Sunday, July 17, 2011

HUDSON Merah sebagai Hantaran



“Danial! Danial! Ya Allah! Danial buat apa kat sini? Puas umi cari Danial. Umi ingat Danial dah hilang tadi. Danial pergi mana sayang?” Terus disoal anak majikannya itu. Sejak Danial dilahirkan lagi Puan Rabiah menjaganya. Dibahasakan diri sebagai ‘umi’ pada Danial.  

“Danial tengok mainan kat situ ja umi. Danial ingat umi marahkan Danial sebab tu la umi tinggalkan Danial.” Jari Danial menunjukkan ke arah kedai yang dimaksudkannya itu.                          

“Danial! Danial! Takkan la umi sanggup tinggalkan Danial. Mengarut sungguh la budak ni sorang.” Tergeleng-geleng dia mendengar penjelasan Danial. Bukan baru sekali Danial hilang. Masuk hari ni bermakna sudah tiga kali Danial hilang.                 

“Eh! Ni kawan Danial ke?” Matanya terarah kepada seorang budak perempuan. ‘Comel!’ bisik hatinya.     
“Tak la mak cik. Saya pun baru ja jumpa dia. Saya nampak dia nangis tadi. Sebab tu la saya temankan dia kat sini.” Terang Aisya.

“Terima kasih la dik sebab temankan Danial.” Tersenyum Puan Rabiah mendengar penjelasan Aisya.
“Tak ada apa la mak cik. Saya tak kisah pun.” Senyuman dibalas.

“Okay la dik. Kami balik dulu yer. Jom Danial! Kita balik.” Tangan Danial dipegang. Takut hilang barangkali.
“Bye! Bye! Jumpa lagi yer awak.” Ujar Danial sambil melambaikan tangannya.

*****************************************************

“Woi! Ni aku punya la. Kau apahal nak ambik pula?” Marah Adam sambil merenung tajam ke arah perempuan yang berada di hadapannya itu.

“Kau  tu yang rampas gula-gula ni daripada aku. Cakap banyak pulak. Aku yang ambik dulu tau.” Balas Aisya.  Tiba-tiba ja rampas barang orang. ‘Kurang ajar sungguh.’

“Aku yang  nampak dulu gula-gula ni. So, aku punya la. Dah! Bagi balik gula-gula tu.” Adam tetap berdegil.

“Banyak lawa muka kau! Aku yang ambik dulu, so aku yang punya. Kau ambik la perisa lain. Bagi aku perisa ni.” Aisya masih cuba bertoleransi dengan Adam. Manalah tahu Adam akan mengalah. Namun, jangkaannya meleset sama sekali.

“Taknak la. Aku suka perisa ni. Aku tak nak yang lain. Aku nak ambik yang ni juga.”

“Okay! Kalau macam tu, kau pergilah cari kat tempat lain sebab yang ni aku punya. Ujar Aisya tanpa sedikit pun rasa simpati. ‘Padan muka kau. Hahaha! ’

“Hoii! Apa  rampas gula-gula orang ni. Bak sini balik!” Aisya menjerit apabila Adam tiba-tiba merampas kembali bungkusan gula-gula itu daripada tangannya.

“Apa kecoh-kecoh ni? Pasal gula-gula pun korang berdua nak gaduh ke? Dah! Dah! Bagi sini gula-gula tu kat pak cik.” Pak Zaid terpaksa campur tangan apabila pergaduhan itu dirasakannya semakin teruk.

“Pak cik nak buat apa dengan gula-gula tu? Saya nak beli la.” Mata Adam terus memandang bungkusan gula-gula yang diambil oleh Pak Zaid.

“Pak cik tahu la nak buat apa dengan gula-gula ni” Tersenyum-senyum Pak Zaid mengenangkan tindakan yang bakal diambilnya sebentar saja lagi.

“Nah! Ini gula-gula yang kamu cari. Nasib baik kamu cepat. Kalau tak, habis la orang lain yang dapat dulu.”  Pak Zaid berkata sambil menjeling ke arah Adam dan Aisya.               

“Terima kasih pak cik.” Jawab seorang budak perempuan kegembiraan.

“Pak cik!” Kedua-dua mereka terkejut melihat perlakuan Pak Zaid yang selamba badak itu.

*****************************************************

“Ni semua budak perempuan tu punya pasal. Kalau aku jumpa dia, siaplah aku kerjakan.” Marah Adam.
“Kau ni kenapa Adam? Dari tadi marah-marah. Kau marahkan siapa sebenarnya ni?” Shafiq, rakan baik Adam bingung.  ‘Apa yang dibebelkan Adam sebenarnya.’

“Budak perempuan tu la. Saja nak cari gaduh gamaknya. Macam la dia tak tau gula-gula tu aku yang nampak dulu. Haish! Tak puas hati betul la aku!”

Ya Allah! Kau ni kan Adam, sebab gula-gula HUDSON merah tu pun kau nak marah-marah. Relax la bro, banyak lagi kedai yang jual gula-gula tu. Balik sekolah nanti kita cari.” Shafiq memujuk.

“Kau tak faham la Shafiq. Kau kan tahu hari ni hari apa. Gula-gula tu penting untuk aku hari ni. Tapi disebabkan budak perempuan tu la aku tak dapat gula-gula HUDSON tu hari ni. Yang pak cik tu pun satu, ada ka patut dia jual gula-gula tu kat budak mana ntah. Padahal aku dah pegang kot gula-gula tu. Geramnya aku!!”

Adam! Adam! Tak habis-habis dengan gula-gula HUDSON dia tu. Dah la. Jom, masuk kelas.” Shafiq berkata sambil bergerak ke kelas. Adam di di belakang hanya mengekorinya tanpa banyak soal.

*****************************************************
"Kau ni kenapa Aisya? Dari tadi aku tengok monyok ja? Bercakap dengan aku pun kau tak nak.” Mastura menegur apabila dilihatnya Aisya yang sedari tadi berdiam diri.

“Aku tengah geram ni tau tak! Kau apa tahu.” Tangannya menghentak-hentak meja menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Kau tengah geram kat sapa ni Aisya. Selalunya kau ni cool ja sentiasa. Tiba-tiba marah pula ni. Apasal? Cuba cerita kat aku ni. Mana tahu aku boleh tolong kau.” Mastura yang masih kebingungan mula mengadap Aisya. Ingin dapatkan penjelasan.

“Tadi, masa aku nak beli gula-gula HUDSON tu ada sorang mamat sewel mana ntah rampas gula-gula tu daripada aku. Apa lagi, gaduh la kitorang kat situ. Lepas tu, boleh pulak pak cik koperasi tu ambik gula-gula tu jual kat budak lain. Tu yang aku geram sangat sekarang ni.” Jelas Aisya.

“Hahahaha! Lawak la kau ni Aisya. Sebab gula-gula HUDSON 50 sen sebungkus tu pun nak gaduh ker?” Mastura ketawa sambil mengelengkan kepalanya mengenangkan sikap rakannya yang dirasakan kebudak-budakan itu.

“ HUDSON merah tu ada sebungkus tu ja lagi kau tahu tak. Yang mamat tu pun, macam la dah tak ada perisa lain. Yang nak ambik jugak perisa strawberry tu kenapa?” Tangannya digempal menahan marah.

“ Serupa la dengan kau pun. Perisa tu jugak yang kau pilih kan? Sudahlah tu. Nanti kita cari kat tempat lain pulak. Aku tau HUDSON merah tu penting untuk kau. Tambahan pulak hari ni kan. Sabar aje la yer!” Mastura masih cuba memujuk rakan baiknya itu. Takut juga dia kalau Aisya tiba-tiba mengamuk. Dia pun bukannya berani sangat. Apa punya penakut la kau ni Mastura!

*****************************************************

“Aisya! Kenapa Aisya nangis ni sayang? Aisya sakit ker?”  Encik Azman menegur anaknya itu. Risau juga dia kalau-kalau anaknya itu sakit.                       

“Ayah! Ayah pergi mana? Aisya ingatkan ayah dah tinggalkan Aisya tadi.” Tanya Aisya dalam esakannya itu.

“Ayah tak pergi mana-mana la sayang. Ayah pergi kedai depan tu je. Nah! Ayah ada belikan Aisya gula-gula untuk Aisya. Aisya suka tak?” Sebungkus gula-gula dihulurkan kepada anaknya.

“Yeyeye! Ayah belikan gula-gula untuk Aisya. Terima kasih ayah. Aisya suka sangat gula-gula ni. Sayang Ayah!” Aisya bersorak kegembiraan apabila melihat gula-gula kegemarannya itu. Amboi Aisya! Tadi bukan main lagi kau nangis yer. Sekarang terlompat-lompat macam beruk saja bila dapat gula-gula ya. Aisya! Aisya!

“Hoi! Berangan ja keja kau. Nah! Barang yang kau pesan. Dari kecik sampai dah tua bangka pun nak makan benda ni jugak. Rongak gigi kau tu baru tahu.” Sergah Mastura apabila dilihatnya Aisya yang dari tadi termenung. Sampaikan dia berdiri di depan Aisya pun si Aisya tu tak sedar.  Bungkusan gula-gula mula bertukar tangan.

“Alaa…bukan budak-budak je yang boleh makan benda ni. Orang dewasa macam aku pun boleh makan apa. Lagipun gigi aku kuat la. Cantik berseri-seri lagi. Silap haribulan orang ambik aku jadi model tau.  Hehehe!” Aisya tersengih sambil menayangkan giginya. Dah macam kerang busuk ja rupanya.

“ Banyak la kau punya model. Diri sendiri tu tak cukup centimeter ada hati nak jadi model. Boleh blah la kau. Hahaha!” Mastura pula mengenakan Aisya. ‘Perasan la kau Aisya.’

Kau ingatkan siapa tadi? Ayah kau ke?” Mastura kembali menyoal apabila Aisya tidak memberi respon terhadap kata-katanya tadi.

"A’ah. Hari ni kan hari kematian ayah aku. Sebab tu la aku suruh kau belikan benda ni untuk aku.” Terselit kesedihan di wajahnya itu. Sementara itu, tangannya masih lincah membuka plastik gula-gula HUDSON.

“Daripada kau dok melayan perasaan sambil makan benda tu lebih kau pergi naik atas sedekahkan Yassin untuk ayah kau lagi bagus. Dah! Pergi naik atas. Apa nak jadi dengan anak dara ni sorang la. Dah la tak mandi lagi. Hish!”  Teruk sungguh. Kawan sapa la agaknya ni. Eh! Eh! Bukan kawan aku ke tu? Hehe!

Aisya pun berlalu ke bilik tanpa memperdulikan kata-kata rakannya itu. Sikit pun dia tak terasa hati. Kenal benar dengan Mastura si mulut murai. Tapi, ada benar juga kata-kata rakannya itu.         

“Ibu! Kenapa dengan ayah ibu? Ayah sakit ke ibu?” Aisya menyoal ibunya. Matanya masih setia merenung ayahnya yang terlantar di atas katil.

“A’ah sayang. Ayah sakit. Pergilah jumpa ayah. Ayah nak bercakap dengan Aisya tu. Pergilah!” Puan Aisyah memberi arahan. Sendu di hati terpaksa ditahan demi anaknya itu. Dia tahu yang suami akan dijemput Allah pada bila-bila masa sahaja.

“Aisya! Anak ayah. Mari sini sayang.” Encik Azman memanggil dengan perlahan.

“Kenapa ayah?” soal Aisya. Sedih pilu hatinya melihat keadaan ayah kesayangannya itu.

“Aisya, ingat pesan ayah ni yer Aisya. Jaga ibu baik-baik. Dengar cakap ibu. Jangan melawan cakap ibu yer. Jangan buat ibu sedih tau. Aisya tolong jaga ibu bagi pihak ayah yer Aisya.” Tersekat-sekat suara Encik Azman memberi pesanan. Nafas yang dihembus terasa begitu perit  sekali.

“Kenapa ayah cakap macam ni? Ayah nak pergi mana? Ayah kan ada boleh jaga ibu?” Air mata yang ditahan dari tadi jatuh juga. Hatinya mula rasa tidak sedap. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan seorang ayah pada usia 8 tahun. Begitu muda rasanya untuk menjadi anak yatim.

“Aisya, ayah dah tak boleh jaga ibu dengan Aisya lagi. Ayah kena pergi. Allah lebih sayangkan ayah. Aisya ingat baik –baik tau pesanan ayah. Jangan nangis-nangis. Tengok ni! Ayah ada gula-gula untuk Aisya. Aisya mesti suka kan?” Encik Azman berusaha memujuk anaknya itu. Runtun hati tuanya melihat air mata anak kesayangannya itu.

“Aisya tak nak gula-gula. Aisya nak ayah. Ayah janganlah tinggalkan Aisya.” Aisya mula merengek. Apalah sangat nilai gula-gula kalau nak dibandingkan dengan seorang ayah.

“Ai..sya! Ai…sya! Allah!” Suara Encik Azman sudah tidak kedengaran lagi. Akhirnya dia  menghembuskan nafasnya yang terakhir.                  

“Ayah! Ayah! Ibu! Ayah ibu. Kenapa dengan ayah ibu? Bangun la ayah. Ayah!” Aisya cuba mengejutkan ayahnya. Tubuh Encik Azman digoncangnya. Namun, yang dah pergi tak mungkin akan kembali.

“Aisya. Ayah dah tinggalkan kita. Allah lebih sayangkan ayah. Jangan nangis ya sayang!” Puan Aisyah berkata dalam esakan kecil. Kini, tinggallah dia dan anaknya itu.

“Ayah………..!!!”                                                      

“ Ayah! Aisya rindukan ayah. Aisya akan ingat semua pesanan ayah tu.” Malam itu Aisya tidur dalam tangisan. Kerinduan terhadap ayahnya itu tak pernah pudar walaupun sudah 18 tahun berlalu.

*****************************************************

 “Aisya, sudah la tu. Kita cari kat kedai lain ja la”. Mastura sudah menarik-narik lengan baju Aisya.  Tak sanggup rasanya membiarkan Aisya terus bergaduh.  

“Kenapa pulak aku yang kena cari kat tempat lain. Kau suruh la mamat sewel ni yang cari kat tempat lain.  Aku yang datang sini dulu kan?” Aisya tetap tak berganjak. Dia tak akan sesekali menyerah kalah dengan lelaki dihadapannya itu. Bukan dia tak ingat lelaki nilah yang berebut dengannya sewaktu di sekolah dahulu.

“Eh perempuan! Apa kau panggil kau panggil aku tadi? Mamat sewel. Kau tu pula perempuan gila. Kau tahu!” Matanya tajam merenung Aisya. ‘Memang aku lanyak juga budak perempuan ni kang. Dah la dulu kat sekolah, hari ni kat sini pulak. Apa punya malang nasib aku!’ getus Adam.

“You ni, sudah la tu gaduh. Malu tau orang tengok kita. Takkan pasal gula-gula ni pun you nak gaduh dengan perempuan ni. Kalau you kebulur sangat nak makan gula-gula, ni ha! Ambik Cadburry ni. Lagi sedap daripada HUDSON you tu. I pun suka tau.” Shasha yang dari tadi diam mula bersuara. Tebal mukanya apabila orang ramai mula berbisik-bisik sambil merenung ke arah mereka berempat.

“I tak suka Cadbury la. I suka HUDSON ja. Itu pun perisa strawberry. Yang lain I tolak tepi. Faham! Lagi satu, kalau you rasa malu, you pergi ja lah balik. You yang terhegah-hegeh nak ikut tadi kan. I tak ajak you pun.” Geram Adam mendengar kata Shasha. ‘Macam la aku yang ajak dia datang sini.’ Omel Adam dalam hati.

“You ni memang tak berhati perut betul la Adam. Kalau you marahkan perempuan ni pun tak payah la dengan I sekali pun you nak marahkan jugak.” Jari telunjuk ditayangkan ke muka Aisya. ‘Tak pasal-pasal aku pulak yang kena.’

“Maaf yer encik dan cik-cik sekalian. Saya rasa tak perlu kot nak gaduh-gaduh pasal HUDSON ni. Stok kat belakang tu banyak lagi kalau kamu semua nak. Sekejap yer. Saya pergi ambil.” Beritahu seorang pekerja kedai tersebut. Kakinya terus melangkah ke belakang menuju ke bilik stor.  

“Ek eleh perempuan ni. Kalau dari kau bagitau kitorang banyak lagi stok kau kat belakang tu kan senang. Tak dak la aku habiskan masa gaduh dengan mamat sewel ni.” Ujar Aisya perlahan.

‘Hisy! Perempuan ni kan. Memang tak sayang mulut agaknya.’ Marah Adam di dalam hati.

“Nah! Ambik la berapa banyak yang cik dengan encik nak. Kalau tak cukup jugak bagitau saya yer. Saya boleh ambilkan lagi stok kat belakang tu.” Perli pekerja wanita itu. Dalam masa yang sama  sebungkus besar gula-gula diserahkan kepada Aisya dan Adam.

“Hehehe! Padan muka korang berdua. Kan dah kena perli. Macam budak-budak!” Mastura berkata sambil ketawa.

*****************************************************

“Dari tadi you asyik ikut I ja. Kenapa dengan you ni. You nak apa sebenarnya?” Shasha memang merimaskan Adam. Sejak akhir-akhir ni suka sangat Shasha mengekornya kemana sahaja dia pergi.

“I nak tahu kenapa you tak nak kahwin dengan I ? You ada perempuan lain ker?”  Shasha menyoal sambil bercekak pinggang. Mentang-mentang pinggang kau ramping ya Shasha!

“Apa punya soalan la you ni. Mesti la I ada perempuan lain. Mak I tu, bukan perempuan ke?” Adam tersengih-sengih memberikan jawapan. ‘Ambik kau. Nak sangat tanya soalan tu kat aku. Hehehe!’

“You jangan buat I marah. I tanya you betul-betul ni.” Shasha masih lagi bercekak pinggang. Tak puas hati la tu.

“Dah I tak sukakan you, macam mana I nak kahwin dengan you?” Adam mendengus menahan marah. Tak habis-habis dengan kahwin. Bukannya dia tak tahu yang aku ni tak sukakan dia. Sejak dari university lagi dia menolak cinta Shasha. Tapi, memandangkan si Shasha ni muka tak tahu malu diikutnya Adam kemana sahaja.

“Tapi kenapa? Apa kurangnya I ?”  soal Shasha.

‘Boleh tanya pula apa kurangnya dia. Tengok pakaian pun dah tahu apa yang kurang. Hahaha!’ detik hati Adam.

“Okay! I bagitau you dan I harap lepas you dengar penjelasan I ni you takkan ganggu I lagi. Boleh?” Adam menghembuskan nafasnya perlahan.  Harap-harap lepas ni Shasha tak menggangunya lagi.

“Baik! I akan ikut cakap you kalau alasan you tu munasabah.”

 “First, I tak suka cara you berpakaian. Nak kata miskin anak orang kaya. Tapi, nak beli kain pun tak mampu ke?”   

“Second, citarasa you tu terlalu tinggi. High taste sangat. Barang- Barang murah you langsung tak pandang. Jaga standard la konon.”

“Third, I tak pernah sukakan you. I anggap you sebagai kawan ja. Tak lebih daripada tu pun.”

“Lastly, I suka HUDSON ja. I tak suka Cadbury. Understand?” Eh! Macam mana pula boleh terkeluar alasan ni pulak. Lantak la! Janji aku tak perlu kahwin dengan dia.

“Wait a minute. Apa kena mengena HUDSON bodoh you tu dengan coklat Cadbury pulak. Mengarut tau tak?”  Sememangnya itu adalah alasan yang dirasakan Shasha tak masuk akal langsung. Memang tak munasabah.  Maknanya alasan yang lain tu betul la Shasha?

“Saja ja I nak tambahkan sebab-sebab kenapa I tak nak kawin dengan you. Hahaha!” Jawab Adam tanpa rasa bersalah.

Sementara itu, matanya masih lagi khusyuk membaca dokumen di atas meja kerjanya itu. Lagi baik tengok dokumen daripada tengok Shasha kan Adam? Buat tambah dosa ja tengok aurat orang. Baik rupanya kau Adam.

“You ingat I ni hard-up sangat ke nak bersuamikan you. Boleh jalan la. Macam la dia tu perfect sangat. HUH!” Mendidih darah Shasha mendengar jawapan Adam itu. Nampak sangat Adam langsung tak sukakannya.

Eh! Eh! Kau ni pun Shasha. Bukan ke Adam dah beritahu kau sejak korang kat university lagi. Shasha! Shasha! Salah sendiri tak nak mengaku.

“Buah pala buah beringin. You tak nak I pun tak hingin la.” Hahahaa! Pandai juga aku berpantun rupanya.
Sasha berjalan keluar sambil menghentakkan kakinya. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan Adam. ‘Dasar jantan tak guna.’

*****************************************************

Mata Adam masih meliar mencari kedai yang dimaksudkan mamanya itu. Sudah hampir 15 minit dia dalam pasaraya tersebut, namun pencariannya itu masih belum membuahkan hasil.

“Mama ni silap tempat agaknya. Mana ada pun kedai tu kat sini. Hish!” Adam meneruskan juga pencariannya itu walaupun hati dah memberontak untuk pulang ke rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat adegan di hadapannya kini.

“Ya Allah! Dia rupanya. Kenapa selama ni aku tak perasan. Apa aku nak buat ni?” fikir Adam.

*****************************************************

“ Adam, mana barang yang mama suruh Adam beli tu. Melenggang ja mama tengok. Kamu lupa ke?” Puan Kamariah menegur anaknya yang baru pulang itu.

“Adam tak jumpa la kedai tu mama. Puas Adam tawaf satu pasaraya tu, tapi tak jumpa pun. Esok-esok ja la Adam pergi beli ya mama?”

“Kamu ni la! Tak boleh diharapkan langsung!” rungut Puan Kamariah.  Kakinya sudah mengatur langkah ke dapur. ‘Ada anak pun langsung tak boleh diharap.’

*****************************************************

Di dalam bilik, Adam berteleku sambil mengimbau kembali adegan yang dilihatnya tengah hari tadi. Tersenyum-senyum dia seorang diri. Tanpa disangkakan, penantiannya selama ini tak sia-sia.

“Mama, Adam nak kahwin!!” Sorak Adam di dalam biliknya itu.

Puan Kamariah dan Encik Darwish yang kebetulannya hendak masuk ke bilik tersentak dengan jeritan Adam. ‘Dan buang tabiat ke anaknya itu?’

“Abang, dengar tak apa yang saya dengar tadi?” Puan Kamariah mula menyoal suaminya setelah masuk ke dalam bilik.

“Dengar. Dia cakap nak kahwin kan? Baguslah tu.” Encik Darwish yang baru saja hendak melelapkan matanya itu menjawab dengan malas.

“Bagus apanya, bang. Sebelum ni bukan main saya suruh dia kawin dia tak nak. Tup-tup malam ni menjerit cakap nak kahwin. Pelik la saya.” Ujar Puan Kamariah.

“Tak payah awak nak buat-buat pelik malam-malam gini. Besok pagi, sesudah subuh kita tanya dia. Lepas tu awak dengar la penjelasan dia tu puas-puas. Kalau tak puas juga, awak la tu yang pelik. Bukannya Adam. Hehehe!”

“Ye la! Ye la! Asyik nak kenakan saya je la.” Akhirnya Puan Kamariah turut baring di sebelah suaminya itu. Hatinya dah tak sabar menanti esok pagi.

*****************************************************

“Hai, ingatkan kekasih lama ka?  Dari tadi aku tengok kau pegang keychain bola tu? Ingat sikit, kau tu tak lama lagi dah nak kahwin.” Tegur Mastura.  Remote tv dicapai.

Aisya masih lagi merenung keychain bola yang tergantung di tangannya. Teguran Mastura membuatkan dia kembali teringat kepada perbualan dengan ibunya tempoh hari.

“Betul ke ni ibu? Bestnya! Tak lama lagi Aisya dapat ayah baru lah bu?” tangannya sudah memeluk ibunya. Tak sangka ibunya itu akan berkahwin juga.

“Apa yang Aisya merepek ni! Bukan ibu lah yang nak kahwin. Tapi kamu yang kahwin.” Jelas Puan Aisyah.
Aisya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal tu. “Eh, bukan tadi ibu bagitau Aisya ada orang masuk meminang kan?”

“Memang la ada orang masuk meminang, tapi bukan meminang ibu.Meminang kamu ni ha!”

‘Gulp! Aku ke? Macam mana boleh tersilap tafsir ni.’ Omel Aisya. Dia hanya diam memandang ibunya itu. Tak tahu macam mana nak bereaksi.

“Kamu nak terima ka tak? Ibu tengok orangnya macam baik. Keluarganya pun nampak macam orang baik-baik. Ibu tak paksa kamu, tapi ibu nak kamu fikirkan dulu sebelum buat keputusan yer?” Puan Aisyah terus bangun dari sofa menuju ke bilik tidur. Memberi ruang kepada anaknya untuk berfikir.

Aisya termenung sendirian dia atas katil memikirkan kata-kata ibunya tadi. Serba-salah dibuatnya. ‘Apa aku nak beritahu ibu ni.’ Aisya bangun dari pembaringannya lalu membuka laci meja. Dipegangnya keychain pemberian seseorang. Sudah lama dia menyimpan keychain tersebut. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia terus menyimpannya.

‘Lebih baik aku mintak tolong Allah.’ Getus Aisya. Lalu, dia terus mengorak langkah ke bilik air mengambil wuduk. Ingin menunaikan solat istikharah. Mudah-mudahan dapatlah dia buat keputusan yang tepat.

3 hari kemudian….

“Ibu, Aisya ada benda nak cakap dengan ibu ni.” Teragak-agak Aisya hendak memberitahu ibunya tentang keputusannya itu.

“Apa dia. Cakaplah. Ibu dengar ni.”

“Pasal peminangan tempoh hari tu, Aisya dah buat keputusan. Aisya terima ja pinangan mereka tu.” Fuhh! Lega akhirnya. Dapat juga dia beritahu ibunya tentang perkara ini. Sejak 3 hari berturut-turut dia solat istikharah, dia dapat merasakan hatinya kuat menyuruh dia menerima lamaran tersebut. Dia yakin keputusannya itu tepat.

“Betul ke Aisya? Kamu yakin dengan keputusan kamu tu?” Puan Aisyah seakan tidak percaya terhadap keputusan anaknya. Sudah berapa banyak lamaran yang datang ditolaknya. Namun, kali ni doanya dimakbulkan jua. Tak sangka Aisya akan menerima.

“Betul la ibu. Aisya yakin dengan keputusan Aisya ni.” Hisy! Ibu aku ni. Cara tanya dah macam pengacara dalam rancangan ‘Who Wants To be A Millionaire’ ja gayanya. Ibu! Ibu!

“Tak habis lagi ke berangannya tu cik adik oii? Dari tadi kau tenung siling tu. Dah tembus agaknya siling kat atas tu.” Ujar Mastura.  Sejak nak berkahwin ni kerap sangat dia melihat Aisya termenung. ‘ Ada masalah ke dengan tunangnya itu.’

“Kau ni! Kacau betullah. Aku baru nak berangan pergi honeymoon. Dah tak sempat.” Rungut Aisya.

“Banyak la kau punya honeymoon. Bulan pun dah masuk tidur. Kau tu ja yang tak reti-reti nak tidur. Dah! Masuk tidur. Esok-esok ja sambung honeymoon kau tu.” Mastura mencebik.

*****************************************************

“Alaaa mama!! Boleh la mama. Sekali ni ja Adam mintak tolong mama. Boleh yer mama?” Adam sudah merengek. Tangan mamanya dipegang meminta simpati.

“Tak boleh! Berapa kali mama cakap tak boleh. Mana pernah dibuat orang bagi benda tu sebagai hantaran. Kamu jangan nak merepek. Buat malu ja tahu tak!” Pening juga kepala Puan Kamariah memikirkan permintaan anaknya itu. ‘Dah bengong sangat gamaknya anak dia itu’

“Tak apa la kalau mama tak nak buat. Cancel ja la perkahwinan ni. Adam tak dak mood nak kahwin.” Ugut Adam yang sudah merajuk. Kakinya melangkah ke bilik. Pilu rasa hati bila mama menolak mentah-mentah permintaannya itu. ‘Sampai hati mama.’

Derap kakinya terhenti tatkala mendengar sayup suara mamanya. “ Macam mana nak buat hantaran tu kalau barang-barangnya tak ada.” Senyuman terukir di bibir. Tak sangka lakonannya menjadi. Haru juga dia kalau mamanya itu tak terpedaya. Hehehe!

“Esok Adam pergi beli barang-barangnya, yer ma. Thanks ma! Love you so much!” Sengihan Adam itu membuatkan Puan Kamariah mencebik. ‘Huh! Nak bodek aku la tu. Bukannya aku tak tahu.’

*****************************************************

“Eh, Aisya! Cuba kau bagitau aku nama bakal laki kau tu sekali lagi?” Tangan Matura masih lincah menyolek muka pengantin baru itu. Dia, selaku Mak Andam yang tak bertauliah senyum berpuas hati dengan hasil kerjanya. ‘Tak sangka berbakat juga aku jadi Mak Andam. Hehehe!”

“Mad! M.A.D. Mad!” Nama itu dieja satu persatu. Apa kena dengan kawan aku sorang ni. Berapa kali nak tanya. Berbuih mulut dia beritahu. Tak kan dah pekak kot si mulut murai ni.

“Aku tahu la nama dia Mad. Tapi takkan kau tak tahu full name dia. Apa punya bakal isteri la kau ni. Nama bakal suami sendiri pun tak tahu.” Bibirnya dicebik.

“Aku tak tahu la. Ibu aku cakap nama dia Mad ja. Maybe tu la kot full name dia.” Ujar Aisya. Macam mana dia nak tahu kalau nama pada kad kahwin mereka pun hanya diletakkan sebagai Mad b. Darwish. Huhu! Sadis sungguh nama laki aku tu. Tak glamor langsung!

*****************************************************

Sah! Sah!
Hanya sekali lafaz, Aisya kini sudah bergelar isteri kepada abang Mad nya. Uwaaa! Apa punya klasik nama laki aku. Uhuk! uhuk! Alahai la kau ni Aisya. Orang sedih sebab terharu. Tapi, kau ni sedih sebab nama laki kau tu pulak. Teruk! Teruk!

Pintu biliknya kini diketuk menandakan kedatangan pengantin lelaki untuk menjalankan upacara membatalkan wuduk.  Aisya sekadar menundukkan mukanya. Bukan kerana malu tetapi tak sanggup rasanya hendak berhadapan dengan suaminya itu. Namun, saat cincin ingin disarungkan ke jari manisnya  Aisya mendongakkan kepalanya. Tersentak  seketika tatkala dia  melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Tangannya ditarik serta merta.

“Kau! Kau buat apa kat sini? Macam mana pulak kau boleh ada kat sini? Siapa jemput kau ha!” Bertalu-talu soalan Aisya.

Si suami hanya tersenyum. Sudah diagak reaksi isterinya itu. Cincin ditangan masih dipegang erat. Menunggu masa untuk disarungkan ke jari.

“Hish! Kamu ni Aisya. Nikan suami kamu. Masakan kamu tak kenal. Cepat hulurkan tangan tu!” Ibunya memberi arahan. Tangannya digenggam erat.

“Aisya tak nak kahwin dengan dia ibu! Aisya tak nak! Rungut Aisya. Tidak rela bersuamikan lelaki itu. Matanya sudah berkaca-kaca mahu menangis.

“Tak nak kahwin apanya. Kamu dah nikah pun dengan dia. Dah sah jadi isteri pun.” Puan Aisyah menarik tangan anaknya itu.  Genggaman tangan dibuka. Buat malu aja Aisya ni! Tengah-tengah ramai orang ni jugak la anaknya itu berdrama. Tetamu yang ada di dalam bilik kehairanan. Namun, mereka hanya berdiam diri.  Tak tahu hujung pangkal cerita.

Cincin disarungkan ke jarinya juga. Muka simpati yang dibuatnya sejak tadi tidak diendahkan Puan Aisyah. ‘Sampai hati ibu tak kasihankan anak ibu ni’. Bisik hatinya. Mastura yang dari tadi tersengih-sengih dijelingnya tajam. Geram betul dia melihat Mastura. Bukannya nak tolong. Tolong gelak ada la. Huh! 

*****************************************************

Aisya mundar-mandir di dalam bilik. Panas betul rasa hati! Kenapa dia tak siasat dulu siapa suaminya itu. Menyesal pun dah tak guna. Arrrghhh! Geramnya!

Pintu diketuk dan dibuka dari luar.  Langkah terhenti. Melihat sesusuk tubuh di hadapannya ini membuatkan darahnya kembali meluap-luap. Tangan digempal menahan marah.  Mulutnya terkumat-kamit menyumpah si suami. Adam hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. 

“Tak habis lagi ke baca ‘mantra’ tu Puan Aisya? Saya ada hal nak bincang dengan awak ni. Meh la duduk sini.” Tangannya menepuk-nepuk sofa. Senyuman sedari tadi masih tak lekang. 

Aisya mencebik. ‘Menyampah sungguh dia tengok.’ Namun, kakinya tetap melangkah ke arah sofa. Dia memilih untuk duduk di sofa yang bertentangan dengan Adam. ‘Tak hingin aku nak duduk sebelah kau.’ Getus Aisya dalam hati.

“Memang patut pun kita berbincang. Karang kalau gaduh kecoh pulak rumah ni kan?” perli Aisya
.
“Marah lagi ke? Sorry la. Abang tak dak niat pun nak tipu Aisya. Sumpah!” tangan kanannya diangkat. Serius saja muka Adam mengadap isterinya itu.

Amboi!! Dia main ‘berabang-abang’ dengan aku pulak dah. Geli la. Hish! “Apa  motif awak kahwin saya ni ha?” soal Aisya. Straight to the point beb! Tak main ar belok-belok.  

“Tak ada motif apa-apa pun. Abang ikhlas nak kahwin dengan Aisya. Tu je. Takkan tu pun salah?”  Soal Adam kembali. Kening double jerk diangkat. Sengaja menguji kesabaran Aisya.

‘Eh! Eh! Mamat ni. Nak cari gaduh dengan aku ka? Meh la. Ingat aku takut sangat!’ Kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hati ni. Nak cakap depan-depan? Jangan harap la. Bukannya berani sangat si Aisya ni. Takut-takut berani ja.

“Takkan sebab ikhlas ja kot?” Mesti ada sebab lain kan? Kita bukannya pernah berbaik. Tiap kali berjumpa mesti bergaduh. Itupun 2 kali ja. Takkan la sebab kita bergaduh awak jatuh cinta dengan saya kot? Impossible!” Jari telunjuknya digoyang-goyangkan. Matanya dikecilkan bagi mendapatkan kepastian daripada Adam.

“Sapa kata kita berjumpa hanya 2 kali? Kita sebenarnya dah pernah berjumpa sejak dulu lagi.  Itulah kali pertama abang jumpa Aisya. Walaupun masih kecil, tapi sayang abang pada Aisya tak pernah hilang.” Jelas Adam. Cewaaah! Jiwang karat rupanya kau Adam.

Aisya mengerutkan dahinya. ‘Bila masa pula aku jumpa mamat ni. Ada ke? Fikir Aisya. ‘Ni mesti kes nak menipu aku la tu. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Ingat aku nak percaya!’ getusnya lagi.

“Tak percaya la tu?” Adam yang melihat kerutan di dahi Aisya mengagak.      

“Sapa yang nak percaya!” 

“Okay! Kalau macam tu, cuba Aisya ingat balik masa kecik-kecik dulu ada tak Aisya pujuk sorang budak lelaki ni. Budak tu nangis-nangis cari mak dia kat dalam pasaraya. Alah! Budak tu tak de la comel sangat tapi boleh la tahan hensemnya.  Hehe! Sempat lagi Adam memuji dirinya sendiri.  

“Kejap! Kejap! Saya rasa macam ada. Saya bagi dia gula-gula masa tu kan? Tak lama lepas tu umi dia datang. Then, dia ikut umi dia balik.” Bersungguh-sungguh Aisya bercerita. “Tapi, macam mana awak tahu? Takkan la awak ni…” Ayatnya terhenti setakat itu apabila Adam tiba-tiba menyampuk.

"Yup! You got it. Abang la budak lelaki tu." Mekar senyuman Adam apabila isterinya itu sudah dapat mengagak.

Aisya terlopong! Tak sangka orang yang dinantikannya selama 18 tahun berada depan mata. Sesaat kemudian Aisya bangun dari sofa. Beg tangan dicapai. Adam hanya memerhatikan tingkah isterinya yang tercari-cari sesuatu.

“Lepas tu budak lelaki tadi berpatah balik. Dia bagi benda ni kat saya.”  Aisya kembali menyambung cerita. Ditangannya sedang memegang keychain bola. Adam bangun mendapatkan isterinya itu. Keychain ditangan diambil. Tak disangka yang Aisya masih lagi menyimpan hadiah pemberiannya itu. Walaupun hanyalah sekadar keychain, tetapi dia benar-benar terharu.

“Aisya simpan lagi keychain ni rupanya.” Ujar Adam inginkan kepastian. Aisya sekadar menganguk. Hatinya sudah berbunga. Akhirnya dia bertemu juga dengan Danial. Wait! Danial. Nama dia Danial. Bukannya Mad.  Ada juga yang nak kena nih!

“Kenapa abang kenalkan diri sebagai Mad? Siapa sebenarnya Mad?” Soal Aisya tidak berpuas hati.

“Mad tu abang la. Siapa lagi. Takkan baru sehari kahwin dah lupa nama suami sendiri kot?” Adam cuba mempermainkan Aisya. Padahal dalam hati bukan main seronok lagi apabila dengar Aisya memanggilnya ‘abang’. Rasa nak peluk ja Aisya sekarang ni. Hehehe!  ‘Gatal kau yer Adam! Jangan nak mengada selagi cerita tak habis!’

“Cakap la betul-betul. Siapa Mad tu?” soalnya kembali. Hish! Ada jugak yang kena cepuk dengan aku karang.

“MAD tu stand for Muhammad Adam Danial la Aisya. Bukannya sapa-sapa pun.” Kasihan pula dia melihat Aisya yang beria-ria.  

“Habis tu kenapa tak cakap ja yang nama abang Adam or Danial. Whatever la!” desaknya lagi.

“Saja nak surprise kan Aisya. Hehe!”

“Banyak la abang punya surprise. Cakap ajalah yang abang takut lamaran abang ditolak. Kan senang!” Aisya pula mengenakan suaminya itu. ‘Kalau nama dia MAD a.k.a Muhammad Adam Danial, bermakna aku jadi SAH la yer. Siti Aisya Humaira. Pelik aja bunyinya. Hehehe! Aisya tersenyum sendirian.

“Ni, kenapa senyum sorang-sorang? Tak nak kongsi dengan abang ke?” Wajah Aisya ditatapnya lembut.

“Tak ada apalah. Cuma tak sangka gula-gula HUDSON pun boleh jadi hantaran yer bang!” gubahan HUDSON merah di penjuru bilik itu dipandang Adam. Tak sangka menjadi juga gubahan bunga yang diimpikannya selama ni. Haha! ‘Salute habis la kat mama’

“Penat tau abang pujuk mama. Bila abang pura-pura merajuk baru mama setuju nak buat.” Adam membuka cerita. Tersengih dia mengenangkan lakonannya itu.

“ Kenapa pilih HUDSON. Warna merah pulak tu!”

“Sebab HUDSON merah mengingatkan abang kepada Aisya.

“Hah! Aisya ada satu soalan.”

“Bukan satu soalan dah Aisya oii! Dan berpuluh soalan Aiysa dah tanya tadi.  Aisya tersengih-sengih mendengar teguran Adam. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Betul ke tak gatal Aisya. Entah-entah ada kutu tak Aisya. Cuba kau check!              

“Macam mana abang tahu Aisya adalah budak perempuan tu?”

Adam sudah mengagak. Aisya pasti akan bertanyakan hal ini juga. “Abang nampak Aisya pujuk sorang budak lelaki dekat pasaraya. Cara Aisya pujuk budak tu sama macam Aisya pujuk abang dulu. Bila Aisya perkenalkan nama Aisya pada budak tu, abang yakin Aisya lah orang yang abang tunggu selama ni.” Sambung Adam lagi.

“Adik! Kenapa dengan adik ni?” Soal Aisya lembut.

“Mama dah tak ada. Saya tak tahu nak cari mama kat mana.” Sendu tangisan kedengaran. Air mata yang jatuh diseka.  

“Adik janganlah nangis. Nanti kakak bantu adik cari mama adik ye?” Pujuknya lgi. “Nah! Ambik la gula-gula ni. Kita boleh makan gula-gula ni sambil cari mama adik.” Sebiji gula-gula HUDSON merah dihulurkan kepada budak lelaki tersebut.

“Nama akak Aisya. Siti Aisya Humaira. Adik? Dia menyoal. Dilihatnya budak lelaki itu sudah berhenti menangis.

Nama saya Mohd. Rizqi. Jawab budak lelaki tersebut. Setelah itu, mereka pun berjalan mencari mama Rizqi. Tanpa disedari rupanya-rupanya Adam sedang menyaksikan gelagat mereka.

‘Oh! Macam rupanya.’ Kepalanya terangguk-angguk mengingati.

“Kiranya abang buat keputusan nak kahwin dengan Aisya sejak Aisya bagi gula-gula HUDSON la yer?” duga Aisya.

“Taklah. Tapi, sejak abang menolak Cadbury dan memilih HUDSON sebagai pilihan.” Ujar Adam. Aisya kelihatan bingung dengan jawapan Adam itu. ‘Apa maksud dia tadi?’ Omelnya. Berkerut-kerut dahi memikirkan kata-kata Adam. Namun, dia masih tak dapat menangkap maksud sebenar.

“Apa maksud abang?”

“Esok la abang beritahu Aisya yer. Abang dah ngantuk ni. Kita sambung ja lain kali.” Adam sudah menguap. Penat! Lenguh badannya mulai terasa. Fikirannya kini hanya satu. Tidur!

Aisya tidak membantah. Lagipun esok kan masih ada. Dia tetap akan dapat jawapannya nanti. “Anyway abang, thanks for that hantaran. Nice! I really appreciate it.”  Ucap Aisya terharu.

Adam tersenyum. Dia benar-benar bersyukur kerana akhirnya dapat juga dia bersama dengan orang yang dicintainya itu. Walaupun sudah lama peristiwa itu berlalu, namun perasaan sayangnya tak pernah pudar.

“Pakai gigi palsu la kita lepas ni kan bang? Habis semua gigi luruh sebab makan gula-gula. Hahaha! Aisya ketawa membayangkan dirinya yang memakai gigi palsu.

“Hahaha!’’ Adam turut tertawa mendengar kata isterinya itu. Matanya redup memandang gubahan hantaran. Memang betullah cakap isterinya. Mahu luruh semua gigi yang ada kalau mereka makan semua gula-gula HUDSON tu. Bukannya sikit malahan ada 120 biji kesemuanya.           
                                                                                                                           
*****************************************************

“Awak! Kenapa awak nangis ni?” Soal Aisya kepada seorang budak lelaki yang agak sebaya dengannya itu.

“Umi saya dah tinggalkan saya. Saya tak tahu nak cari dia kat mana.” Esakan budak lelaki itu kedengaran. Matanya melihat sekeliling kalau-kalau uminya itu kelihatan.

“Awak janganlah nangis. Mesti mak awak cari awak nanti. Takkan la mak awak nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini kan. Dah la awak. Janganlah nangis lagi. Pujuk Aisya.

“Nah! Ambik la gula-gula ni. Saya bagi kat awak. Kita boleh makan gula-gula ni sementara tunggu mak awak.” Sebiji gula-gula HUDSON merah dihulurkan kepada budak lelaki tersebut.

“Terima kasih awak.” Tangannya mengmbil gula-gula pemberian Aisya. Hatinya sedikit terpujuk dengan kata-kata Aisya walaupun dia tidak mengenali siapa budak perempuan di hadapannya ini.

“Danial! Danial! Ya Allah! Danial buat apa kat sini? Puas umi cari Danial. Umi ingat Danial dah hilang tadi. Danial pergi mana sayang?” Terus disoal anak majikannya itu. Sejak Danial dilahirkan lagi Puan Rabiah menjaganya. Dibahasakan diri sebagai ‘umi’ pada Danial. 

“Danial tengok mainan kat situ ja umi. Danial ingat umi marahkan Danial sebab tu la umi tinggalkan Danial.” Jari Danial menunjukkan ke arah kedai yang dimaksudkannya itu.                          

“Danial! Danial! Takkan la umi sanggup tinggalkan Danial. Mengarut sungguh la budak ni sorang.” Tergeleng-geleng dia mendengar penjelasan Danial. Bukan baru sekali Danial hilang. Masuk hari ni bermakna sudah tiga kali Danial hilang.                 

“Eh! Ni kawan Danial ke?” Matanya terarah kepada seorang budak perempuan. ‘Comel!’ bisik hatinya.   
  
“Tak la mak cik. Saya pun baru ja jumpa dia. Saya Nampak dia nangis tadi. Sebab tu la saya temankan dia kat sini.” Terang Aisya.

“Terima kasih la dik sebab temankan Danial.” Tersenyum Puan Rabiah mendengar penjelasan Aisya.

“Tak ada apa la mak cik. Saya tak kisah pun.” Senyuman dibalas.

“Okay la dik. Kami balik dulu yer. Jom Danial! Kita balik.” Tangan Danial dipegang. Takut hilang barangkali.

“Bye! Bye! Jumpa lagi yer awak.” Ujar Danial sambil melambaikan tangannya.
“Bye! Jumpa lagi.” Aisya turut membalas lambaian Danial.
  
Aisya melangkah pergi. Namun langkahannya terhenti tatkala melihat Adam berpatah balik ke arahnya.

“Nah! Ini untuk awak.” Keychain bola dihulurkan. Aisya menyambut perlahan.   

“Saya Adam. Muhammad Adam Danial.”

“Aisya. Siti Aisya Humaira.” Kedua-duanya tersenyum tanda perkenalan.
 

~THE END~



p/s: Sorry kalau tak menarik. Ni pun saja2 tulis sebab boring...Hehe! Peace...(^_^)


Copyright, 2011 by Cheq Zaa at June 22

2 comments:

mocha pearl said...

follow belog ni lepas baca cerpen awak... :)

BintunBAKR said...

thank you...really appreciate it..:)

Post a Comment

 
;