Saturday, August 13, 2011

Terawih, Witir & Moreh


T.E.R.A.W.I.H

Terawih bermaksud Rehat. Ini kerana adanya rehat setiap kali selesai empat rakaat. Solat sunat terawih merupakan solat sunat yang hanya wujud pada bulan Ramadhan sahaja. Solat terawih boleh dilakukan sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. Kedua-duanya tidak berdosa kerana masing-masing mempunyai dalil dan hujah yang tersendiri. 

Dalil solat sunat terawih 20 rakaat:

Ibnu Abbas r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w. solat pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. 
Dalil solat sunat terawih 8 rakaat berdasarkan kalam isteri Nabi Muhammad s.a.w, Saidatina Aishah r.h.a:

Maksudnya: "Nabi s.a.w. tidak pernah menambah pada bulan Ramadhan atau bulan selain Ramadhan lebih daripada 11 rakaat..." (Riwayat Bukhari)

Solat ini juga boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berjemaah. Lebih baik dan afdhal jika dilakukan secara berjemaah kerana pahala solat jemaah adalah 27 kali ganda. 

Daripada Ibnu Umar r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan solat terawih ialah
  • Keluar dosa orang mukmin seperti mana dia baru dilahirkan
  • Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya
  • Malaikat di bawah 'Arasy berseru supaya terus melakukan solat Terawih
  • Mendapat pahala bersolat di Masjidil Haram di Makkah
  • Mendapat kebaikan di dunia & akhirat
  • Pada hari kiamat, mukanya bercahaya
  • Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus
  • Pahala dan mutu ibadat seperti  Nabi Muhammad s.a.w
  • Pahala 40 tahun beribadat
Niat solat sunat terawih


********************************************************************

W.I.T.I.R

"Wahai ahli Quran! Bersolat witirlah maka sesungguhnya Allah itu ganjil suka kepada yang ganjil." (Riwayat Tirmizi)

Witir bermaksud Ganjil. Bilangan rakaat dalam solat sunat witir adalah ganjil. Paling kurang dilakukan sebanyak satu rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 3 rakaat. Solat sunat witir terbuka sepanjang tahun & bukannya sekadar dilakukan dalam bulan Ramadhan sahaja. Solat ini dilakukan pada waktu malam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya: "Solat witir antara solat Isyak hingga terbit fajar." (Riwayat Tirmizi)

Niat solat sunat witir


 ********************************************************************

M.O.R.E.H

Moreh ialah jamuan selepas solat Terawih. Merupakan adat yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat kampung, taman, kawasan perumahan dan sebagainya menjamu dan memberi makan kepada para jemaah selepas solat. Amalan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah terutamanya di bulan yang mulia ini. 

"Sesiapa yang menjamu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala mereka tanpa dikurangkan sesuatupun daripada pahala mereka." (Riwayat Ibn Majah)

Bercerita tentang moreh, di kampung cik blogger kat sini kami mengamalkan sistem giliran. Lebih kurang macam tu la. Giliran pemberian moreh bermula daripada 1 Ramadhan sampai lah 30 Ramadhan. Giliran moreh kat kampung ni dikongsi antara 2-3 buah rumah.  Macam-macam makanan ada. Makanan moreh yang paling glamor setakat malam ni (tahun ni saja okay!) ialah Mi Goreng. Tahniah Mi Goreng kerana berjaya menduduki tangga teratas makanan paling glamor. Hehe.

p/s: Semalam giliran moreh rumah cik blogger & dua buah lagi jiran cik blogger. Makanan yang disediakan ialah nasi daging. Nyum! Nyum! sedap. Alhamdulillah. Rugi cik blogger tak dak kat kampung. Hehe!


********************************************************************

Reference:
Ismail Kamus, Dato', Haji. (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru

0 comments:

Post a Comment

 
;