Friday, August 26, 2011 0 comments

.............................::::::::::JODOH::::::::::::............................


                  Kenapa perlu di cari
Kenapa mahu dimurkai
Hanya kerana mencari pasangan HATI

TAHUKAH
Jodoh itu telah ditentukan oleh DIA
Kenapa perlu mencampuri urusanNYA?
Sedangkan urusan kita denganNYA masih tak terjaga

SAHABAT
cintakan ALLAH urusan kita
Tetapi cinta manusia itu urusan DIA


BIARLAH
 DIA yang aturkan …Bila akan diketemukan
Bagaimana disatukan
Dengan “PEMILIK TULANG RUSUKMU”, pada masa hadapan



Monday, August 22, 2011 0 comments

Dulu & Sekarang: FB Sebagai Pemanis Cerita


Orang zaman dulu: Pagi-pagi bangun tidur pandang matahari, malam-malam tidur bertemankan bulan

Orang zaman sekarang: Pagi-pagi bangun tidur mengadap FB, malam-malam tidur termimpi-mimpikan FB (yer ke?)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi laa

Orang zaman sekarang: Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok FB pun jadi laa *hikhikhik*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: bercinta guna surat, letak bedak sikit..biaq wangi...pak cik posmen jadi orang perantaraan...*hikhikhik*

Orang zaman sekarang: bercinta guna FB, guna email, sms, mms, 3G, apa lagi...satelit jadi perantaraan...

~tu br leh kata kata bagai langit dgn bumi~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Simpan gambar dalam album..rasa rindu belek la satu-satu..senyum s0rang-sorang..rasa nak kongsi bawa album tunjuk kat kawan-kawan, jiran sebelah..rasa nak 'pinjam' gambar s0meone, panjat tingkap, diam-diam buka album, zaap! dapat satu..*susah2  (-_-")

Orang zaman sekarang: Simpan gambar dalam FB..rasa rindu just click 'next' kat photo album..rasa nak kongsi click 'share' or 'tag'..rasa nak 'pinjam' gambar s0me0me click je 'download'..*see? so simple (^_^)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Berdating kat taman bunga…si teruna menjeling-jeling…si dara pula tersipu malu…bila mata bertentang mata, hati mula berkata-kata, “Oh! Cantik sungguh si dia.”


**yang ni org tua-tua kata “Dari mata turun ke hati”

Orang zaman sekarang: Berdating kat alam maya ja…ber-chatting tak tengok muka pun tak apa…asal bahasa berbunga-bunga…hati dah boleh tergoda

**yang ni aku kata “Dari FB turun ke bil-bil eletrik” ~parah-parah (-_-‘)~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Berkebun kat belakang rumah or ladang/kebun la..berkebun lepas solat asar..sebelum maghrib balik rumah..keluar peluh..sihat badan..Alhamdulillah...

Orang zaman sekarang: Berkebun kat FB ja..Farmville lagi..tak pun Cityville..berkebun tak kira masa..pagi/petang, siang/malam..anytime beb! peluh tak keluar..duit yang melayang..sihat ka? Wallahu a'lam..

*Yang ni baru boleh dikatakan 'petani moden'...tak gitu? ~ngee~*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: nak dapat apa-apa berita dengar radio ja.. newspaper kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada…tak pun tgk tv yang tak dak color..Habis cerita!

Orang zaman sekarang: nak dapat apa-apa berita dengar radio pun tak apa, tv bermacam-macam color pun ada…newspaper boleh beli aja…nak lagi advance, guna internet cepat ja dapat berita, jangankan fakta, yang auta pun tak terkira…Haishh! Macam-ada ada..

*ingat astro aja ka? FB pun boleh laa...*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Nak iklankan apa-apa pun dekat newspaper ja..tak pun kat tv yang tak dak color tu..

Orang zaman sekarang: Nak iklankan something…dekat FB pun dah cukup...tak gitu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Face-to-book. Maknanya betoi-betoi baca buku…pakai pelita tanah ja…punyalah cerita retro…tapi tu la hakikatnya..

Orang zaman sekarang: Facebook. Maknanya mengadap FB laa..apa lagi…takkan tak paham kot…Aduss!

*FaceBook- Maybe satu-satunya ‘buku’ yang tak dapat di-catologing-kan ~Diulang! MAYBE..maknanya aku tak pasti okay! Haha~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang zaman dulu: Seminggu sebelum raya, sibuk pos kad raya, pakai setem segala, habis wang berjuta-juta..tapi tak apa, asalkan tak lupa rakan taulan semua...terutamanya pada si dia...*hehe!*

Orang zaman sekarang: Seminggu sebelum raya, relax ja..macam tak ada apa-apa..ucapan raya? Malam nak raya pun sempat aja…al-maklum la FB kan ada…*Ahaks*


---------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Salam Eid el-Fitri buat Muslimin & Muslimat...Maaf Zahir & Batin..


Copyright, 2011 by Cheq Zaa

Sunday, August 21, 2011 0 comments

Lailatul Qadar: Malam 1000 Bulan


Assalamualaikum semua...Apa kahabar? Macam mana puasa? Alhamdulillah...semuanya tip top!
21 Ramadhan. Hurm! Apa maknanya tu? Maknanya kita dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Bercakap tentang 10 malam terakhir ni tentu sahaja akan diakaitkan dengan Lailatul Qadar.

Tak payah cakap banyak...biar gambar berbicara...Okay!





Saturday, August 13, 2011 0 comments

Terawih, Witir & Moreh


T.E.R.A.W.I.H

Terawih bermaksud Rehat. Ini kerana adanya rehat setiap kali selesai empat rakaat. Solat sunat terawih merupakan solat sunat yang hanya wujud pada bulan Ramadhan sahaja. Solat terawih boleh dilakukan sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. Kedua-duanya tidak berdosa kerana masing-masing mempunyai dalil dan hujah yang tersendiri. 

Dalil solat sunat terawih 20 rakaat:

Ibnu Abbas r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w. solat pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. 
Dalil solat sunat terawih 8 rakaat berdasarkan kalam isteri Nabi Muhammad s.a.w, Saidatina Aishah r.h.a:

Maksudnya: "Nabi s.a.w. tidak pernah menambah pada bulan Ramadhan atau bulan selain Ramadhan lebih daripada 11 rakaat..." (Riwayat Bukhari)

Solat ini juga boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berjemaah. Lebih baik dan afdhal jika dilakukan secara berjemaah kerana pahala solat jemaah adalah 27 kali ganda. 

Daripada Ibnu Umar r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan solat terawih ialah
  • Keluar dosa orang mukmin seperti mana dia baru dilahirkan
  • Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya
  • Malaikat di bawah 'Arasy berseru supaya terus melakukan solat Terawih
  • Mendapat pahala bersolat di Masjidil Haram di Makkah
  • Mendapat kebaikan di dunia & akhirat
  • Pada hari kiamat, mukanya bercahaya
  • Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus
  • Pahala dan mutu ibadat seperti  Nabi Muhammad s.a.w
  • Pahala 40 tahun beribadat
Niat solat sunat terawih


********************************************************************

W.I.T.I.R

"Wahai ahli Quran! Bersolat witirlah maka sesungguhnya Allah itu ganjil suka kepada yang ganjil." (Riwayat Tirmizi)

Witir bermaksud Ganjil. Bilangan rakaat dalam solat sunat witir adalah ganjil. Paling kurang dilakukan sebanyak satu rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 3 rakaat. Solat sunat witir terbuka sepanjang tahun & bukannya sekadar dilakukan dalam bulan Ramadhan sahaja. Solat ini dilakukan pada waktu malam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya: "Solat witir antara solat Isyak hingga terbit fajar." (Riwayat Tirmizi)

Niat solat sunat witir


 ********************************************************************

M.O.R.E.H

Moreh ialah jamuan selepas solat Terawih. Merupakan adat yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat kampung, taman, kawasan perumahan dan sebagainya menjamu dan memberi makan kepada para jemaah selepas solat. Amalan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah terutamanya di bulan yang mulia ini. 

"Sesiapa yang menjamu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala mereka tanpa dikurangkan sesuatupun daripada pahala mereka." (Riwayat Ibn Majah)

Bercerita tentang moreh, di kampung cik blogger kat sini kami mengamalkan sistem giliran. Lebih kurang macam tu la. Giliran pemberian moreh bermula daripada 1 Ramadhan sampai lah 30 Ramadhan. Giliran moreh kat kampung ni dikongsi antara 2-3 buah rumah.  Macam-macam makanan ada. Makanan moreh yang paling glamor setakat malam ni (tahun ni saja okay!) ialah Mi Goreng. Tahniah Mi Goreng kerana berjaya menduduki tangga teratas makanan paling glamor. Hehe.

p/s: Semalam giliran moreh rumah cik blogger & dua buah lagi jiran cik blogger. Makanan yang disediakan ialah nasi daging. Nyum! Nyum! sedap. Alhamdulillah. Rugi cik blogger tak dak kat kampung. Hehe!


********************************************************************

Reference:
Ismail Kamus, Dato', Haji. (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru

Friday, August 5, 2011 2 comments

Peringkat Puasa, Syarat Berbuka Puasa, Akhlak Berpuasa & Keistimewaan Ramadhan


Assalamualaikum....
Salam Ramadhan buat semua...
5 Ramadhan bermakna 5 hari kita berpuasa
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan sehingga hari ini


Ramadhan 1432. Are you ready? Ready atau tak kita dah pun masuk bulan Ramadhan. Perkara-perkara asas yang kita patut tahu tentang puasa dah pun aku post-kan. Kalau rasa macam tak tau boleh ja KLIK SINI. No worries okay?

Now, kita masuk ke bab yang seterusnya. Kita menyelam sikit untuk lebih faham tentang puasa. Biar persediaan kita lebih mantap. 

***************************************
Peringkat Puasa

Menurut Imam Al-Gazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:
  • Puasa orang awam - hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat. 
  • Puasa orang khas - cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala. 
  • Puasa paling khas - menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah

Keharusan Tidak Berpuasa/ Syarat Berbuka Puasa

1. Musafir 
  • Perjalanan itu adalah harus
  • Perjalanan itu bukan selalu
  • Perjalanan musafir itu dimulakan sebelum fajar lagi

2. Sakit
  • Sakit yang menimbulkan kepayahan yang keterlaluan
  • Sakit yang boleh membawa kepada kerosakan
  • Sakit yang mengakibatkan penyakit lambat sembuh
  • Sakit yang mengakibatkan penyakit bertambah serius

Akhlak Orang Yang Berpuasa

"Dan jika seseorang melaknatnya atau menghinanya, maka jawablah bahawa 'saya berpuasa, saya berpuasa..." (Riwayat Bukhari)

  • Mata -  menjaga mata daripada memandang kepada yang haram
  • Telinga - elakkan daripada mendengar percakapan yang berunsur dosa 
  • Kaki & Tangan - suka menolong orang dan melakukan kebaikan
  • Lidah - tidak bercakap perkara yang sia-sia, tidak mengumpat, meninggalkan cakap kosong, bertengkar & aktiviti yang tidak berfaedah. Jika ditohmah & sebagainya, hendaklah bersabar. 

Keistimewaan Ramadhan
  • Syurga akan dihias semula
  • Bidadari diciptakan oleh Allah
  • Allah menyeru sebanyak 3 kali
  • Allah membuka peluang kepada hambaNya untuk beribadat
  • Ikan di air akan memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berpuasa
  • Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadhan
  • Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi

***************************************
Rujukan :

 
;