Tuesday, July 26, 2011

Puasa: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. 
(Al-Baqarah:183)


Makna Ramadhan: Lafaz 'Ramadhan' berasal daripada perkataan 'Ramadha'. Perkataan ini bermaksud 'membakar' dan 'panas'. Dengan ini, Ramadhan diertikan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa. 


Pengertian Puasa
  • Dari sudut bahasa: bermaksud 'menahan'
  • Dari sudut syarak: bermaksud menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu
Oleh itu, puasa ialah menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari  

 Rukun Puasa

  • Niat
  • Menahan diri daripada makan, minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa

Syarat Wajib Puasa
  • Islam
  • Baligh
  • Waras/Berakal (tidak gila)
  • Kemampuan berpuasa
  • Bermukim (tidak bermusafir)

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja 
  • Memasukkan sesuatu ke dalam qubul atau dubur dengan sengaja 
  • Muntah dengan sengaja 
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Haid atau Nifas
  • Gila (walaupun sekejap)
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari
  • Bersalin
  • Berbuka sebelum yakin terbenam matahari

Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa
  • Keterlaluan ketika berkumur semasa berwuduk
  • Bersugi/Menggosok gigi selepas waktu Zohor
  • Berbekam
  • Merasai makanan tanpa hajat
  • Mencium & memeluk pasangan
  • Cakap banyak tanpa hajat
  • Tidur banyak
  • Mengumpul air liur dengan banyak kemudian menelannya

Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa
  • Penggunaan inhealer bagi orang yang asma/penat
  • Penggunaan jarum suntikan bagi memasukkan ubat
  • Menitiskan ubat ke dalam mata
  • Derma darah
  • Menerima derma darah
  • Sedutan gas oksigen
  • Gas pelalian
  • Penggunaan krim yang disapu di atas kulit
  • Penggunaan gas bius
  • Penggunaan teropong ke dalam perut
  • Penggambilan sampel darah
  • Berkumur/semburan di mulut

Perkara-perkara Sunat Berpuasa
  • Melewatkan bersahur
  • Segera berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka
  • Membaca Al-Quran
  • Solat sunat Tarawikh
  • Mandi junub/wajib sebelum masuk waktu Subuh
  • Meninggalkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah & mengkhayalkan
  • Menjaga lidah daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia
  • Berbuka dengan buah tamar/makanan yang manis
  • Bersedekah


Niat Puasa


Lafaz niat Puasa: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala



Doa Berbuka Puasa


****************************************************************
P/s 1: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Muslimin & Muslimat semua. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan buat kita semua. AMIN!

P/s 2: Jom Puasa! Habis puasa baru fikir Raya. Okay!

P/s 3: Hah! Nak tau apa dia. KLIK SINI


********************************************************************

Reference: 





0 comments:

Post a Comment

 
;