkaannya salah sama sekali.

*****************************************************
“Aku terima nikahnya Nur Ibtisam binti Muhammad Shafie dengan mas kahwin RM80 tunai.” Dengan sekali lafaz akhirnya Nur Ibtisam sah bergelar isteri. Suaminya itu adalah pilihan keluarga. Tak pernah dia kenal siapa suaminya itu. Dia sekadar akur dengan pilihan kedua ibu bapanya. Dia yakin restu keluarga pasti membawa keberkatan dalam rumah tangganya nanti. Dia redha! Tak guna dia terus-terusan berharap pada Harith. ‘Apa la yang Harith buat sekarang ni kan?’ sempat lagi kau yer Ibtisam.
“Hoi! Berangan.” Nur Ibtisam tersentak apabila terasa tangan dicubit seseorang. Siapa lagi kalau bukan sepupu kesayangannya itu. Suka sangat mencubit. ‘Anak ketam ke apa budak ni.’
“La..pengantin baru ni. Tak habis lagi berangan tu. Ibtisam! Pengantin lelaki datang nak sarung cincin tu. Siapa sedia cepat.”
“Yelah! Yelah! Aku tahu la. Kecoh la kau ni. Macam dia yang kahwin. Lagipun mana ada aku berangan. Aku malas nak layan kau je tadi. Hehe!” balas Nur Ibtisam sambil membetulkan duduknya. Berdebar pulak rasa hati. Sesekali matanya dikerling ke hadapan ingin melihat wajah suaminya itu. Tapi hampeh! Pengapit lelaki pula lindung. Gaya macam dia ja yang jadi pengantin lelaki. Dah la dari tadi tersengih-sengih.  Kacau betul la!
“Assalamualaikum!” si suami memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Jawab Nur Ibtisam perlahan. Tiba-tiba dadanya terasa sesak. Rasa dah berlaku traffic jam dalam dadanya itu. Suara tu! Ya. Dia kenal dengan suara tu. Takkan la..” Matanya tepat memandang depan. Sah! Harith. ‘Ya Allah! Apa semua ni?’ Nur Ibtisam kebingungan.
Saat  cincin bertukar tangan sempat Harith sempat berbisik. “Abang mintak maaf.” Nur Ibtisam terkedu. Air mata yang jatuh diseka Harith. Nur Ibtisam benar-benar terkejut. Tak sangka Harith adalah suaminya.

*****************************************************
“Nah! Ini hadiah untuk awak.” Satu bungkusan hadiah dihulurkan kepada Nur Ibtisam. Lambat-lambat Nur Ibtisam mengambil. Hairan! ‘Tiba-tiba ja ada hadiah. Takkan hadiah sempena perkahwinan kami kot?’
“Apa ni?” soal Ibtisam kehairanan
“Buka la tengok. Nanti awak tahu la apa benda tu.” Hadiah di tangan segera dibuka. Cermat sekali lagaknya. Saat mata Nur Ibtisam melihat hadiah tersebut, dia terlopong. ‘Diari aku! Macam mana boleh ada dengan dia pulak ni?”
“Abang jumpa masa awak berhenti kerja hari tu. Tak sempat nak bagi, awak dah balik.” Tanpa dipinta, Harith memberi penjelasan. Seolah-olah dia dapat membaca apa yang Nur Ibtisam fikirkan. Tapi memang betul pun.
“Thanks abang. Saya ingat saya dah kehilangan diari ni selamanya.”
“Small matter la awak. Ermm…tapi kan, abang curi-curi baca diari awak tu. Sorry!” teragak-agak dia beritahu. Takut kalau-kalau Nur Ibtisam marah. Kepala yang tak gatal digaru sambil tersengih. Hehe!
“Tak apa. Saya tak kisah pun. Cerita dah basi.”
“Cuba tengok apa yang ada dalam diari tu? Abang ada letak something tau.” Gesa Harith.
Diari dibuka. Diselak satu persatu helaian muka surat. Tiba-tiba satu penanda buku jatuh atas ribaan Nur Ibtisam. Diambil penanda buku tersebut. ‘Aik? Sejak bila aku ada penanda buku dalam diari ni. Pelik bin ajaib.’ Detik hatinya
“Ha!  Itu lah hadiah istimewa daripada abang. Cer baca. Cer baca.” Sekali lagi Harith dapat membaca fikiran isterinya itu. ‘Keturunan nujum Pak Belalang ke kau ni Harith?’
“Undang-undang Cinta Harith ( Lelaki idaman Nur Ibtisam).” Nur Ibtisam mencebik. ‘Ceh! Perasan gila mamat ni.’








Nur Ibtisam tersenyum sendirian. ‘Ada hati nak buat undang-undang cinta macam aku. But not bad la..Hehe!’
“Terima kasih abang. Terharu saya.” Muka suaminya itu dipandang.
“Kasihmu abang terima. Takkan luput ditelan arus.”
‘Amboi! Bermadah pujangga pulak cik abang aku ni. Macam-macam la. Boleh tahan romeo juga nih.’ Hati kecil Nur Ibtisam berbisik.
“Tapi, saya tak ada hadiah untuk abang. Sorry!” ujarnya lagi.
“Abang tak perlu hadiah yang lain. Isteri abang ni pun dah cukup. Thanks sebab terima abang.”
“Tu semua atas usaha abang juga. Bukan saya tak tahu abang kena ragging dengan abah selama seminggu.  Padan muka! Hehe!” Nur Ibtisam ketawa kecil. Tak sangka abahnya juga suka membuli. Patutlah si Irfan pun begitu. Rupanya-rupanya bapak borek anak rinitk.
“Ooowhh..suka ek ketawakan abang. Terseksa abang tau. 7 hari rasa macam 70 tahun ja. Tapi, mana awak tahu semua tu?’ Hidung isterinya ditarik. Geram pulak dia tengok Nur Ibtisam yang sedang ketawakannnya itu.
“Irfan cerita kat saya tadi.” Hidungnya diusap perlahan.
“Patut la rancak ja abang tengok awak berdua ketawa. Rupanya ngumpat abang yer.  Tak patut sungguh!”
“Mana ada ngumpat. Kami bertukar cerita je. Hehe!” Nur Ibtisam terus menyakat.
“Yelah tu.” Harith hanya mampu menggeleng. ‘Tak sangka isterinya suka menyakat. Tak habis-habis ketawakan dia. Sampai berair mata.’ Walau bagaimanpun, dia bersyukur kerana akhirnya dia disatukan juga dengan Ibtisam setelah beberapa tahun mereka terpisah. Semoga hubungan mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN!

*****************************************************
“Baik! Kalau macam tu aku ada satu syarat.”
“Syarat apa tu pak cik?” Harith kehairanan. ‘Apa pulak la pak cik ni. Pakai syarat segala.’
Kamu tinggal dengan pak cik selama seminggu. Matanya tepat memandang Harith di hadapannya itu.
Maka, bermulalah hari-hari Muhammad Harith anak kepada peguam terkenal Muhammad Haidar di-ragging oleh ayah Nur Ibtisam, iaitu Encik Shafie. Hehe!

*****************************************************

Hari pertama: Imam vs Makmum

“Apa? Saya pak cik?”
“Kenapa? Kamu tak sudi ke?”
“Eh, bukan tak sudi pak cik. Tapi, pak cik lebih berpengalaman. Kenapa tak pak cik aja yang jadi imamnya.”
“Kalau gitu, aku cari orang lain je lah jadi imam kepada anak aku nanti.” Encik Shafie sudak bersedia mengorak langkah ke hadapan.
“Eh, jangan pak cik. Saya boleh jadi imamnya. Tak perlu la pak cik susah-susah cari orang lain.” Harith menghalang. Iye la kan. Kalu tak dihalang alamatnya kempunan la dia nak jadi menantu Encik shafie. ‘Alahai la Bapak Mertuaku’
“Allahuakbar!” solat dimulai. Encik Shafie tersenyum sendirian.

*****************************************************
Hari kedua: Ustaz vs Pelajar

“Assalamualaikum semua. Ini saya perkenalkan Encik Muhammad Harith b. Muhammad Haidar. Calon menantu saya.”
“Assalamualaikum.” Harith menyapa. Tersenyum dia mendengar kata-kata Encik Shafie. Hehe!
“Baiklah murid-murid semua. Hari ni calon menantu saya ni akan ajar kamu semua mengaji. Saya ada urusan yang perlu diuruskan.” Sempat dia memandang Harith yang sudah berubah muka.
‘Gulp! Aku tak salah dengar ke ni?” Matanya memandang Encik Shafie meminta kepastian. Encik Shafie pula sekadar mengangguk. ‘Alamak! Apa aku nak buat ni?’ detik hatinya. Fikirannya sempat menerawang memikirkan apa yang bakal terjadi.
“Eermm, pak cik. Saya rasa….” Belum sempat dihabiskan kata-katanya itu, Encik Shafie sudah melangkah keluar dari kelas. Harith hanya mampu memandang. Sikit pun Encik Shafie tidak menoleh memandang Harith yang sudah seperti cacing kepanasan.
‘Habis la aku kali ni.’ Detik hatinya lagi.
“Bismillahirrahmanirrahim…” Akhirnya bacaan dimulakan juga.

*****************************************************
Hari ketiga: Harith vs Irfan

“Tu! Tu! Atas lagi bang. Sikit lagi. Sikit lagi.” Irfan memberi arahan.
Harith yang sudah keletihan terpaksa mengikut. Sudah hampir sejam dia bertungkus-lumus di atas pokok rambutan itu. Arahan daripada bakal bapa mertuanya supaya petik buah rambutan. Disangkanya petik guna galah. Tapi, si Irfan ni pula mengugut supaya ayahnya itu menolak dia untuk jadi abang iparnya kalau dia menolak daripada petik buah guna tangan. Lalu, terpaksa la dia berada dia atas pokok ini memetik buah. ‘Apa malang la nasib aku.’
“Tak cukup lagi ke Irfan. Dah banyak abang tengok. Biarlah abang rehat kejap. Penat ni.” Harith memekik dari atas pokok. Matanya memandang Irfan memohon simpati. Peluh di dahi dilapnya dengan tangan.
“ Belum la. Tak cukup pun 2 bakul ni ha! Baru setengah bakul.” Irfan membalas.
‘Mak ai…besarnya bakul. Tadi aku tengok rasanya kecik ja. Macam mana boleh tukar jadi besar pulak ni.’ Fikirnya kehairanan.
“Cepat la bang. Nanti lambat pulak habis kerja kita ni.”
“Rehat kejap la dik. 5 minit ja.”
“Kalau abang rehat, orang bagitau abah yang abang curi tulang.” Irfan mengungut. Mulutnya dibuka seluas yang mungkin. Bersedia untuk memekik. “Aaaa……”
“Okay. Okay. Abang petik.” Cepat-cepat Harith memotong. Laju sahaja tangannya memetik buah rambutan yang ada. Irfan di bawah sudah bersorak kegembiraan. “Yess! Haha”

*****************************************************
Hari keempat: Mari belajar memasak!

“Isk. Isk. Isk.” Sendu kedengaran.
Puan Izzah menoleh ke belakang. Dilihatnya Harith yang sudah teresak-esak menahan sendu. Matanya sudah kemerahan. Sesekali air mata yang keluar diseka dengan lengan bajunya itu.
“Bilanya nak siap kupas bawang tu? Dari tadi lagi tak habis-habis.” Akhirnya Puan Izzah bersuara. Tangannya pula lincah menggoreng ikan.
“Kejap lagi la mak cik. Pedih ni. Isk. Isk. Isk.” Pisau ditangan dipegang erat. Masih lagi tekun mengupas kulit bawang. Dah lebih daripada 5 min dia cuba mengupas bawang. Tapi, satu ulas bawang pun masih belum siap dikupas.
“Kalau gini la gaya kamu. Alamatnya tak tertolong la anak aku kat dapur kalau kamu jadi suami dia nanti. Nampak gaya kena beritahu abahnya ni.” Puan Izzah sudah berkira-kira hendak memberitahu Encik Shafie.
“Jangan la mak cik. Kan saya tengah berusaha ni.” Harith membela diri. Bersungguh-sungguh dia mengupas bawang. Puan Izzah menahan ketawa. ‘Geli hati pulak dia lihat Harith yang beria-ria tu.’

*****************************************************
Hari kelima: Jumaat!

“Harith, cepat sikit. Dah lambat ni.” Encik Shafie memekik dari luar rumah.
“Ya, ya! Saya datang ni.” Kalut-kalut Harith membetulkan songkoknya. Hari ni dia bakal membaca khutbah di masjid kampung itu. Dup! Dap! Dup! Dap! Hatinya berdebar sejak pagi tadi. Rasa nak luruh saja jantung.
“Apa yang kamu buat tu. Lambat sangat!.”
“Cari songkok tak jumpa pak cik.”
“Kamu nak ke mana pula tu?” soal Encik Shafie.
“Nak pergi masjid la pak cik. Naik kereta saya.” Pelik Harith mendengar soalan Encik Shafie tu.
“Tak payah nak mengada. Naik moto ja. Nanti susah pulak nak cari parking. Nah kunci motonya.” Segugus kunci dihulurkan kepada Harith. “Kamu bawa.” Sambungnya lagi
“Saya pak cik?” jari telunjuk dihalakan ke mukanya sendiri.
“Yelah. Siapa lagi kalau bukan kamu.”
“Tapi pak cik, saya dah lama tak bawa moto ni.”
“Tak pa. Kalau kamu tak boleh, pak cik cari orang lain ja nanti.”
“Eh, eh. Siapa cakap tak boleh pak cik. Boleh. Meh la kunci moto tu. Saya bawa.” Kunci diambil. Dengan lafaz bismillah dia menekan minyak.
“Vrooomm…!”
*****************************************************
Hari keenam: Borang kahwin atau soalan exam?

“Nah!” Beberapa helai kertas dihulurkan kepada Harith.
“Apa ni pak cik?” kertas di tangan dibelek. ‘apa pulak ni?’
“Tu borang kahwin. Jawab semua soalan yang ada. 15 minit ja pak cik bagi kamu masa.” Terang encik Shafie.
‘Tudia.  Siap dengan borang segala. Ada 3 bahagian pulak tu. Dah macam nak jawab exam ni.’ Bisik hati Harith. Namun, matanya tak lepas daripada membaca soalan-soalan yang ada. Air liur ditelan terasa perit. ‘Gulp!’
“ Hah! Tunggu apa lagi. Jawab sekarang. Masa dah berjalan ni.” Gesa Encik Shafie.
“Ya! Ya!.” Kalut Harith menjawab. Tidak berkelip matanya membaca setiap soalan. Sesekali kepala yang tak gatal digaru. Kadang-kadang terlihat tingkah si Harith yang mengetuk kepalanya sendiri. Macam-macam gaya dah dibuatnya. Encik Shafie hanya memandang tanpa perasaan. Jam di tangan dikerling.
“Okay! Masa dah tamat. Bak sini jawapan borang-borang tu semua.” Kertas-kertas di tangan dihulur. Harith mengeluh. Berpeluh juga dia nak jawab soalan-soalan yang ada. Harap-harap betul. Fuhh!

*****************************************************
Hari terakhir: Result keluar!

“ Keputusan pak cik muktamad. Kamu pergi balik aja la.”
“Tapi pak cik, kenapa? Kenapa tak terima saya jadi menantu pak cik.  Saya dah pun ikut semua arahan pak cik. Takkan pak cik tak boleh beri saya peluang.” Matanya sudah berkaca-kaca. Tak pernah dia rasa sesedih ini. Tak sangka impiannya untuk memperisterikan Nur Ibtisam akan terkubur buat selama-lamanya.
“Siapa cakap pak cik tak terima kamu jadi menantu pak cik?”
“Habis tu tadi Pak cik suruh saya balik. Bukan tu tandanya pak cik tak terima saya ke?” soalnya lagi. ‘tak paham aku dengan pak cik ni. Terima ke tak. Buat suspen ja.’
“Kalau kamu tak balik, macam mana kamu nak suruh keluarga kamu masuk meminang anak pak cik nanti. Sebab tu la pak cik suruh kamu balik. Buat persediaan. “ Encik Shafie tersenyum memberikan jawapan. ‘Sememangnya Harith lulus semua ujian yang diberikan. Kesungguhan yang ditunjukkan Harith itulah menjadi sebab utama dia menerima Harith sebagai menantunya. ’
“Betul ke pak cik? Alhamdulillah.” Kedua-dua belah tangan diraupkan ke muka. Bersyukur sangat-sangat. Akhirnya, usaha dia membuahkan hasil. Tak sia-sia dia bertahan selama seminggu di sini. Sayu pulak rasanya nak pergi meninggalkan bakal keluarga mertuanya itu. Aicehh! Over kau yer Harith. Hehe!

~THE END~

p/s1: nak tau macam mana rupa borang kawen tu boleh la melawat SINI… hehehe….:) 
p/s2: Komen la yer..ngee~

Copyright, 2011 by Cheq Zaa at Sept 8

0 comments:

Post a Comment

 
;