Friday, June 24, 2011

Review Al-Kuliyyah: JENAYAH SIHIR


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua pada hari Jumaat yang penuh baraqah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi...

Seperti topik sebelum iaitu Santau kita dah tau sikit sebanyak tanda-tanda dan juga cara nak atasi kan. So, Jumaat kali ni tajuk yang dibincangkan dalam Al-Kuliyyah ialah JENAYAH SIHIR.  Daripada apa yang aku dengar tadi, aku conclude-kan yang  Sihir ni adik beradik sepupu sepapat juga la dengan santau. Nak tau betul ka tak conclusion aku tu..moh ler kite pahamkan dulu maksud sihir...atee...

 "Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." (sumber: RUQYAH)


Tanda-tanda sama ada kita ni disihir ataupun tak:-
  • Migrain
  • Sakit atas belakang badan
  • Lenguh sendi-sendi utama
  • Ketumbuhan yang sukar diubati
  • Berdebar tanpa sebab
  • Mudah lupa 
  • Terasa ada benda bergerak-gerak dalam badan
  • Suka berseorangan/bersendirian/tak bermasyarakat
  • Perbesarkan benda-benda kecil
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi diancam benda-benda bahaya
  • Mimpi dikejar binatang berbahaya
  • Mimpi dipatuk ular (sekali lagi for girls aku tegaskan TAK ADA orang nak masuk meminang..) 
Macam mana semua? Ada ka tak? Kalau tak dak. Alhamdulillah. Tapi, mari kita tengok apa langkah-langkah yang boleh kita ambik untuk hindarkan daripada sihir. Antaranya:-

  • Jadilah mukmin yang sejati (yakni solat 5 waktu bagi cukup & amalan wajib yang sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.)
  • Mulakan sesuatu pekerjaan dengan ucapan BISMILLAH
  • Berwuduk
  • Sentiasa berzikir

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(Ayat ini merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Nun)
  • Ayat penggerak
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
  • Baca ayat 3 Qul 


  • Ayat pelindung
Ertinya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa sahaja yang diciptakanNya. (HR: Muslim)

OKAY! Bagi someone yang ada tanda-tanda terkena sihir tu, beberapa cara boleh digunakan sebenarnya.Tapi, memandangkan aku ni pekak sikit..actually hujan lebat..tu yang tak berapa nak dengar. So, satu cara yang mudah yang boleh diamalkan ialah:-

  • Jampi air dengan membaca ayat daripada surah Yunus:81-82 dan diikuti dengan selawat sebanyak 3 kali. Kemudian, air tersebut hendaklah diminum.


p/s: Nak tau lebih lanjut boleh la KLIK SINI

5 comments:

Rubaiyyi Mu'awwiz said...

salam...mmg berkesan mengunakan kaedah perubatan Islam iaitu ruqyah. sy sendiri pernah alami diganggu oleh makhluk halus ini. selama sebulan sy wat rawatan ni dgn berkat sabar, yakin & tawakal pd Allah. Alhamdulillah atas izinNya sy sembuh sepenuhnya dan sekarang sy sedang mempelajari ruqyah setelah ustaz ruqyah itu sendiri mencadangkan sy tuk turut serta mereka.

BintunBAKR said...

Alhamdulillah..semoga kembali sihat dengan sepenuhnya

mzee said...

Sy jg hendak belajar kerana isteri sy sendiri terkena sihir..tp sy xtau dgn sape dan kat mana nk belajar perubatan islam ini....

Ukhukum Fil Islam said...

Mempelajari ruqyah adalah baik dan amat bagus namun seseorang yang ingin menjadi perawat perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama terutama akidah terlebih dahulu.. perkukuhkan akidah kerana makhluk jin ini suka menyerang dalam bab persoalan akidah yang akan menjerat kita ke arah syirik kepada Allah SWT.. Wal 'Iyazu Billah.. Perawat mestilah juga seseorang yang arif tentang hukum hakam.. Tidak berhak beramal menjadi perawat sekiranya kita bukan dari AHLI IBADAH..

BintunBAKR said...

Btul kate ukhukum fil islam...

Post a Comment

 
;