Wednesday, June 29, 2011 0 comments

Bumi Yang Subur




An-Nahdzah8x ….

Dari  kampung kami datang
Ke bumi An-nahdzah…
mencari ilmu Allah
Untuk di bawa pulang
An-nahdzah bumi subur
Pangasasmu Ulama’ ulung
Melahirkan generasi islam
Pewaris perjuangan ……

“hampa ni minat sguh dgn lagu sekolah aku kan, aku tau sbb lagu sekolah aku best…
sekolah ampa xbest hehehehe”

Tu la ayat yang aku selalu kata kat adik2 aku bila dorang nyanyi lagu sekolah aku- tapi bukan nak kata,memang best pun..hehehe


Dan bnyak kenangan dekat situ w’pun aku xda la kenangan2 kenakalan yg thap xingt waktu sek sbb aku dulunya org yg garang,serius, muka xpenah nk senyum(buruk sguh)- tu bukan salah aku tau hahaha…tp tanggungjawab yg aku pikul kat hostel yg membentuk peribadi aku sebenarnya pada masa tu…kalu xcaya tnya kwan2 aku..huahuahua…kalu aku bukan slh seorang yg menggalas t’jwb tu ..aku rasa aku lagi otai dr budak2 jahat tu..hahaha…aku xda kenangan panjat pagar sek, outing balik lambat, dating ngn muslimin kat surau ke…tulis surat cinta ltak bwh meja ke…dan seangkatan dgnnya laa..mmg xda…alhamdulillah…tp kenangan menjadi salah seorang pelajar Nahdzah laaa yang paling best…ustazah2 n ustaz2 yg baik dan lucu…(teringat kat arwah ustz mad jerlun)..mana ada sekolah menengah yg bukan sekolah SAR, ustaz2nye datang mengajar pakai kain pelekat…xdenye….tp xsure la SAR skang ada lagi ke x ustaznye datang mengajar pakai kain pelekat…


Tp bukan nak kata…identity yg ada pada SAR xsama ngn identity SMK tau..guru2 kat SAR xpakai kereta hebat2..jalan kaki or naik motor jer…tu pun motor kamcai …tp ada soang ustaz dari indon yg mangajar kat situ pakai basikal jer….betapa zuhud nyer dorang…xkisah pun gaji ciput yg penting dorang dpt memberi ilmu tuk melahirkan pewaris generasi islam…

Tiap kali angin bertiup…tiap kali tu la aku bandingkan angin yg aku rasa tiap2 petang kat bumi nahdzah…xsama dngn tempat lain…nyaman..tenang….damai… itulah bezanya bumi yang dilimpahi rahmat tuhan..

Mesti orang ckp aku sentimental..tapi bukan nk kata..mmg beza..btoi…xtipu  sampai sekarang boleh ingat lagi rasa nyamannya tu…huhuhu

Ketenangan & keindahan pada seraut wajah2 muslimat y g cantik …pakaiannya terjaya…auratnya ditutup dgn sempurna..itulah kedinginannya…sejuk mata …xdapat digambarkan…sesungguhnya…jauh dilubuk hati…aku rindukan suasana berkah itu…dan Terima Kasih ya ALLAH kerana memberi peluang utk aku mendekati bumi yg subur itu…TERIMA kasih juga tuk ustaz n ustazah di Nahdzah..hanya sebahagian yg tinggal…yg sebilangan kecil yg lain dah dijemput oleh ALLAH…Moga roh mereka dirahmati AMIN…

Sebenarnya…coretan ni..sbb rindukan Nahdzah,kawan2…& guru2nyer…huhuhu

0 comments

Love Story-Bored: CINTA NUR IBTISAM


Hari demi hari. Tahun berganti tahun. Kehidupan Nur Ibtisam begitu ceria tanpa gusar. Senyuman sentiasa meniti bibirnya. Tak penah senyumannya lekang dari wajah walau sesaat bagi sesiapa yang mengenali diri Nur Ibtisam.  Sesuailah dengan nama yang disandangnya selama ini. Nur Ibtisam (Cahaya Senyuman).

Nur Ibtisam seorang gadis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Ayahnya seorang guru agama di sebuah pondok manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Hidupnya dikelilingi oleh 3 orang adik lelaki. Walaupun begitu, dia tidak pernah merasakan kesunyian tanpa saudara perempuan yang lain. Kerana bagi Nur Ibtisam, cukuplah ibunya sentiasa ada di sisi.

Kini, Nur Ibtisam diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi jurusan undang-undang. Memang inilah cita-citanya sejak kecil. Walaupun ada yang mengatakan bahawa menjadi seorang peguam seolah-olah sebelah kaki ke Neraka, namun bagi Nur Ibtisam Allah pasti ada bersamanya dalam menegakkan keadilan.

Kehidupannya di university banyak ranjau. Ada susah di sebalik kesenangan. Ada duka di sebalik kegembiraan. Tetapi, semua itu dihadapi dengan tabah tanpa gentar.  Prinsip dan keyakinan bahawa Allah sentiasa berada bersamanya tak kira susah ataupun senang, itulah yang menjadi kekuatannya  selama ini. Dorangan daripada keluarga dan kawan-kawan menguatkan lagi azam Nur Ibtisam dalam mengecapi impiannya itu.

Namun,  seperti firman Allah dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 yang bermaksud, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” . Begitulah Allah datangkan satu ujian buat Nur Ibtisam saat hatinya masih bebas daripada sebarang perasaan cinta seorang pemuda. Cinta yang tiba-tiba datang mula mengusik jiwa Nur Ibtisam.

Perkenalan Nur Ibtisam dengan seorang pemuda di university benar-benar membuatkan hatinya gusar. Masakan hati Nur Ibtisam akan berasa senang jikalau perasaan yang tak pernah wujud kini telah tersemat kemas di dalam hatinya. Cinta pemuda itu tidak pernah ditolak mahupun diterima. Dia hanya membiarkan kata-kata cinta si pemuda berlalu dibawa angin begitu sahaja. Bukan kerana bongkak atau sombong, tetapi Nur Ibtisam berasa ragu dengan si pemuda.

Adakah cintanya benar-benar tulus ataupun sekadar gurauan? Itulah yang seringkali bermain di minda Nur Ibtisam. Jika benar cinta si pemuda, apa yang patut diucapkan Nur Ibtisam sedangkan si pemuda tidak pernah menanyakan soal hati kepadanya. Hanya sekadar meluahkan rasa hatinya tanpa memperdulikan perasaan Nur Ibtisam terhadapnya. Andai diterima cinta si pemuda, apakah cinta yang dihulurkan akan membuatnya lebih dekat dengan Allah ataupun akan menyebabkan dia terus tenggelam dengan rasa cinta? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Namun, tiada satu pun jawapan yang diperolehnya.

Bulan berganti bulan. Semester berganti semester. Kini, Nur Ibtisam di semester ke-5. Perhubungan Nur Ibtisam dengan si pemuda atas dasar kawan semakin hari semakin renggang. Mereka tidak lagi seperti dahulu yang sering kali berkongsi pendapat dan masalah. Masing-masing sepi menjanlankan kehidupan seharian tanpa ada sebarang sengkata. Seolah-olah tidak pernah terjalin  perhubungan antara mereka walaupun atas nama ‘kawan’.

Pada mulanya, Nur Ibtisam bersyukur dengan perubahan yang terjadi. Bukan apa, sekurang-kurangnya dia boleh terhindar daripada sebarang dosa dan noda. Dia sendiri tidak pasti apakah hukum yang jatuh ke atasnya dirinya apabila dia sering kali berhubung dengan si pemuda. Walaupun begitu, hati Nur Ibtisam tidak seiring dengan akalnya. Hatinya kini seolah-olah meronta untuk kembali kepada kehidupan yang dulu. Kehidupan di mana dia dan si pemuda terus berkongsi apa sahaja masalah dan pendapat.

Semakin hari semakin dalam perasaan sayang Nur Ibtisam kepada si pemuda. Rindu mula bertandang. Dia tahu, kini dia telah terjebak dalam cinta. Ya CINTA! Tidak pernah Nur Ibtisam merasakan perasaan seperti ini. Namun apakan daya, si pemuda telah pergi meninggalkan dia. Nur Ibtisam hanya mampu memandang dari jauh. Tak mampu rasanya untuk meluahkan apa yang terpendam di hati kerana Nur Ibtisam takut. Bukan takut cintanya ditolak tetapi takut seandainya perasaan yang diluahkan akan melalaikan mereka dari jalan Allah. Takut seandainya perhubungannya nanti tidak akan diredhai Allah.

Lalu, apa yang harus dilakukan Nur Ibtisam. Apakah cara yang boleh dilakukannya untuk mengembalikan hati Nur Ibtisam yang dulu. Yang bebas daripada perasaan cinta si pemuda. Senyumannya kini juga tak seperti dulu. Penuh dengan kepura-puraan. Entah mengapa pilu rasanya hati Nur Ibtisam mengenangkan si pemuda.

Namun, prinsip dan keyakinannya terhadap Allah masih lagi kuat. Dia yakin bahawa Allah pasti merencanakan sesuatu yang baik untuk dirinya. Nur Ibtisam juga yakin bahawa seandainya si pemuda itu adalah jodohnya, maka Allah akan menyatukan mereka juga kelak. Dan seandainya si pemuda itu bukanlah jodoh yang terbaik untuknya, nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik.

Apa yang perlu dilakukan oleh Nur Ibtisam pada saat ini adalah terus berusaha meningkatkan imam di dada dan menjadi wanita solehah untuk lelaki yang soleh. Itu yang pasti. Seperti mana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” 

Walau bagaimanapun, Nur Ibtisam hanyalah seorang manusia biasa. Kadang-kala dia turut lemah dengan mainan perasaan. Tak mungkin begitu mudah untuk dia melupakan si pemuda. Pemuda yang satu-satunya berjaya mencuri sekeping hati milik Nur Ibtisam. Dalam diam, Nur Ibtisam  juga berharap agar si pemuda dapat merasakan perasaannya ini walaupun tanpa perlu diluahkan. Apakah si pemuda akan dapat merasainya? Apakah si pemuda akan memahami isi hatinya kini? Tak dapat Nur Ibtisam menjawabnya. Dia hanya mampu berserah. Berserah kepada Allah. Sujudnya siang dan malam memohon keampunan dan pertolongan daripada Allah. Memohon kekuatan dalam menghapi ujian ini. Kerana Nur Ibtisam tahu “Hati Kita ALLAH yang pegang.” Bila-bila masa sahaja hati ini akan berubah rentak dengan izinNya.

~THE END~



p/s: Wahai pemuda-pemuda di luar sana! Bukan mudah untuk seorang gadis seperti Nur Ibtisam untuk menyatakan cintanya. Kerana dia lebih mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasul. Fahamilah isi hatinya, nescaya anda akan dapat merasai cinta yang tersimpan. Maka, teruslah menyayanginya sampai anda berdua benar-benar disatukan dengan izin Allah. InsyaAllah!

"Tak ucap tak bermakna tak cinta, cukuplah dengan tingkah laku yang melambangkan rasa cinta. Kerana cinta bukan sekadar untuk diluahkan tetapi cinta adalah untuk dirasai." 
Don’t give up. Okay! 
**Amacam? Boleh diterima tak kata-kata ni?


Rangkaian cerita ini: Cnta Seorang Pemuda

Copyright, 2011 by Cheq Zaa


Monday, June 27, 2011 0 comments

TOP 10: Ayat/Kalimah Yang Kita Patut Ucap Tetapi Yang Selalu Kita Cakap


Situasi 1: Sebelum tulis entry blog
Kita patut ucap “Bismillahirrahman al-Rahim!”  
Tetapi yang selalu kita cakap “Yaahh! Tak sabarnya nak siapkan entry ni.”

Situasi 2: Melihat gerhana bulan
Kita patut ucap “Allahuakbar! Besar sungguh kekuasaan Allah.”
Tetapi yang selalu kita cakap “Fulamak! Ni la gerhana bulan yang paling best aku penah tengok.”

Situasi 3: Lihat permandangan yang cantik
Kita patut ucap “Subhanallah! Cantiknya.”
Tetapi yang selalu kita cakap “Wow! Cantik la.”

Situasi 4: Berjanji dengan seseorang
Kita patut ucap “Insya Allah! Aku datang.”
Tetapi yang selalu kita cakap “Tengoklah macam mana. Aku tak janji okay!”

Situasi 5: Bertembung rakan lama
Kita patut ucap “Masya Allah!  Jumpa juga kita ya.”
Tetapi yang selalu kita cakap “ Tak sangka hidup lagi kau yer..hehe”

Situasi 6: Ternampak perempuan seksi
Kita patut ucap “Astaghfirullah al-Azim! Moga-moga dia insaf.”
Tetapi yang selalu kita cakap “ Fuyoo! Seksi beb!”

Situasi 7: Difitnah orang
Kita patut ucap “Laa Haulaa Walaa Quwwataa Illaa Billaah! Semoga aku terus kuat hadapi ujian ini, Ya Allah . “
Tetapi yang selalu kita cakap “Huh! Kalau aku dapat orang yang fitnah tu, siaplah!”

Situasi 8: Mendengar berita kemalangan seseorang
Kita patut ucap “Inna Lillahi Wainna Ilaihi  Raaji’un!”
Tetapi yang selalu kita cakap “Alahai! Kesiannya dia.”

Situasi 9: Mendengar ucapan yang membawa kepada kekufuran.
Kita patut ucap “Lailahaillallah! Tak elok kau cakap gitu.”
Tetapi yang selalu kita cakap “Hish! Kau ni. Ada ka pulak cakap macam tu.”

Situasi 10: Selesai tulis entry untuk blog
Kita patut ucap “Alhamdulillah! Siap juga entry ni.”
Tetapi yang selalu kita cakap “Yes! Finally I’m done!”


Copyright, 2011 by Cheq Zaa


Reference: http://dimaneaje.blogspot.com

Friday, June 24, 2011 5 comments

Review Al-Kuliyyah: JENAYAH SIHIR


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua pada hari Jumaat yang penuh baraqah. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi...

Seperti topik sebelum iaitu Santau kita dah tau sikit sebanyak tanda-tanda dan juga cara nak atasi kan. So, Jumaat kali ni tajuk yang dibincangkan dalam Al-Kuliyyah ialah JENAYAH SIHIR.  Daripada apa yang aku dengar tadi, aku conclude-kan yang  Sihir ni adik beradik sepupu sepapat juga la dengan santau. Nak tau betul ka tak conclusion aku tu..moh ler kite pahamkan dulu maksud sihir...atee...

 "Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." (sumber: RUQYAH)


Tanda-tanda sama ada kita ni disihir ataupun tak:-
  • Migrain
  • Sakit atas belakang badan
  • Lenguh sendi-sendi utama
  • Ketumbuhan yang sukar diubati
  • Berdebar tanpa sebab
  • Mudah lupa 
  • Terasa ada benda bergerak-gerak dalam badan
  • Suka berseorangan/bersendirian/tak bermasyarakat
  • Perbesarkan benda-benda kecil
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi diancam benda-benda bahaya
  • Mimpi dikejar binatang berbahaya
  • Mimpi dipatuk ular (sekali lagi for girls aku tegaskan TAK ADA orang nak masuk meminang..) 
Macam mana semua? Ada ka tak? Kalau tak dak. Alhamdulillah. Tapi, mari kita tengok apa langkah-langkah yang boleh kita ambik untuk hindarkan daripada sihir. Antaranya:-

  • Jadilah mukmin yang sejati (yakni solat 5 waktu bagi cukup & amalan wajib yang sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.)
  • Mulakan sesuatu pekerjaan dengan ucapan BISMILLAH
  • Berwuduk
  • Sentiasa berzikir

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(Ayat ini merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Nun)
  • Ayat penggerak
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
  • Baca ayat 3 Qul 


  • Ayat pelindung
Ertinya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa sahaja yang diciptakanNya. (HR: Muslim)

OKAY! Bagi someone yang ada tanda-tanda terkena sihir tu, beberapa cara boleh digunakan sebenarnya.Tapi, memandangkan aku ni pekak sikit..actually hujan lebat..tu yang tak berapa nak dengar. So, satu cara yang mudah yang boleh diamalkan ialah:-

  • Jampi air dengan membaca ayat daripada surah Yunus:81-82 dan diikuti dengan selawat sebanyak 3 kali. Kemudian, air tersebut hendaklah diminum.


p/s: Nak tau lebih lanjut boleh la KLIK SINI

Monday, June 13, 2011 0 comments

AZAN: Sekadar Panggilan ataupun Seruan???


Assalamualaikum w.b.t untuk semua penghuni blog

Waaaa…dah lama la tak update blog sendiri..selalunya assistant yang tak bertauliah tu yang tolong masukkan entry. Alhamdulillah entry yang berfaedah dia masukkan…kalu  tak, aku ketuk kepala dia nanti…hehehe…Syukran my lovely assistant...

Hari ni terasa nak kongsi apa yang aku dapat daripada sebuah buku iaitu “Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasullah S.A.W”. Apa yang nak aku citer ni tak smpai suku dari isi yang ada dalam buku tu.

Salah satu sub tajuknya ialah Sunnah-sunnah Ketika Menjawab Azan dan Iqamat.
Kenapa aku pilih yang ni daripada tajuk2 yang lain? Jgn tanya…Lu pk la sendiri (bak kata nabil..aku tak kata)…hehehe… ni petikan daripada buku tersebut:-

                                                       
Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim...

Imam Ibn Qayyim menyebut lima sunnah Rasulullah ketika azan di dalam kitab Zaadul Maad:

1. Orang yg mendengar azan perlu mengucapkan lafaz sepertimana yg diucapkan oleh muazzin kecuali pada lafaz            
                                                                    
 DAN 

Ianya perlulah dijawab dengan lafaz:- 




Amalan  sunnah ini menjamin balasan syurga kpd org yang beramal dgnnya seperti yg disebut di dalam Sahih Muslim dan bayangkan ruginya bagi org yg asyik bersembang ketika azan sehinggakan lepas peluang untuk jwab azan **termasuklah diri sendiri tu ..kan kan..kan... (-_-")**

2. Org yang mendengar azan perlu mengucapkan :


“Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah”

Kemudian, diikuti pula dengan zikir di bawah:-




Ganjaran sesiapa yg mengamalkan sunnah ini adalah dihapuskan dosa seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang sama.


3. Berselawat ke atas nabi selepas menjawab azan dan menyempurnakan selawat ibrahimiyyah (selawat ke atas nabi Ibrahim seperti di dalam tahiyat akhir)

Sesiapa yang mengamalkannya sunnah ini, Allah berselawat dan mendoakan kesejahteraan ke atasnya sebanyak 10 kali. Maksud Allah berselawat ke atasnya adalah memujinya di kalangan para malaikat. Selawat Ibrahimiyyah ialah :




4. Baca doa selepas azan


Sesiapa yg membaca doa ini akan mendapat syafaat nabi pada hari kiamat.


5. Berdoa selepas azan untuk diri sendiri dan memohon kurniaan Allah, maka Allah memperkenankan permohonannya. 


Sabda RasullahS.A.W

“ucapkanlah sebagaimana yg diucapkan oleh muezzin yg melaungkan azan, setelah selesai maka pohonlah apa2 yng ingin dipohon, nescaya hajat engkau akan diperkenankan”
( direkodkan oleh Abu Daud)


So, penutupnya kat sini, aku nak highlight-kan (menurut buku ni)

.:. sunnah- sunnah yg di atas jika kita amalkan berjumlah 25 sunnah. Bayangkan setiap hari kita dengar azan sebanyak 5 x 25 =125 sunnah dah yang kita amalkan. Mudahkan untuk mendapat pahala? 

"Walaupun kadang kala kita ambik mudah dgn tidak menjawab azan dan doa selepas azan. Sedangkan waktu tu kita boleh kutip pahala dengan mudah. Sebenarnya banyak lagi cara  tuk kita dapat pahala dengan mudah especially SENYUM"



Besarkan rahmat Allah pada umat Nabi Muhammad? Errmmm...kadang2 kita sebagai manusia ni sering terlupa dengan rahmat yang melimpah ni. InsyaAllah sama2lah kita ingat-mengingati  apa yang terlupa tu yer...(^_^)

Moga saya dan anda yg membaca, cuba dan beristiqamah tuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w…AMEEN!

p/s: Dah dengar azan tu..cepat-cepat lah pi solat noh...jangan dok buat2 tak paham pulak...dah nama pun azan...jgn sampai azan ni adalah azan terakhir yang kita dengar...




Friday, June 10, 2011 0 comments

Review Al-Kuliyyah: SANTAU


Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas anda semua...

Topik kita pada hari ni adalah pasai SANTAU...Yeaahh!....pandai hampa semua noh....(eleh..tengok tajuk pun dh tau kan...mcm la terer sgt...ahaks). 

Fuuuhh! Gerun ja aku dengar pasai santau2 ni kan...kalo dengar ja pun dah gerun apatah lagi kalo diri sendiri yang terkena...Nauzubillah min Zalik...minta dijauhkan ALLAH....

Mesti hampa semua hairan kan apahal la tetiba budak ni buka topik santau pulak kan...xkan la dah kena santau pulak kot...Oh, tidak sama sekali! Bukan apa..petang tadi tengok Al-Kuliyah kat tv3 tuu ada cerita siap dengan demo lagi pasai santau (w/pun dah setengah jalan baru nk tengok)  dan sempat juga la aku take note pasai ni...Moga2 boleh la dijadikan panduan kita semua kan...

Ok! Meh sini aku nak kongsi dengan hampa semua antara info yang aku sempat take note...xdak la banyak sangat..tapi bak cakap omputih 

"better got something than nothing"

 Aiiceehhh...omputih mana yang dok cakap kat hang tu cheq oii..!! Koya ja lebih tau...Sudah! sudah!...x habis nak dengki ja dia ni tau. HUH! 

Sebelum tu, kita pahamkan dulu maksud santau.  Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. klik sini

First sekali kita meh kita lihat tanda-tanda santau. Antaranya adalah...jeng! jeng! jeng!

  • bawah mata lebam
  • kuku berwarna kebiruan
  • sakit sendi-sendi utama
  • batuk berdarah
  • batuk yang berlarutan
  • ada kesan lebam selepas bangun tidur
  • mimpi baby
  • mimpi jatuh bangunan/tempat yang tinggi
  • mimpi dikejar binatang yang berbisa
  • mimpi terkena benda-benda yang tajam
  • mimpi dipatuk ular (bagi girls, hampa jangan dok ingat ada orang nak masuk meminang pulak..              Nonsense tau!)

Apa kata hampa pi check tengok ada ke tidak tanda-tanda ni kat hampa..Harap-harap xdak la noh..AMIN!

Then, kita tengok pulak cara-cara nak cegah daripada penyakit santau ni...Bak kata pepatah Arab 

"lebih baik mencegah daripada merawat"

Antara surah dan ayat-ayat yang kita semua boleh amalkan untuk elak daripada santau ialah:
  • Surah Al-Fatihah
Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


  • Ayat Kursi 


Maksudnya: Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (surah Al-Baqarah, ayat 255)


  • Ayat Penggerak

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


  • Surah Al-Furqan ayat 23
Maksudnya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. 

*******************************************************

Pada pandangan aku la kan...buat apa la kita nak santau-santau ni semua...tambah pulak bagi kita yang beragama Islam ni. Tak payah la nak buat kerja terkutuk lagi berdosa ni kan. Banyak lagi kerja  berfaedah & berpahala yang boleh kita buat. Hampa semua pikir2kan la yer. Dan jangan lupa amalkan ayat2 di atas. Sampai kita bertemu lagi. InsyaAllah!

p/s: Kalau ada tanda-tanda tu, pergilah jumpa USTAZ bukannya BOMOH. Okay!



 
;