Saturday, March 26, 2011 2 comments

~~~~aku bla bla bla~~~~~


1thn 9bulan...tempoh yang lama sebenarnye tuk seorang graduate menganggur mcm aku ni...dlm tempoh ni juga ada kwn2 yang dah tukar 2 kali status pun...dari single -> isteri ->ibu....aku?masih disini...baru nk mengorak langkah ke alam pekerjaan...ALHAMDULILLAH...akhirnye dapat keje...cume hati sj yg masih xleh nk berhenti dr gementar...aku sendiri pun xtau ape mslhnye...maybe sbb pindah jauh dr kg...or t'lalu pk pasal enviro tempat keje nati...

nak kata susah hati sbb duk jauh dr kg...mustahil...dr kcik sampai la besar *yg xcukup inci* aku jauh dr rumah...tgl kat asrama...kira boleh la jauh dr penyakit homesick ni...ke sbb nk masuk keje...orng lain mcm aku ke...nk masuk keje..susah hati memanjang?...

bila pk...boleh jd bingung ni....tp masa awal2 graduate mmg niat  hati nk keje kat kedah je...nk dekat family...xmo dah jauh2 mcm study dulu *w'pun xjauh mn pun dalam malaysia gak*...tp aku ttp nk jugak tgl kat kedah...leh duk dekat mak....w'pun aku bukan la ank yg baik...leh gaduh2 ngn adik2 kakak2...hehe

dalam 1thn 9 bln ni dah 2-3x tolak peluang keje kat cne....tp akhirnye dapat jugak kat cne...xleh nk sangkal la...rezeki aku kat cne...orng kedah xnk amek aku keje...sadis ooo...kena terima jugak...orng lain ade jer semangat tgl kat k.l tu...aku jer yg putus fius xcukup litar xmo keje cne...bg aku duit bukan segala2nye...biar ckit tp berkat + hepi yepi ngn family...nati dah kwen..xleh nk hepi yepi ngn family..kena ikut suami (cam ade calon jer, tetb loya tekak...ahakss)...tgu raya br leh kumpul...mmg otak aku konservatif...biar ler ape org nk kate...janji aku bahagia...

sentiasa berdoa minta ALLAH kuatkan iman aku kat cne...jgn gelincirkan aku dr jalanNYA...xnak gila keje sampai xsempat nk cr santapan rohani...dan aku xnak keje aku nati memaksa aku sampai xleh bernafas...bukan bermaksud nak goyang kaki...cukup la kje ikut time...ade cuti...ade kudrat nk langkah kaki ke MASJID...tu pun kalu dpt umah nati dekat masjid la...xnak menghadap kiblat dengan badan yang penat kerana dunia...sbb aku penah ms study kat perak dulu...badan, jiwa,otak asyik penat memanjang hinggakan setiap solat tu dalam keadaan letih jer...memikirkan design yg xsudah2..aku xmo dah...xmo dah...cukup la...

semoga masih ade sinar dan rezeki tuk aku balik keje kat kedah...aku akan sentiasa berdoa...nak jg mak sblm aku ada t'jwb sebagai isteri nati...yg terpaksa ikut mane si suami pergi...sbb mak dah xda ayah yg boleh jg die...huhuhu....aku ade abg...aku ade kakak yg tgl kat kedah...yg leh jg mak...tp aku nk jugak kesempatan tu....sbb aku anak die...walau mcm mana pun..harap ade kesempatan nk berbudi w'pun aku jauh nati...amin...aku tau aku bukan anak yg baik...tp aku CUBA...akan terus menCUBA...




Monday, March 21, 2011 1 comments

kedai ANNUR: D46 TShirt Muslimah

kedai ANNUR: D46 TShirt Muslimah: "Available Size : L,XLMaterial : Cotton T shirtAda CuttingRM32/sehelai *Harga Tidak Termasuk Kos Penghantaran ~Size :M: Bahu : 15″ Labu..."


Wednesday, March 16, 2011 0 comments

NADI....yg bergetar....


Apa yang kita cuba jauhkan....itulah yg kita dapat...
sesungguhnya betul pesanan ALLAH kepada hmbaNYA...
apa yg kita suka,xsemestinya baik utk kita..
dan yg kita xsuka pula...xsemestinya xbaik utk kita..
DIA yg lebih mngetahui apa yang baik utk hambaNYA..
Oleh itu YA ALLAH....bantulah aku berdiri ditengah2 nadi MALAYSIA ni, yang banyak fitnah dunianya...
semoga aku bertahan...bertahan dan terus bertahan kelak.....
jika suatu hari nati..aku ditakdirkan ALLAH utk kembali  ....ITULAH YANG BAIK utk aku...


Monday, March 14, 2011 0 comments

....>>>Buatmu KekasihKU<<<<.....


Pesan ALLAH S.W.T kepada kekasihNYA (Rasulullah):
i)                    Kukuhkan bahtera kamu,sesungguhnya laut yang kamu layari sungguh dalam
ii)                   Perbanyakkan bekalan,sesungguhnya jauhnya perjalanan kamu
iii)                 Ringankan badanmu,bukit yang kamu daki, sesungguhnya bukit itu sungguh curam
iv)                 Ingatlah, yang menilai amalanmu adalah pencipta yang mengetahui setiap isi hatimu.
   oleh itu sucikanlah hati,setiap yang kamu lakukan ALLAH mengetahuinya.



Sama2lah kita mempertingkatkan ilmu dan amal untuk dijadikan bekalan dalam melayari bahtera kehidupan yg penuh ranjau....
Saturday, March 12, 2011 1 comments

PROPOSAL FOR MARRIAGE (Part 1)


Al-kisah seorang lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin....disampaikan hasratnya itu kepada si perempuan...Lalu berkatalah si perempuan kepada si lelaki.."Hantarkan satu MARRIAGE PROPOSAL kepada saya untuk dipertimbangkan". Maka, terhasillah satu proposal dalam sejarah perkahwinan....
------------------------------------------------------------------------------------------------------
~~Ini adalah contoh PROPOSAL seorang LELAKI kepada seorang WANITA yang ingin dikahwininya~~
------------------------------------------------------------------------------------------------------

INTRODUCTION
Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.

PROBLEM STATEMENT
Mencari CINTA spritual kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. 
  • Carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH. (sumber: iluvislam)

QUESTIONS
1. Adakah "si dia" mempunyai ciri-ciri isteri yang solehah?
2. Bagaimanakah untuk menjadi suami yang soleh?

HYPOTHESIS
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

OBJECTIVE
Mencari keredhaan ALLAH, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok. 

SIGNIFCANT OF MARRIED
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

METHODS
1. Ibu Bapa
2. Saudara-mara
3. Rakan-rakan
4. Orang tengah

POPULATION
Keluarga bakal isteri

SAMPLE & SAMPLING TECHNIQUES
1. Mengikut kepada bilangan ahli keluarga bakal isteri
2. Teknik survey & interview akan digunakan

DATA COLLECTION
Dari Mughirah bin Syu’bah berkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW
bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

1.Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana
melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2.Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3.Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak
tangan

DATA ANALYSIS
1. Musyawarah antara ahli keluarga
2. Solat Istikhrah iaitu  dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah proposal ini DITERIMA atau DITOLAK?? Just wait, see & read... 
**to be continued in PART 2**~~ngee~~




REFERENCES:
Halaqah.net
Iluvislam
Sribd
Others blogs


Copyright 2011, by Cheq Zaa


Monday, March 7, 2011 0 comments

Fitnah Dunia


Nabi S.A.W bersabda “sesungguhnya dunia itu tumbuhan yang hijau, sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kalian KHALIFAH di dalamnya, MAKA perhatikanlah apa yang akan kalian lakukan,takutlah kepada dunia dan takutlah kepada WANITA, sesungguhnya fitnah pertama bagi bani Israel adalah WANITA”..


 
;