Friday, June 10, 2011

Review Al-Kuliyyah: SANTAU


Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas anda semua...

Topik kita pada hari ni adalah pasai SANTAU...Yeaahh!....pandai hampa semua noh....(eleh..tengok tajuk pun dh tau kan...mcm la terer sgt...ahaks). 

Fuuuhh! Gerun ja aku dengar pasai santau2 ni kan...kalo dengar ja pun dah gerun apatah lagi kalo diri sendiri yang terkena...Nauzubillah min Zalik...minta dijauhkan ALLAH....

Mesti hampa semua hairan kan apahal la tetiba budak ni buka topik santau pulak kan...xkan la dah kena santau pulak kot...Oh, tidak sama sekali! Bukan apa..petang tadi tengok Al-Kuliyah kat tv3 tuu ada cerita siap dengan demo lagi pasai santau (w/pun dah setengah jalan baru nk tengok)  dan sempat juga la aku take note pasai ni...Moga2 boleh la dijadikan panduan kita semua kan...

Ok! Meh sini aku nak kongsi dengan hampa semua antara info yang aku sempat take note...xdak la banyak sangat..tapi bak cakap omputih 

"better got something than nothing"

 Aiiceehhh...omputih mana yang dok cakap kat hang tu cheq oii..!! Koya ja lebih tau...Sudah! sudah!...x habis nak dengki ja dia ni tau. HUH! 

Sebelum tu, kita pahamkan dulu maksud santau.  Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. klik sini

First sekali kita meh kita lihat tanda-tanda santau. Antaranya adalah...jeng! jeng! jeng!

  • bawah mata lebam
  • kuku berwarna kebiruan
  • sakit sendi-sendi utama
  • batuk berdarah
  • batuk yang berlarutan
  • ada kesan lebam selepas bangun tidur
  • mimpi baby
  • mimpi jatuh bangunan/tempat yang tinggi
  • mimpi dikejar binatang yang berbisa
  • mimpi terkena benda-benda yang tajam
  • mimpi dipatuk ular (bagi girls, hampa jangan dok ingat ada orang nak masuk meminang pulak..              Nonsense tau!)

Apa kata hampa pi check tengok ada ke tidak tanda-tanda ni kat hampa..Harap-harap xdak la noh..AMIN!

Then, kita tengok pulak cara-cara nak cegah daripada penyakit santau ni...Bak kata pepatah Arab 

"lebih baik mencegah daripada merawat"

Antara surah dan ayat-ayat yang kita semua boleh amalkan untuk elak daripada santau ialah:
  • Surah Al-Fatihah
Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


  • Ayat Kursi 


Maksudnya: Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (surah Al-Baqarah, ayat 255)


  • Ayat Penggerak

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


  • Surah Al-Furqan ayat 23
Maksudnya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 

*******************************************************

Pada pandangan aku la kan...buat apa la kita nak santau-santau ni semua...tambah pulak bagi kita yang beragama Islam ni. Tak payah la nak buat kerja terkutuk lagi berdosa ni kan. Banyak lagi kerja  berfaedah & berpahala yang boleh kita buat. Hampa semua pikir2kan la yer. Dan jangan lupa amalkan ayat2 di atas. Sampai kita bertemu lagi. InsyaAllah!

p/s: Kalau ada tanda-tanda tu, pergilah jumpa USTAZ bukannya BOMOH. Okay!



0 comments:

Post a Comment

 
;