Saturday, April 16, 2011 0 comments

BICARA TENTANG DUIT


D – Doa           U – Usaha         I – Istiqamah         T - Taawakal



DOA
"Doa" adalah ucapan permohonan dan pujian kepada Allah SWT. dengan cara-cara tertentu disertai kerendahan hati untuk mendapatkan kemaslahatan dan kebaikan yang ada disisi-Nya.  "Do'a" adalah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan kehajatan (kebutuhan) dan ketundukan kepada Allah Swt.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: “Mohonlah (mintalah) kamu kepada-Ku, pasti Aku perkenankan (permintaan) kamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [1327] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.

Adab-adab Berdoa
  • Suci & Ikhlas hati ketika berdoa
  • Memilik waktu yang baik & sesuai spt: lepas solat, waktu tengah malam
  • Suci dari hadas
  • Mengadap kiblat
  • Mengangkat/ menadah  kedua-dua belah tangan
  • Memulakan dengan memuji Allah
  • Bersalawat keatas nabi di awal dan akhir doa
  • Merendahkan suara ketika berdoa
  • Berdoa dgn perasaan rendah diri , khusyuk (tumpuan), bersungguh-sungguh &  penuh pengharapan

Waktu Mustajab untuk Berdoa
Selepas Solat Fardu, Hari Jumaat, Bulan Ramadan, Tengah malam, Mlm Lailatul Qadar, Hari Arafah ( 9 zulhijjah), antara 2 khutbah. Antara azan dgn iqamah



USAHA 
ISLAM mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk menjadikan mata pencarian sumber rezekinya dan menghasilkan pendapatan itu bagi menyara hidupnya.
 Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bahawa sesungguhnya seorang kamu yang pergi mengambil seutas tali, kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya."


ISTIQAMAH
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. 
Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaaNya).

Tahap-tahap Istiqamah 

1. Istiqamah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.  Firman Allah Taala.

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran  dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

 2. Istiqamah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak-dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.  Firman Allah Taala:

Ertinya: ...Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.... (Surah Ibrahim ' Ayat 27)

3. Istiqamah perbuatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.


TAKAWAL
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Tawakal merupakan perbuatan yang dilakukan oleh hati, bukan sesuatu yang diucapkan oleh lisan, bukan pula sesuatu yang dilakukan oleh anggota badan. Tawakal juga bukan merupakan  suatu ilmu dan pengetahuan. 

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Darjat-darjat Tawakal

Darjat pertama: Ma’rifat kepada Allah SWT dengan segala sifat-sifat-Nya

Darjat kedua: Memiliki keyakinan akan keharusan melakukan usaha. 

Darjat keempat: Menyandarkan hati sepenuhnya hanya kepada Allah SWT, dan menjadikan situasi bahwa hati yang tenang hanyalah ketika mengingatkan diri kepada-Nya

Darjat kelima: Husnudzan (baca ; berbaik sangka) terhadap Allah SWT.

Darjat keenam: Memasrahkan jiwa sepenuhya hanya kepada Allah SWT

Darjat ketujuh: Menyerahkan, mewakilkan, mengharapkan, dan memasrahkan segala sesuatu hanya kepada Allah SWT:

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan  hamba-hamba-Nya".



References from:
http://www.al-azim.com/masjid/istiqamah.html


http://www.eramuslim.com/syariah/tafsir-hadits/makna-tawakal.htm

Copyright 2011, by Cheq Zaa
Friday, April 15, 2011 0 comments

~~Aku Menyesal Kahwin...~~


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)



Thursday, April 14, 2011 2 comments

PROPOSAL FOR MARRIAGE (Part 2)



Ini adalah sambungan kepada Proposal For Marriage (Part 1)
-----------------------------------------------------------------
Hatta, setelah diterimanya marriage proposal maka si lelaki harus pula mengisi segala butir-butir yang berkaitan di dalam borang yang disediakan iaitu MARRIAGE FORM (s).... Terdapat 3 bahagian semuanya yang bermula daripada borang A, borang B & borang C...contohnya adalah seperti di bawah:-
_____________________________________________________________________



BORANG A
PERSONAL DETAIL

NAME:









































IC NUMBER:






-


-






ADDRESS:





























































PHONE (R)



-








H/P



-








GENDER:

FEMALE       
 

MALE


DATE OF BIRTH:


-


-






AGE:











RELIGION











RACE











MARITAL STATUS:

SINGLE


MARRIED


OTHERS


BLOOD TYPE:

A


B


AB


O

                                                           
OCCUPATION



E-MAIL










































FATHER’S NAME









































FATHER’S OCCUPATION



MOTHER’S NAME









































MOTHER’S OCCUPATION



NUMBER OF FAMILY
Number _________from _________



 *********************************************************************************

  
BORANG B
EDUCATION

LEVEL OF EDUCATION 

UNIVERSITY       
      

COLLEGE            
                 

PRE-U


SECONDARY


PRIMARY


OTHER_________________


NAME OF EDUCATION INSTITUTION (higher level)





























































EDUCATIONAL FIELD


RESULTS (higher level)
CGPA: _________
Pointer: __________
Grade: _________


*********************************************************************************

BORANG C
ALL ABOUT AD-DIN

RUKUN ISLAM (please state)


RUKUN IMAN (please state)


 RUKUN SOLAT (please state)


RUKUN HAJI & UMRAH (please state)
RUKUN HAJI
RUKUN UMRAH




RUKUN NIKAH (please state)



HUSBAND RESPONSIBILITIES



WIFE RESPONSIBILITIES















PARENTIAL RESPONSIBILITIES















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah bersabda maksudnya: "Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

p/s: walaupun hadith di atas merujuk kepada ciri-ciri seorang wanita yang perlu dicari oleh seorang lelaki, tidak salah sekiranya digunakan juga oleh seeorang perempuan sebagai panduan dalam mencari pasangan hidupnya....wallua'alam....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Copyright 2011, by Cheq Zaa 
 
;