Monday, February 14, 2011

Review: Taree Zameen Par



Sebuah cerita Hindustan sebenarnya….dan aku pun xtaupun makna tajuk filem tu….yang pasti penceritaan dan mesej yg nk disampaikan tu memang menarik….bukan berkisar ttg cinta yg selalu ditayangkan…ceritanya menarik…menarik mcm filem 3idiots…hehehe
Kisahnya mengenai seorang kanak yang bernama ISHAN…umur 9 tahun…dah 2 tahun di darjah 3 …xdapat naik kelas ….sebab xmngenali huruf dan menulis…lebih kepada tidak tahu membezakan huruf dan juga mengeja dalam keadaan terbalik….(*emm sepatutnya bukan 9thun la kan…tp itu yg diberitahu dlm cerita tu*)
  
tapi mempunyai kelebihan dalam melukis dan seorg yg nakal-teletah-bijak..banyak aduan ttg dia …sehinggalah ayah dia mengambil keputusan tuk menghantar Ishan ke sekolah asrama yang cukup mementingkan disiplin….

hanya kerana ibubapanya tidak mengetahui masalah sebenar keadaan anaknya, tindakan yang diambil telah merubah dia menjadi seorang budak pendiam dan sentiasa dalam ketakutan…dan tibalah kemuncaknya apabila datang seorang guru sementara iaitu RAM (AMIR KHAN) yang telah menyedari yang Ishan mempunyai penyakit dileksia…Ram telah membantu dia dalam mengenal huruf dengan menggunakan pendekatan yang amat rapat dengan ISHAN iaitu dengan kaedah MELUKIS..bukan mudah pada mulanya untuk Ram  memastikan masalah Ishan sebenarnya sehingga dia terpaksa pergi kerumah Ishan untuk mengetahui secara detail mengenai perilaku Ishan melalui keluarga Ishan..apabila Ram memberitahu keluarga Ishan bahawa anak mereka mengidap dileksia, mereka xdapat terima dan mengatakan bahawa anaknya cuma mengelak untuk belajar bukan disebabkan penyakit tersebut…

Sukarkan? Bila ibubapa tidak mengetahui masalh yg dihadapi anak mereka dan tindakan yang diambil tidak bersesuai sehingga memberi kesan kepada ketumbesaran anaknya…apa akan terjadi kepada Ishan jika tiada sesiapa meyedari dia adalah kanak2 Istimewa??? Apabila masalah Ishan dilaporkan kepada pengetua..pengetua mngambil keputusan tuk menghantarnya ke sekolah khas…tapi ditentang oleh Ram…bagi Ram tiada diskrimanasi tuk Ishan terus sekolah disini…masalah Ishan boleh diubati…Akhirnya Ram berjaya membantu Ishan dan Ishan menjadi pelajar cemerlang… ketika itulah, semua MATA2 yang dahulunya mengherdik Ishan BODOH mula memberi sinar MATA  kebanggaan terhadap ISHAN..*jgn cepat menghukum,kan???*

Emmm….menarikan cerita ni sebenarnya...kenapa MALAYSIA xboleh keluarkan filem sehebat ni???? Ini tidak, asyik2 hantu….asyik2 cinta….sehinggkan memberi kesan kepada penonton untuk mempercayai kewujudan hantu dan yakin bahawa cinta itulah segala2nya dalam hidup…sedikit sebanyak industri perfileman membawa kepada kehancuran anak muda….haa!!nati jawablah kat akhirat ye…lain kali bikin filem yang CERDIK cket…baru laaa mencerminkan siapa RAKYAT MALAYSIA yg sebenarnya….emmm…yang pasti yg nk bikin filem tu pun smestinya perlu CERDIK juga kan???selama ni yg saya lihat bnyk filem yg kurang cerdik… JADI ADAKAH INI BERMAKNA PEMBIKIN FILEM DI MALAYSIA  KURANG DOT DOT?????...Hehehe…renung2kan lahhh….

 ...author: BINTUNbakr

0 comments:

Post a Comment

 
;