Monday, June 13, 2011

AZAN: Sekadar Panggilan ataupun Seruan???


Assalamualaikum w.b.t untuk semua penghuni blog

Waaaa…dah lama la tak update blog sendiri..selalunya assistant yang tak bertauliah tu yang tolong masukkan entry. Alhamdulillah entry yang berfaedah dia masukkan…kalu  tak, aku ketuk kepala dia nanti…hehehe…Syukran my lovely assistant...

Hari ni terasa nak kongsi apa yang aku dapat daripada sebuah buku iaitu “Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasullah S.A.W”. Apa yang nak aku citer ni tak smpai suku dari isi yang ada dalam buku tu.

Salah satu sub tajuknya ialah Sunnah-sunnah Ketika Menjawab Azan dan Iqamat.
Kenapa aku pilih yang ni daripada tajuk2 yang lain? Jgn tanya…Lu pk la sendiri (bak kata nabil..aku tak kata)…hehehe… ni petikan daripada buku tersebut:-

                                                       
Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim...

Imam Ibn Qayyim menyebut lima sunnah Rasulullah ketika azan di dalam kitab Zaadul Maad:

1. Orang yg mendengar azan perlu mengucapkan lafaz sepertimana yg diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz            
                                                                    
 DAN 

Ianya perlulah dijawab dengan lafaz:- 




Amalan  sunnah ini menjamin balasan syurga kpd org yang beramal dgnnya seperti yg disebut di dalam Sahih Muslim dan bayangkan ruginya bagi org yg asyik bersembang ketika azan sehinggakan lepas peluang untuk jwab azan **termasuklah diri sendiri tu ..kan kan..kan... (-_-")**

2. Org yang mendengar azan perlu mengucapkan :


“Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah”

Kemudian, diikuti pula dengan zikir di bawah:-




Ganjaran sesiapa yg mengamalkan sunnah ini adalah dihapuskan dosa seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang sama.


3. Berselawat ke atas nabi selepas menjawab azan dan menyempurnakan selawat ibrahimiyyah (selawat ke atas nabi Ibrahim seperti di dalam tahiyat akhir)

Sesiapa yang mengamalkannya sunnah ini, Allah berselawat dan mendoakan kesejahteraan ke atasnya sebanyak 10 kali. Maksud Allah berselawat ke atasnya adalah memujinya di kalangan para malaikat. Selawat Ibrahimiyyah ialah :




4. Baca doa selepas azan


Sesiapa yg membaca doa ini akan mendapat syafaat nabi pada hari kiamat.


5. Berdoa selepas azan untuk diri sendiri dan memohon kurniaan Allah, maka Allah memperkenankan permohonannya. 


Sabda RasullahS.A.W

“ucapkanlah sebagaimana yg diucapkan oleh muezzin yg melaungkan azan, setelah selesai maka pohonlah apa2 yng ingin dipohon, nescaya hajat engkau akan diperkenankan”
( direkodkan oleh Abu Daud)


So, penutupnya kat sini, aku nak highlight-kan (menurut buku ni)

.:. sunnah- sunnah yg di atas jika kita amalkan berjumlah 25 sunnah. Bayangkan setiap hari kita dengar azan sebanyak 5 x 25 =125 sunnah dah yang kita amalkan. Mudahkan untuk mendapat pahala? 

"Walaupun kadang kala kita ambik mudah dgn tidak menjawab azan dan doa selepas azan. Sedangkan waktu tu kita boleh kutip pahala dengan mudah. Sebenarnya banyak lagi cara  tuk kita dapat pahala dengan mudah especially SENYUM"



Besarkan rahmat Allah pada umat Nabi Muhammad? Errmmm...kadang2 kita sebagai manusia ni sering terlupa dengan rahmat yang melimpah ni. InsyaAllah sama2lah kita ingat-mengingati  apa yang terlupa tu yer...(^_^)

Moga saya dan anda yg membaca, cuba dan beristiqamah tuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w…AMEEN!

p/s: Dah dengar azan tu..cepat-cepat lah pi solat noh...jangan dok buat2 tak paham pulak...dah nama pun azan...jgn sampai azan ni adalah azan terakhir yang kita dengar...




0 comments:

Post a Comment

 
;