Thursday, July 7, 2011

9 Bulan 10 Hari 10 Minit 10 Saat



Januari
Waaa! bestnya ibu dan ayah keluar jalan-jalan
Ibu pegang tangan ayah…ayah pun sama juga
Ayah peluk pinggang ibu
Ibu sayang ayah, ayah pun sayang ibu juga…
Ayah kiss ibu laaa..
Ayah & ibu romantik kan???

March
Eh! nape ibu nangis ni?
Ibu nangis sebab ibu gembira ek?
Tapi, kenapa ayah marah ibu..
Ayah! Ibu! Janganlah gaduh..
Ayah! Ayah nak pergi mana tu?
Janganlah tinggalkan adik dengan ibu…
Ibu, ibu janganlah nangis yer bu..
Adik kan ada...adik boleh temankan ibu
Adik sayang ibu….

Julai
Ibu! Nape ibu nangis lagi hari ni?
Hari-hari ibu nangis..
Ibu janganlah nangis..
Ayah pergi mana yer ibu?
Kenapa ayah tak temankan ibu
Kesian kat ibu kan..
Ayah! Ayah balik la yah
Temankan ibu
Kesian ibu jaga adik sorang-sorang
Balik la ayah yer..
 Adik tunggu ayah tau!

September
Weee~Tak sabarnya nak tengok muka ibu
Mesti ibu pun tak sabar nak tengok muka adik kan?
Tak sabarnya nak main dengan ibu
Hmmm…bila la agaknya adik boleh keluar jumpa ibu
Ibu! Ibu sabar tau…
Ibu tunggu adik yer!
  
10 Hari Kemudian…
Ibu! Ibu! Ibu!
Gembiranya adik hari ni..
Akhirnya adik dah boleh keluar jumpa ibu
Cantiknya ibu…
Terima kasih ibu sebab lahirkan adik
Sayang ibu sangat-sangat…
Eh! Eh! Ibu nak bawa adik pergi mana ni?
Ibu nak bawa adik pergi jumpa ayah yer?
Tapi kenapa gelap je tempat ni?
Takkan ayah tinggal kat sini kot, bu?

10 Minit Kemudian…
Ibu! Ibu!
Ibu nak pergi mana tu, bu?
Janganlah tinggalkan adik sorang-sorang kat sini
Adik takut la ibu…
Ibu, busuknya tempat ni!
Bawalah adik pergi dari sini, bu..
Adik nak tinggal dengan ibu
Adik tak nak duduk kat sini sorang-sorang

10 Saat Kemudian…
Aduh! Sakitnya badan adik ibu..
Ibu! Tolong adik bu..
Semut gigit adik, ibu..
Sakitnya adik ibu..
Ibu! Ibu dengar tak adik panggil ibu ni
Ibu! Kenapa ibu pergi tinggalkan adik?
Apa salah adik ibu?
Maafkan adik! Ibu..
Adik janji takkan nangis, takkan buat ibu nangis lagi
Adik janji ibu..
Ibu! Bawa la adik pergi dari sini..
Ibu……!! Ibu…..!!
I…bu..!!



“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]


p/s: Jangan salahkan ibu yang mengandung kalau bapa yang tak pakai kondom
Tapi salahkan diri sendiri yang tak tahu hukum antara halal dan haram !!!

Copyright,2011 by Cheq Zaa

0 comments:

Post a Comment

 
;