Friday, July 1, 2011

Love Story- Bored: CINTA SEORANG PEMUDA


Muhammad Harith b. Muhammad Haidar. Nama yang cukup terkenal dalam kalangan mahasiswa Jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Anak kepada peguam terkenal di seluruh Malaysia kerana berjaya menyelesaikan kes-kes yang cukup besar. Anak sulung daripada 6 adik beradik. Anak jati Shah Alam, Selangor. Harith terkenal bukan kerana pengaruh bapanya, tetapi kerana bakat yang ada dalam diri sebagai bakal peguam yang berjaya. Merupakan tokoh mahasiswa di UiTM Shah Alam kerana pencapaian akademiknya. Lantang bersuara memberikan pendapat dan berhujah. Kebijaksanaannya seolah-olah tidak dapat ditandingi. Juga merupakan idola pelajar wanita. Masakan tidak, dengan kebijaksanaan yang ada plus rupa paras yang elok memang memikat hati.

Walaupun begitu, Harith seakan-akan sudah lali dengan semua itu. Datanglah apa jua godaan dan ujian, pasti ditempuhnya dengan mudah. Bagi Harith tidak ada istilah ‘give up’ dalam hidupnya. Percintaannya yang berakhir dengan kekecewaan juga dihadapi tanpa ada rasa sedih. Namun, perkenalan yang tidak disengajakan dengan seorang perempuan benar-benar mencipta satu epilog cinta baru dalam hidupnya.

Seorang perempuan biasa yang tak begitu cantik pada pandangan matanya  tetapi tetap mempunyai daya tarikannya sendiri. Tingkah laku si gadis yang sentiasa ceria tanpa masalah turut menceriakan kehidupan sehariannya. Si gadis banyak memberikan kata-kata nasihat, pandangan dan berkongsi setiap masalah yang dihadapinya tanpa mengharapkan balasan. Tanpa disedari, satu perasaan yang cukup indah dirasakan setiap kali dia berhubung dengan si gadis. NUR IBTISAM. Itulah nama yang kini mula mengambil tempat di dalam hatinya.

Dengan keberanian yang ada, Harith akhirnya meluahkan rasa hatinya itu kepada Nur Ibtisam. Tidak pernah sekalipun dia bertanya kepada Nur Ibtisam apa perasaan Nur Ibtisam terhadapnya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, perhubungannya dengan Nur Ibtisam tetap seperti biasa. Namun, tak jemu untuk dia menunjukkan rasa kasihnya buat Nur Ibtisam. Cuma satu harapannya, agar Nur Ibtisam memberikan respon terhadap luahan hatinya itu. Biar apa yang dirasakannya menjadi kenyataan.

Harapan tinggal harapan. Yang ada kini cuma angan-angan kosong. Nur Ibtisam sedikit pun tidak ambil peduli akan perasaannya. Respon yang diberikan setiap kali mereka berhubung seolah-olah negative. Kadang-kala dirasakan Nur Ibtisam sengaja ingin menjauhkan diri daripadanya. Lalu, Harith nekad dengan keputusannya. Biarlah dia saja yang mengundur diri. Harith lupa akan satu perkara yang selama ini perkataan ‘give up’ tak pernah ada dalam sejarah hidupnya. Tetapi, kini dia pasrah dengan ketentuan takdir. Biarlah dia give up untuk kali ini. Tak perlu rasanya dia terus berharap andai tiada ruang di hati Nur Ibtisam untuk dia bertapak.
  
Masa terus berlalu. Harith kini semakin menjauhkan diri daripada Nur Ibtisam. Tiada lagi teguran seperti dulu. Tiada lagi perkongsian masalah dan pendapat. Dia kini meneruskan kehidupannya tanpa Nur Ibtisam.  Dia masih lagi Muhammad Harith yang dulu. Masih bijak dan terkenal walaupun tanpa Nur Ibtisam. Dia sedar, dia bukanlah yang terbaik untuk gadis seperti Nur Ibtisam. Siapalah dia dalam hati Nur Ibtisam, cuma sekadar kawan berbicara. Bukan seperti dia yang menganggap Nur Ibtisam lebih daripada itu.  Dia redho.

Namun, tanpa disedari dia sebenarnya tersilap membuat kesimpulan. Tersilap membuat perkiraan. Tetapi apakan daya, perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukannya.

~THE END~

***************************************************
"Tiada rasa susah pada hati yang saling berkasih sayang…”


p/s : Rasulullah saw. pun telah mengajarkan doa istikharah (menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandung permohonan mengubah takdir-Nya:
“Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Copyright, 2011 by Cheq Zaa



2 comments:

AzwanRamli said...

nice sharing...

BintunBAKR said...

thanks....hope u enjoy it...

Post a Comment

 
;