Tuesday, July 12, 2011

Top 10: Tempat Yang Wajib/Akan Kita Pergi


Hospital/Klinik/Farmasi
Hospital/ Klinik adalah antara tempat terawal yang kita akan pergi. Sebab apa? Sebab masa mak kita lahirkan kita bukan ka dekat hospital. 

“Eh! Mak aku lahirkan aku dalam rumah. Bukannya kat hospital.”

Okay fine! Habis tu hampa ingat mak hampa tak pi jumpa doctor ka masa awal-awal dia pregnant. Mesti dia pi kan. Kalo tak, macam mana dia dia nak confirm-kan yang hampa ada kat dalam rahim dia. Maknanya hampa penah pi la walaupun mak hampa yang dok usung masa tu lagi kan? Hehe. Nak buat check up bulan-bulan pun kat doctor juga. Tak kira la hospital atau klinik. Okay! Time hampa sakit, takkan tak pi check kat doctor? Takkan kot?

Rumah sendiri/Tempat tinggal
Kalau ada yang cakap ni adalah bukan tempat wajib dia pi memang la nak kena. Tak kisah la rumah hampa jenis apa pun even selama ni hampa  dok dalam kotak sekali pun. Tapi, tetap menjadi tempat tinggal hampa kan? Tak tau la pulak kalau ada orang yang selama dia hidup ni tak penah lagi ada rumah or tempat tinggal yang tetap. Nak juga aku interview macam dia survive. Ahah!

Bilik air/Tandas
Sememangnya ni la tempat yang paling wajib kita pi kan. Ada tak orang yang tak penah pi tempat ni? Cuba angkat tangan. Aku nak skodeng. Hehe! See, memang semua orang akan pi tempat ni punya. Kalo dia tak penah pi tu aku tak tau la pulak. Setahu aku spesis orang sakit mental ja yang buang merata-rata ni. Ada ka yang tengah baca entry ni kat sini?

Dapur/Gerai/Restoran
Ni tempat yang paling aku suka. Sebab aku boleh makan. Nyum. Nyum.  Ehem! Opsss, tersilap. Sepatutnya macam ni “Alhamdulillah! Rezeki”. Hehe! Mesti hampa pun macam aku gak kan? Suka menjelajah satu dapur cari makanan. Okay! Aku ja. Hampa tak. Huh! Pasai pa aku kata ni tempat wajib kita pi. Sebab manusia perlukan makanan kot untuk terus hidup. Takkan nak suruh aku buka kelas subjek Sains kat sini pulak kot. Paham-paham sendiri la.  

Attention! Attention! Kalau ada sesiapa yang tengah baca entry ni dan dia adalah orang yang tak pernah jejak tempat yang aku cakapkan ni sebab selama ni dia cari makanan dalam tong sampah ja, please tolong bagitau. Mana la nak tau ada pembaca-pembaca lain yang boleh tolong hampa. Aku tolong doa ja kot. Tu ja yang mampu aku buat setakat ni. Nak derma pun, fulusnya ngak cukup dong! Hartanya pun ngak ada! Huhu. 


Sekolah
Apa itu sekolah murid-murid. Ya! Pandai semuanya. Sekolah adalah tempat kita belajar. Tak kira la sekolah apa pun, asalkan kat situ la kita menuntut ilmu. Ada ka orang yang tak pi sekolah? Jawapannya: Mestilah ada. Habis tu, pasai pa aku kata aku kata wajib kita pi. Cuba hampa bagitau aku sapa yang dok baca entry-entry dalam blog segala? Bukan kah orang yang penah belajar? Belajar kat mana lagi kalau bukan kat sekolah. 

Okay! Hampa anak orang kaya. Harta berjuta-juta. Tak payah masuk sekolah pun tak apa. Panggil cikgu mai ngajar kat rumah ja. Fine! Aku tak kaya macam hampa. Sob! Sob!

Pejabat Pendaftaran
Ha! Sapa cakap dia tak penah pi tempat ni. Kalau tak, macam mana hampa nak ada IC segala. Lain la kalau hampa palsukan IC hampa selama ni. Tak baik ooo..!

Pasaraya/Kedai runcit/Market
Nak makan, nak mandi, nak tidur, nak apa lagi? Cakap! Cakap! Apa pun hampa pun hampa nak buat hampa kena pi tempat ni dulu kalau nak merealisasikan aktiviti hampa untuk hari-hari yang seterusnya. Iye la! Kalo tak pi tempat-tempat ni macam mana hampa nak beli makanan, barang-barang dapur, pakaian, perobot, alat-alat mandian dan seangkatan dengannya. Pendek kata, kena la beli barang kalau tak macam mana barang-barang tu nak ada kat umah kita kan. Lainlah selama ni ada orang bagi derma. Alhamdulillah! Murah rezeki hampa kan.

Masjid/Surau/Tempat beribadat
Apa? Tak penah pi. MasyaAllah. Apa nak jadi ni? Takkan la hampa tak penah solat jumaat (bagi lelaki) kot? Yang perempuan ni. Hampa nak kawen tak? Kalau nak, hampa kena pi tempat ni. Kalau tak, macam mana bakal suami hampa nak akad nikah. Takkan nak biaq bakal suami hampa terketaq-ketaq mengadap tok kadi sorang-sorang? Kesian kat dia. *Hikhikhik*.. Tapi, kita kena ingat yang masjid tu Rumah Allah. Takkan sikit pun kita tak dak masa nak pi kan.. (-_-")

Rumah Tiang Dua/Kubur
Haha! Ni tempat yang lagi wajib kita kena pi. Tak dak sapa yang boleh kata tak mau. Why? Sebab ni la tempat tinggal kita lepas mati. Bukan sebab nak pi ziarah ja. Sapa yang kat sini kata dia penah tinggal kt “rumah” ni, silalah kembali ke tempat asal anda. Huhu, takut beb!

Padang Mahsyar
Inilah tempat di mana seluruh umat manusia berkumpul untuk diberi pengadilan di Mahkamah. Tak ada yang akan terkecuali termasuklah kita semua. Inilah ‘check point’  terakhir sebelum kita melangkah pergi menuju ke destinasi seterusnya. Jika baik amalan kita di dunia, Syurga lah tempat kita. Andai buruk amalan kita selama kita hidup, Neraka lah jawabnya. Tak mampu untuk kita menolak saat ini kerana PILIHANnya kita sendiri yang buat. KESEMPATAN yang ada telah diberikan sepanjang hayat kita. Hanya diri sendiri yang tersilap memilih jalan. Ayuh! Marilah kita bersama-sama membuat PILIHAN yang tepat selagi masih ada KESEMPATAN. Wallahu ‘alam.


0 comments:

Post a Comment

 
;