Monday, July 4, 2011

Coretan Silam: AKU BUDAK JAHAT



Aku budak jahat…
Yang jahil ilmu agamanya  
Hanya kerana bersekolah biasa
Bukannya sekolah didikan agama
Seperti yang diimpikan ayahanda dan bonda
                                                     
Aku budak jahat…
budak jahat yang sering disalah ertikan
dianggap hanya tahu mengambil kesempatan
mendahulukan kepentingan diri melebihi yang lain
walau tanpa bukti dan alasan

Aku budak jahat…
budak jahat yang tak lari daripada kesilapan
yang tiada kebaikan walau sebesar kuman
dipandang hina sepanjang zaman
hanya kerana aku bukan tonggak harapan

Aku budak jahat…
budak jahat yang dianggap suka melawan
hanya kerana bersuara memberi jawapan
begitulah anggapan dan rumusan yang diberikan
tiada berpeluang meluahkan perasaan

Aku budak jahat…
budak jahat yang sering memendam perasaan
sentiasa hidup dalam kepura-puraan
keseorangan tiada berteman
bergantung harap di sisi  Tuhan
kerana Dia yang dapat memberi ketenangan

Aku budak jahat…
budak jahat yang hidupnya tiada bermatlamat
ingin pergi mencari ‘ubat’
kerana dirinya sudah letih dan penat
yang sentiasa dianggap jahat
tak kira masa dan tempat
hanya kerana akulah si budak jahat



"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujarat:11)

Copyright 2011 by Cheq Zaa on Sat: 2310-June25

2 comments:

BintunBAKR said...

jgn telan bulat2 apa yg org lemparka pada kita...xsemua pndangan org pada kita betul..yg penting pandagan Allah terhadap kita....itu yg utama...

BintunBAKR said...

huhu.....awt y aku rs hg emo terlebih ni....kekekee....x bc ka reminder kt bwh ni...xdak kena mgena antara hdup dgn mati....

p/s: y mn ada copyright tu wt sndiri la...x men ciplak2....*wink~wink~

Post a Comment

 
;